Pemandu lori bebas tuduhan rogol gadis bawah umur – Bernama


Pemandu lori bebas tuduhan rogol gadis bawah umur
17 April 2013

PUTRAJAYA – Seorang pemandu lori dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini daripada tuduhan merogol seorang gadis bawah umur.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Abdul Malik Ishak berkata sabitan terhadap Shuid Desa dan hukuman penjara lapan tahun serta empat sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen adalah tidak selamat.

“Oleh itu, sabitan itu diketepikan dan perayu (Shuid) dibebaskan,” katanya.

Hakim Abdul Malik berkata pertuduhan terhadap Shuid adalah cacat dan prejudis terhadapnya (Shuid).

Beliau berkata tidak ada bukti bebas yang jelas yang menunjukkan Shuid merogol gadis itu, yang ketika itu berumur 14 tahun empat bulan.

Hakim Abdul Malik berkata terdapat keraguan sama ada perbuatan itu dilakukan

Shuid atau orang lain berdasarkan keterangan doktor perubatan pakar yang memeriksa gadis itu.

Shuid, 42, yang diwakili oleh peguam G.Ravi Shankar dan Rahamathullah Baharudeen, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap gadis berkenaan di sebuah motel di Gurun, Kedah pada pukul 10 pagi pada 8 Sept, 2009.

Pada 16 Mac, 2011, Mahkamah Sesyen Sungai Petani mendapati Shuid bersalah atas tuduhan itu dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan.

Pada 4 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Mahkamah Sesyen.

Dalam hujahnya, Ravi Shankar berkata keterangan doktor tidak selaras dengan kejadian rogol.

Beliau berkata doktor memeriksa gadis itu pada 10 Sept, iaitu 48 jam selepas dakwaan kejadian di motel, bagaimanapun, beliau (doktor) menyatakan perbuatan berlaku dalam tempoh 72 jam.

Fakta-fakta kes mendedahkan bahawa Shuid dan gadis itu telah ditangkap oleh pegawai kerajaan tempatan yang memeriksa motel semasa bulan puasa ketika itu.

Kedua-duanya diserahkan kepada pegawai jabatan agama kerana didakwa melakukan khalwat yang kemudiannya menghubungi kakak gadis itu yang kemudian membuat laporan polis kerana mensyaki kejadian rogol. – Bernama

 

Dua pelajar samseng diberkas – Kosmo


Dua pelajar samseng diberkas

 

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

 

MOHAMAD BUKHORI (tiga dari kiri) bersama pegawainya menunjukkan senjata yang dirampas daripada lapan lelaki pada sidang akhbar di Limbang, Sarawak semalam.

 

LIMBANG – Perangai samseng dua pelajar sekolah menengah yang membelasah seorang lelaki hingga parah tidak ke mana apabila kedua-duanya ditangkap bersama lima lagi individu dalam serbuan di sebuah rumah di Langau di sini kelmarin.

Selain tangkapan ke atas suspek berusia antara 17 hingga 30 tahun tersebut, polis turut merampas selaras senapang buatan sendiri, empat bilah parang dan pedang samurai.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohamad Bukhori Saffai berkata, suspek diberkas selepas pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes seorang lelaki yang dibelasah oleh sekumpulan lapan individu berdekatan Pasar Cina di sini pada pukul 9 malam.

Katanya, mangsa cedera di tangan dan badan ekoran kejadian itu.

“Susulan laporan yang diterima, polis telah menyerbu sebuah rumah di Rancangan Perumahan Rakyat di Langau dan menahan lapan suspek dua jam kemudian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2Qj0YsoVD
Hakcipta terpelihara

PIBG SMK Seberang Jaya nafi berlaku buli di sekolah itu – Bernama


PIBG SMK Seberang Jaya nafi berlaku buli di sekolah itu

2013/04/17 – 16:47:03 PMCetakEmel Kawan
BUTTERWORTH: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya di sini menafikan rakaman video mengenai kejadian buli yang tersebar luas di YouTube, berlaku di sekolah itu.

Yang Dipertuanya, Zainol Abidin Ismail berkata, ia menjejaskan reputasi baik sekolah berkenaan dengan pihaknya menerima banyak pertanyaan dan e-mel mengenai kejadian tersebut.

“Di sini, saya mahu jelaskan bahawa kejadian buli terbabit bukannya berlaku di sekolah ini dan meminta orang ramai, bekas pelajar atau waris pelajar tidak terkeliru dengannya.

“Kejadian berlaku di sekolah lain, yang juga sudah diambil tindakan oleh pihak pengurusannya dan Jabatan Pelajaran Negeri.

“Oleh itu kami minta nama sekolah kami tidak dikaitkan lagi selepas ini,” katanya di sini, hari ini.

Zainol Abidin turut meminta pihak media membetulkan kekeliruan yang berlaku.
Video berdurasi 1 minit 32 saat itu memaparkan seorang remaja yang memakai pakaian sekolah dibelasah sekumpulan remaja dalam sebuah kelas pada 4 Mac lalu. – BERNAMA

Lebih 20 murid, guru dikejar ke hospital terhidu gas beracun – Utusan


Lebih 20 murid, guru dikejar ke hospital terhidu gas beracun

<byline”oleh azrai=”” mohammad”=””>

KUALA LUMPUR 17 April – Lebih 20 murid dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Lokman, Kampung Pandan di sini dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang kerana terhidu gas beracun.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berpunca daripada letupan satu daripada 12 buah tong gas yang dibawa dari sebuah lori pihak kontraktor untuk dibekalkan ke makmal sekolah itu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130417/dn_12/Lebih-20-murid-guru-dikejar-ke-hospital-terhidu–gas-beracun#ixzz2QiwREh9N
© Utusan Melayu (M) Bhd

Polis Miri buka kertas siasatan kes buli pelajar – Utusan


Polis Miri buka kertas siasatan kes buli pelajar

Oleh ASHLEY ANGGAT

MIRI 17 April – Polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes buli pelajar di sebuah sekolah menengah di negeri ini, dipercayai berlaku dua hari lalu yang video rakamannya kini tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, pihaknya telah menerima laporan kes tersebut dan akan mengenal pasti sama ada ia berlaku di Miri atau daerah lain. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130417/je_02/Polis-Miri-buka-kertas-siasatan-kes-buli-pelajar#ixzz2QiwKriCr
© Utusan Melayu (M) Bhd

KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KEJURULATIHAN PANTUN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2013


KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KEJURULATIHAN PANTUN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2013

17 April 2013

Muat Turun
KURSUS LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KEJURULATIHAN PANTUN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2013