Senyuman guru besar – Metro


Senyuman guru besar

 2  0 Google +0  1  0

Banyak kejayaan dicatat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Batu Pekaka, Kuala Ketil yang disifatkan antara sekolah tertua di Daerah Baling sejak berwajah baru pada 2004.

Usaha baikpulih yang dijalankan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menelan belanja RM1 juta itu memberi keselesaan kepada 230 murid sekolah yang beroperasi sejak 1948.
Senyuman terukir di wajah Guru Besar, D Subramaniam, ketika menceritakan wajah baru sekolah yang memberi kesan besar kepada semangat murid, guru dan ibu bapa.

 

“Pembinaan dua bangunan baru memberi keselesaan dan kemudahan kepada murid kerana lebih selamat berbanding bangunan diperbuat daripada papan yang kini dijadikan bilik kaunseling, pemulihan dan sumber manusia serta bilik Bahasa Inggeris Khas Self Access Learning (SAL),” katanya.
Nama sekolah berkenaan semakin harum apabila menjadi satu-satunya sekolah terbaik antara 10 sekolah jenis kebangsaan (T) dalam daerah Baling, Kedah berikutan pencapaian dalam akademik dan ko-kurikulum yang membanggakan.
Sekolah paling tua di daerah berkenaan dibina di atas tanah berkeluasan 5.3 hektar untuk memenuhi keperluan pendidikan kepada anak pekerja ladang terutama getah dan sawit.

 

Banyak sejarah dicatatkan sekolah itu kerana ia adalah satu-satunya sekolah Tamil yang mempunyai bilangan murid paling ramai sejak ditubuhkan hingga sekarang berbanding sekolah Tamil yang lain iaitu kurang 50 murid.
Subramaniam berkata, sekolah terbabit melahirkan ramai cendiakawan termasuk bekas Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Paul Mony selain doktor, peguam dan ahli perniagaan berjaya.

 

Beliau berkata, terbaru calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M L Maran juga adalah bekas pelajar sekolah berkenaan.
“Kita juga berasa bangga apabila murid mampu mencapai kelulusan 100 peratus dalam subjek seperti Bahasa Inggeris, matematik, sains dan Bahasa Melayu (Pemahaman) pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), tetapi mereka hanya mencapai 60 peratus bagi Bahasa Melayu (Penulisan).
“Malah, terdapat antara seorang hingga dua murid berjaya memperolehi keputusan 7A pada setiap tahun sejak 2005 lalu, tetapi pencapaian mereka semakin baik apabila lima murid mencatat keputusan cemerlang 7A tahun lalu.
“Ini membuktikan pencapaian murid sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, dua bekas murid yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Ketil berjaya mencapai keputusan 12A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, 112 murid murid yang belajar di sekolah itu menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kerana hidup miskin kerana ibu bapa bekerja di ladang.
“Selain itu, empat orang murid menerima bantuan melalui e-kasih kerana kehidupan keluarga mereka berada di bawah paras kemiskinan,” katanya.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Murali Raj, 36, berkata sokongan kerajaan dan ibu bapa menjadikan sekolah berkenaan terpilih sebagai sekolah cemerlang termasuk dalam akademik dan sukan.
Menurutnya, keprihatinan kerajaan tanpa meminggirkan bantuan kepada sekolah Tamil membuktikan arus kemajuan bergerak seiring dengan kemajuan negara bagi memastikan anak berketurunan India tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, September tahun lalu ketika membentangkan Bajet 2013 mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk penambahbaikan prasarana sekolah.
Sebanyak RM900 juta disalurkan kepada sekolah di bawah KPM manakala RM100 juta untuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Sekolah yang terbabit dalam bantuan berkenaan termasuk sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, sekolah mubaligh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah berasrama penuh.
Ia bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa kepada murid dan guru.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/30

PRU13: Sokongan penjawat awam penting dalam meneruskan dasar kerajaan – Ahmad Said – Bernama


PRU13: Sokongan penjawat awam penting dalam meneruskan dasar kerajaan – Ahmad Said

2013/04/30 – 15:30:36 PMCetakEmel Kawan
KUALA TERENGGANU: Sokongan penjawat awam terhadap Barisan Nasional (BN) penting dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memastikan pelaksanaan dasar kerajaan berjalan lancar, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata, kerajaan pusat sudah melaksanakan pelbagai transformasi terhadap perkhidmatan awam terutamanya berhubung dengan penyelarasan gaji dan kenaikan gred jawatan yang memberi impak positif terhadap taraf hidup penjawat awam.

“Sebagai penjawat awam kita perlu terus menyokong kerajaan serta bersyukur dengan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk kita. Penjawat awam perlu bersatu dalam mengerakkan dasar kerajaan. Sekiranya penilaian tidak bijak dibuat, kita akan rugi.

“Pembangkang mahu mengurangkan separuh kakitangan awam, tindakan itu akan menyebabkan masalah pengangguran akan bertambah, para graduan juga tidak dapat kerja,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Terengganu 2013 di Wisma Darul Iman hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sudah menunjukkan keseriusan dalam meningkatkan prestasi negara dengan pelaksanaan berbagai-bagai perubahan dan penambahbaikan terhadap perkhidmatan awam baik di peringkat pusat dan negeri. – BERNAMA

PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2013 – TARIKH TUTUP PERMOHONAN 9 MEI 2013


PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2013 – TARIKH TUTUP PERMOHONAN 9 MEI 2013

29 April 2013

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang memenuhi syarat-syarat generik untuk memohon bagi diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2013

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 9 MEI 2013

Iklan Pencalonan IKLAN PENCALONAN SKK 2013 & SYARAT (1).pdf

Borang Pencalonan BORANG PENCALONAN SKK 2013(1).pdf BORANG PENCALONAN SKK 2013.doc

Panduan Dan Syarat Pencalonan PANDUAN DAN SYARAT PENCALONAN SKK 2013.pdf

Panduan Mengisi Borang Pencalonan PANDUAN MENGISI BORANG PENCALONAN SKK 2013.pdf

Panduan Penyediaan Polio Pencalonan PANDUAN PENYEDIAAN FOLIO PENCALONAN 2013.pdf

SENARAI PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KPM SEHINGGA 30.4.2013


SENARAI PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KPM SEHINGGA 30.4.2013

30 April 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Kementerian Pelajaran Malaysia.
(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)
Sila hubungi :
Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7103, Emel : penguatkuasaan@moe.gov.my

 

Muat Turun
SENARAI PEMINJAM TEGAR SEHINGGA 30.4.2013

PELANTIKAN PEGAWAI TEKNIKAL DAN JURI SILAT PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH


PELANTIKAN PEGAWAI TEKNIKAL DAN JURI SILAT PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH

30 April 2013

Muat Turun
PELANTIKAN PEGAWAI TEKNIKAL DAN JURI SILAT PERTANDINGAN SILAT SENI SEKOLAH

 

 

Diterbitkan oleh Bahagian Kokurikulum & Kesenian

PERADUAN MENULIS CERPEN PELAJAR SEKOLAH RENDAH


PERADUAN MENULIS CERPEN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

29 April 2013
Peraduan Menulis Cerpen Pelajar Sekolah Rendah (Untuk 10 -12 tahun)
Tarikh tutup : 31 Mei 2013
Muat turun Borang penyertaan]

 

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH WILAYAH TIMUR 2013


ANUGERAH CITRA MAJALAH SEKOLAH MENENGAH WILAYAH TIMUR 2013

29 April 2013

Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah Wilayah Timur 2013

Sila muat turun [Borang Penyertaan]
Tarikh tutup penyertaan: 30 Jun 2013