94 SJKC terima peruntukan – Sinar Harian


94 SJKC terima peruntukan

HARIZ AIZAT MAHYUDIN
18 April 2013
94 SJKC terima peruntukan
Abdul Khalid merakamkan kenangan selepas menyerahkan cek peruntukan kepada 94 wakil SJKC di Sekolah Menengah Tinggi Ping Hwa, semalam.

KLANG – Kerajaan negeri mengagihkan peruntukan berjumlah RM2.42 juta kepada 94 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dari seluruh negeri, semalam.

Penyampaian disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada wakil lembaga pengurusan sekolah, pengetua dan guru besar di Sekolah Menengah Tinggi Ping Hwa, Klang.

Abdul Khalid berkata, bantuan kewangan itu adalah fasa pertama bagi tahun ini daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM6 juta, yang bakal diagihkan kepada SJKC di seluruh negeri.

“Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan memperuntukkan sebanyak RM105 juta bagi tempoh sepenggal bermula pada 2009 sehingga 2013.

“Bantuan ini diharap dapat digunakan untuk menyediakan kemudahan pengajaran, pembelajaran dan membaiki infrastruktur atau menambah baik bangunan sekolah,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada SJKC Seluruh
Selangor 2013.

Turut hadir, Speaker Dun, Datuk Teng Chang Khim; mantan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali; Ronnie Liu; Rodziah Ismail dan Dr Xavier Jayakumar.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga memberi jaminan kerajaan negeri tidak sesekali meminggirkan sekolah-sekolah kebangsaan jenis Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Rakyat (SAR) jika Pakatan Rakyat terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Antara manifesto Selangor adalah memberi hadiah masuk universiti kepada anak daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan, berbanding hanya anak daripada keluarga berpendapatan RM1,500 sebulan, sekarang,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, kebanyakan penerima berterima kasih dan berbesar hati atas keprihatinan kerajaan negeri menyalurkan bantuan pendidikan dengan adil tanpa membezakan bangsa.

Gadis 13 tahun dirogol lapan lelaki – Sinar Harian


Gadis 13 tahun dirogol lapan lelaki

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 April 2013

KUANTAN – Kerisauan ibu bapa gadis 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah sejak 5 April lalu berakhir apabila anaknya itu pulang ke rumah 10 hari kemudian.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendapat tahu anak mereka dirogol lapan lelaki. Susulan pendedahan gadis tersebut, keluarga terbabit membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam 15 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani berkata, berdasarkan keterangan pelajar itu, dia keluar rumah pada 5 April lalu kerana mengikut kawan.

Menurutnya, sepanjang ‘bebas’ dari kawalan keluarga, gadis itu memberitahu dia hanya berada di sekitar bandar Kuantan dan berkenalan dengan beberapa lelaki.

“Kita agak terkejut apabila gadis itu mendedahkan dia melakukan hubungan seks dengan lapan lelaki berusia antara 20 hingga 30-an itu pada tarikh, masa dan lokasi berbeza.

“Gadis itu memaklumkan dia baru mengenali semua lelaki tersebut dan tiada maklumat lanjut tentang mereka kecuali nama panggilan sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sharifuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol,” katanya.

20 Sekolah Di Pedalaman Sabah, Sarawak Dinaik Taraf – Bernama


20 Sekolah Di Pedalaman Sabah, Sarawak Dinaik Taraf

BELURAN: Empat belas sekolah di pedalaman Sabah dan enam sekolah di pedalaman Sarawak akan dinaik taraf atau ditambah baik mengikut keperluan menerusi program Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak mulai tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata enam sekolah di Sabah dan tiga sekolah di Sarawak itu dipilih melaksanakan program itu menerusi fasa pertama manakala lima di Sabah dan dua di Sarawak akan menjalani transformasi itu menerusi fasa dua tahun depan.

Fasa ketiga pada 2015 pula meliputi sebuah sekolah di Sarawak dan tiga di Sabah, kata Muhyiddin semasa melancarkan Pelan Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak di Pentas Rakyat Paitan di sini, Khamis.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Muyhiddin yang juga Menteri Pelajaran menggariskan tujuh teras utama bagi meningkatkan prestasi pencapaian pendidikan ke tahap lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri berkata pelan transformasi itu merupakan paradigma perubahan pendidikan menyeluruh dengan memberi penekanan kepada faktor yang telah dikenal pasti boleh menyumbang kepada peningkatan kecemerlangan pendidikan iaitu guru, murid, ibu bapa dan komuniti serta infrastruktur.

“Justeru bagi memastkan pelan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, maka ia akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun ini sehingga 2015,” katanya.

