Standard SJKC dan SJKT Akan Diselaras Dengan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan – mStar


Standard SJKC dan SJKT Akan Diselaras Dengan Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan

Oleh KEMALIA OTHMAN

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mahu ada pihak yang salah faham dan mengatakan kerajaan menganaktirikan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil kerana sudah banyak usaha yang dilakukan bagi memastikan mutu pembelajarannya sama dengan sekolah kebangsaan lain.

Menurutnya, SJKC dan SJKT akan dikekalkan selain memastikan standard pembelajarannya sama dengan sekolah bantuan penuh kerajaan lain.

“Kerajaan menggariskan banyak perkara untuk menambah baik bidang pendidikan di negara ini antaranya memperkasakan lagi penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada pelajar di sekolah-sekolah.

“Selaras dengan itu, kita juga akan merangka matapelajaran Bahasa Melayu khas bagi disesuaikan dengan pembelajaran pelajar di SJKC dan SJKT,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru SJKT Lanadron, Panchor dekat sini, Khamis.

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan kerana wujudnya rungutan sesetengah pihak bahawa matapelajaran BM yang diajar di sekolah berkenaan hari ini terlalu tinggi untuk pelajar India dan Cina fahami.

Katanya, manifesto yang diumumkan itu turut mengukuhkan lagi perancangan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2035.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan kerajaan Kelantan yang menutup sebuah sekolah pondok Genting di Tumpat Muhyiddin menyifatkan ia sebagai satu penganiayaan. Beliau berkata, tindakan berkenaan memperlihatkan sikap yang tidak prihatin kerajaan Pas.

“Kenapa baru sekarang hendak tutup dan hukum sekolah pondok berkenaan sedangkan selama ini kerajaan Pas kata mereka perjuangkan Islam.

“Sepatutnya semua pihak tidak kira parti perlu memberi sokongan dan ia (sekolah pondok) Tidak perlu ditutup kerana merugikan Islam sendiri,” katanya.

PRU-13: Sekolah Terlibat Pengundian 5 Mei Di Terengganu Dibenar Ambil Cuti Berganti – Bernama


PRU-13: Sekolah Terlibat Pengundian 5 Mei Di Terengganu Dibenar Ambil Cuti Berganti

KUALA TERENGGANU: Sekolah di Terengganu yang terlibat dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) secara langsung seperti menjadi pusat mengundi, dibenar mengambil cuti berganti

Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Hussin berkata guru yang terlibat menjadi pegawai pilihan raya pada PRU13 juga dibenar berbuat demikian.

“Kita difahamkan banyak sekolah di Terengganu menjadi pusat mengundi PRU13pada 5 Mei ini. Begitu juga ramai guru terlibat menjadi pegawai pilihan raya.

“Semua itu bergantung kepada keperluan, dan guru besar kena tahu keperluan dan keadaan di sekolah masing-masing,” katanya. Beliau berkata guru dan petugas sekolah dibenar keluar mengundi seperti biasa namun bagi yang mengundi di tempat agak jauh, mereka juga dibenar mengambil cuti berganti.

Terengganu, Kelantan dan Kedah adalah antara tiga negeri di Semenanjung yangbekerja pada 5 Mei iaitu Hari Ahad, yang ditetapkan sebagai hari pengundian bagiPRU13.-BERNAMA

Tangki najis meletup – Metro


Tangki najis meletup

 173  7 Google +4  2  0

Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: “Mak… tolong, muka Wan panas,” rintih Zakuan Syahmi Zaili, 10, yang melecur teruk di muka dan sebahagian badan selepas terkena letupan ‘bom karbaid’ daripada tangki najis di tepi rumahnya di Taman Maju Jaya, Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, mangsa tercampak sejauh beberapa meter dan menggelupur kesakitan di atas tanah berikutan kecederaan parah di muka dan badan.

Kejadian berlaku ketika murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Laksamana itu bersama ibunya, Surani Jayali, 48, membersihkan tangki najis di tepi rumah mereka.

Surani yang turut cedera di muka berkata, sebelum kejadian mereka dua beranak bercadang menghapuskan jentik-jentik yang membiak dalam tangki najis berkenaan dengan meletakkan beberapa ketulan karbaid ke dalamnya.

FotoSURANI yang turut cedera di muka melihat kecederaan dialami Zakuan yang melecur keseluruhan wajah dan sebahagian badan.

“Anak saya mengadu ada banyak nyamuk di sekitar rumah, jadi kami cuba membakar tempat pembiakan jentik-jentik di dalam tangki najis itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/11

Kerajaan sediakan prasarana terbaik untuk sekolah setiap tahun: Muhyiddin – Bernama


Kerajaan sediakan prasarana terbaik untuk sekolah setiap tahun: Muhyiddin

2013/04/11 – 14:02:11 PMCetakEmel Kawan
PAGOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan meneruskan usaha menyediakan prasarana terbaik kepada semua sekolah membabitkan kira-kira 16 peratus Bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran setiap tahun.

