Lepasan SPM maut, adik parah motosikal dirempuh lori – Bernama


Lepasan SPM maut, adik parah motosikal dirempuh lori

4 April 2013

ALOR SETAR – Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah lori mengangkut tanah di Kampung Syed Ahmad, Pendang, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Nor Hasnita Abu Hassan, 18, dari Risda Bukit Perak, Pendang, maut di tempat kejadian, manakala adiknya Mohd Afiq Izani, 13, cedera di kepala dan patah paha kanan.

Menurut ibu mereka, Rosni Zainul, 52, kejadian berlaku ketika Nor Hasnita dalam perjalanan menghantar adiknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Triang yang terletak tiga kilometer dari rumah mereka.

“Dia (Nor Hasnita) selepas habis SPM setiap hari keluar dari rumah pukul 6.40 pagi hantar adik ke sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Nor Hasnita, anak kedua daripada tiga beradik itu dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika mengelak sebatang pokok yang tumbang sebelum dirempuh lori terbabit.

Menurut Rosni, anaknya itu baharu sahaja menerima tawaran menyambung pengajian daripada sebuah universiti dan dijadual mendaftar pada Jun ini.

“Dia bercita-cita nak masuk universiti seperti kakaknya Nor Haniza, 22, dan mahu belajar dalam bidang Pelancongan dan mahu ke luar negara. Itu yang dia selalu idamkan sebelum ini,” katanya.

Mayat mangsa akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Syed Ahmad petang ini. – Bernama

Turunkan bendera PM: Nasib pelajar UPSI diketahui 26 April – Utusan


Turunkan bendera PM: Nasib pelajar UPSI diketahui 26 April

KUALA LUMPUR 4 April – Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd. Halim yang digantung pengajian selama tiga semester sehingga September 2013 setelah didakwa melanggar peraturan universiti, akan mengetahui pada 26 April ini sama ada prosiding tatatertib terhadapnya sah atau sebaliknya.

Hakim Datuk Zaleha Yusof menetapkan tarikh itu selepas peguam Mohd. Afiq Mohd. Noor yang mewakili Adam Adli dan peguam Mohadji Selamat bagi pihak Jawatankuasa Rayuan Tatatertib dan UPSI menyerahkan hujahan bertulis masing-masing di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) KL.

Adam Adli dibicarakan oleh jawatankuasa itu ekoran tindakannya menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika perhimpunan haram pada 17 Disember tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130404/ma_03/Turunkan-bendera-PM-Nasib-pelajar-UPSI-diketahui-26-April#ixzz2PTYFD5p5
© Utusan Melayu (M) Bhd

TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH / SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) [SPADA/MSPADA] SESI 2013/2014


TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM DIPLOMA SISWAZAH DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH / SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) [SPADA/MSPADA] SESI 2013/2014

01 April 2013

 

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang ingin mengikuti Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Program Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah/Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA/MSPADA] di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sesi 2013/2014.

 

Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT ini selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 April 2013 (Selasa).

 

 

Maklumat lanjut mengenai kursus ini boleh dimuat turun daripada laman web berikut:

i.            Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)              : www.usim.edu.my

ii.            Universiti Malaysia Sabah (UMS)                       : http://www.ums.edu.my

 

 

 

Sekian, terima kasih.