Muhyiddin berkata teras pertama pelan transformasi itu bermatlamat meningkatkan kualiti kepimpinan dan kemahiran mengurus di semua peringkat, terutama di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

Katanya teras kedua pula akan memberi tumpuan terhadap bidang berkaitan kurikulum, penyusunan pengajaran dan penilaian pengajaran, bagi memastikan murid di pedalaman dapat mencapai prestasi cemerlang setanding murid di kawasan bandar.

Menurutnya teras ketiga pula bermatlamat meningkatkan pembangunan infrastruktur fizikal, akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya, manakala teras keempat pula meningkatkan kualiti murid dan prasekolah, dengan harapan semua murid mampu meningkatkan diri sendiri untuk belajar. – BERNAMA

CUEPACS sambut baik PPA1M ada kesinambungan – Bernama


CUEPACS sambut baik PPA1M ada kesinambungan

2013/04/18 – 14:53:11 PMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berkata masih banyak perkara yang sedang ditimbang dan akan dilaksanakan kerajaan semata-mata untuk menjaga kebajikan penjawat awam di Malaysia ketika ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan selama ini menjadi bukti keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap kebajikan para penjawat awam.

Beliau berkata, CUEPACS berharap wujud kesinambungan dalam pentadbiran negara, agar apa yang dilaksanakan kerajaan selama ini dalam soal menambah baik aspek kebajikan penjawat awam seperti pengenalan skim saraan transformatif, taraf perkhidmatan kakitangan, pergerakan gaji, kenaikan pangkat, pemberian bonus dan sebagainya, akan dapat diteruskan lagi.

“Pelancaran PPA1M hari ini juga menunjukkan bahawa kerajaan mendengar kehendak penjawat awam, memang ini yang kita mahukan, subsidi kerajaan kepada penjawat awam untuk beli rumah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) oleh Perdana Menteri di sini.

PPA1M ialah inisiatif kerajaan dalam menyediakan rumah mampu milik khusus buat penjawat awam di bandar-bandar utama seperti Putrajaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Omar berkata, ketika ini tidak ada sebab bagi penjawat awam untuk tercicir daripada landasan sokongan terhadap kerajaan berdasarkan kepada apa yang telah diberikan kepada mereka selama ini.

Beliau berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, CUEPACS mendapati kira-kira 22 perkara baru diperkenalkan kerajaan khusus untuk menjaga kebajikan para penjawat awam semata-mata.
Menurutnya, beliau berpendapat pentadbiran sedia ada perlu dikekalkan selepas pilihan raya bagi memastikan wujudnya kesinambungan dalam perjuangan menjaga kebajikan para penjawat awam.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut serta pada sidang media itu berkata PPA1M dilancarkan di Putrajaya kerana kerajaan faham dengan kehendak masyarakat setempat yang mahukan peluang memiliki rumah dan bermastautin di sini.

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi parlimen Putrajaya sekali lagi baru-baru ini berkata kira-kira 90 peratus penduduk Putrajaya adalah penjawat awam, dan menurutnya beliau memang mendengar dan faham dengan permintaan ramai penjawat awam di sini yang berhasrat memiliki terus unit rumah kerajaan yang didiami mereka.

Katanya, beliau sudah menerangkan bahawa unit itu disediakan khusus untuk penjawat awam yang bertugas di sini, dan kerajaan yang prihatin mendengar hasrat mereka untuk memiliki rumah di Putrajaya, menawarkan PPA1M sebagai jawapannya. – BERNAMA

PM lancar fasa pertama Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia – Utusan


PM lancar fasa pertama Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

PUTRAJAYA 18 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis pecah tanah dan melancarkan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia untuk fasa pertama membabitkan pembinaan 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11, di sini. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130418/dn_19/PM-lancar-fasa-pertama-Perumahan-Penjawat-Awam-1Malaysia#ixzz2QniNDVTY
© Utusan Melayu (M) Bhd

TPM umum tujuh teras transformasi pendidikan pedalaman Sabah, Sarawak – Utusan


TPM umum tujuh teras transformasi pendidikan pedalaman Sabah, Sarawak

Oleh HISYAMUDDIN AYUB

BELURAN 18 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan tujuh teras utama dalam Pelan Transformasi Pendidikan Sekolah Pedalaman Sabah dan Sarawak.

Antara teras tersebut ialah meningkatkan kualiti kepimpinan dan kemahiran mengurus, infrastruktur fizikal, akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130418/dn_20/TPM-umum-tujuh-teras-transformasi-pendidikan-pedalaman-Sabah-Sarawak#ixzz2QnhfHGD9
© Utusan Melayu (M) Bhd