Katanya, usaha itu juga bersesuaian dengan janji dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) yang diberi tumpuan bagi kepentingan rakyat negara ini.

“Kita mahu menyediakan pendidikan lebih baik kepada negara untuk anak-anak kita dengan pendidikan berkualiti dan ia tidak saja kepada pelajar sekolah kebangsaan, malah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama dan sekolah Mubaligh di seluruh negara.

“Kita membelanjakan wang besar, melabur peruntukan banyak dengan setiap tahun sebanyak 16 peratus daripada Bajet negara diberikan kepada Kementerian Pelajaran iaitu lebih RM34 bilion setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Lanadron di sini, hari ini.

SJKT Ladang Lanadron yang dibuka sejak 1903 adalah sekolah Tamil yang tertua di Johor.

Polis tahan tiga pelajar sekolah menengah pukul rakan – Bernama


Polis tahan tiga pelajar sekolah menengah pukul rakan

2013/04/11 – 16:03:01 PMCetakEmel Kawan
BUTTERWORTH: Polis menahan tiga pelajar sekolah menengah di Seberang Jaya, dekat sini yang sebelum ini dikenakan tindakan buang sekolah berhubung kes pukul seorang pelajar di sekolah sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, tiga pelajar berusia 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di sekitar Seberang Jaya di sini pada 11 malam tadi.

“Kita tahan mereka semalam untuk ambil keterangan bagi melengkapkan siasatan. Jika polis dapat melengkapkan keterangan hari ini kita akan bebaskan pelajar terbabit.

“Sekiranya masih belum cukup (keterangan), polis akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka, semua itu bergantung kepada hasil siasatan kita,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini, polis sudah merakamkan percakapan lapan orang termasuk mangsa, pelajar yang merakamkan video pergaduhan itu dan guru di sekolah berkenaan.

Mazlan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh.

Semalam, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Ahmad Tarmizi Kamaruddin dipetik sebagai berkata, jabatannya sudah membuang tiga pelajar dari sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya di sini selepas didapati bersalah memukul seorang pelajar dalam kejadian 4 Mac lalu.
Kejadian itu dikatakan berpunca apabila tiga pelajar tingkatan tiga terbabit berang dengan tindakan ketua tingkatan yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon mudah alih ke sekolah.

Perbuatan mereka dirakam dan tersebar luas dalam laman YouTube sejak beberapa hari lalu dan mendapat komen negatif daripada orang ramai. – BERNAMA

Polis siasat kes buli pelajar – Utusan


Polis siasat kes buli pelajar

Oleh NORAZRIN MARZUKI dan BADRUL HAFIZAN MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

SEDUTAN klip video YouTube semalam menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah) dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 10 April – Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri itu pada awal Mac lalu yang klip rakamannya kini tersebar luas di laman sosial YouTube.

Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan klip video selama 1 minit 32 saat yang tersebar di laman sosial YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam sebuah bilik.

Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh seorang remaja yang memakai baju T berwarna kelabu.

Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras.

Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa dipukul bertubi-tubi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_01/Polis-siasat-kes-buli-pelajar#ixzz2Q9NZnOQN
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiga disahkan dibuang sekolah – Utusan


Tiga disahkan dibuang sekolah

PULAU PINANG 10 April – Jabatan Pelajaran negeri mengesahkan kumpulan pelajar yang terlibat dalam kejadian memukul pelajar lain yang sedang tersebar di laman YouTube telah dikenakan tindakan sewajarnya.

Pengarahnya, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah.

“Kejadian itu berlaku pada awal Mac lalu dan pihak sekolah telah mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit pada 8 Mac lalu iaitu lima hari selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video yang kini tersebar di laman YouTube dan laman sosial Facebook mengenai pergaduhan yang melibatkan pelajar sebuah sekolah di negeri ini.

Ahmad Tarmizi berkata, pelajar terbabit bagaimanapun masih boleh merayu untuk menyambung kembali persekolahan tetapi bukan di sekolah sama.

“Cuma pelajar terbabit tidak boleh menyambung persekolahan di sekolah sama dan rekod dibuang sekolah itu dimasukkan ke dalam fail peribadi mereka,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130411/je_02/Tiga-disahkan-dibuang-sekolah#ixzz2Q9NQJl5y
© Utusan Melayu (M) Bhd

IKLAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG44 KE GRED DG48 (BIDANG UMUM, BIDANG TEKNIKAL DAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM) TAHUN 2013 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


IKLAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG44 KE GRED DG48 (BIDANG UMUM, BIDANG TEKNIKAL DAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM) TAHUN 2013 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

11 April 2013

Muat Turun
Iklan Pemangkuan PPPS Gred DG44 ke Gred DG48 BU,BTEK,BPI