Video pelajar perempuan bergaduh tersebar – Utusan


Video pelajar perempuan bergaduh tersebar

Aksi pelajar bergaduh dalam klip video yang kini tersebar luas di laman sosial.

KUALA LUMPUR 12 April – Selepas dikejutkan dengan klip video memaparkan seorang remaja lelaki berpakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja lelaki lain, kini muncul pula klip video memaparkan pergaduhan sekumpulan pelajar perempuan.

Klip video itu kini menjadi perbualan hangat di laman-laman media sosial terutama blog.

Namun, aksi dalam klip video yang berdurasi 8:31 minit itu dipercayai bukan perbuatan buli seperti klip video sebelum ini kerana dua watak utamanya saling membelasah antara satu sama lain sambil disaksikan oleh tujuh hingga 10 pelajar perempuan lain di dalam sebuah tandas.

Remaja yang menyaksikan aksi pergaduhan itu bukan sahaja tidak cuba untuk meleraikannya, malah menghasut kedua-dua remaja tersebut untuk terus bergaduh.

Punca pergaduhan tidak diketahui kerana audionya kurang jelas, bagaimanapun berdasarkan dialek percakapan, kumpulan pelajar itu dipercayai berasal dari Kelantan.

Di akhir klip tersebut, dua pelajar lain pula bergaduh dengan sorakan oleh ‘penonton-penonton’ di lokasi semakin riuh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130413/je_05/Video-pelajar-perempuan-bergaduh-tersebar#ixzz2QJTG0e1C
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s