94 SJKC terima peruntukan – Sinar Harian


94 SJKC terima peruntukan

HARIZ AIZAT MAHYUDIN
18 April 2013
94 SJKC terima peruntukan
Abdul Khalid merakamkan kenangan selepas menyerahkan cek peruntukan kepada 94 wakil SJKC di Sekolah Menengah Tinggi Ping Hwa, semalam.

KLANG – Kerajaan negeri mengagihkan peruntukan berjumlah RM2.42 juta kepada 94 sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dari seluruh negeri, semalam.

Penyampaian disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada wakil lembaga pengurusan sekolah, pengetua dan guru besar di Sekolah Menengah Tinggi Ping Hwa, Klang.

Abdul Khalid berkata, bantuan kewangan itu adalah fasa pertama bagi tahun ini daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM6 juta, yang bakal diagihkan kepada SJKC di seluruh negeri.

“Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan memperuntukkan sebanyak RM105 juta bagi tempoh sepenggal bermula pada 2009 sehingga 2013.

“Bantuan ini diharap dapat digunakan untuk menyediakan kemudahan pengajaran, pembelajaran dan membaiki infrastruktur atau menambah baik bangunan sekolah,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan kepada SJKC Seluruh
Selangor 2013.

Turut hadir, Speaker Dun, Datuk Teng Chang Khim; mantan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali; Ronnie Liu; Rodziah Ismail dan Dr Xavier Jayakumar.

Dalam pada itu, Abdul Khalid juga memberi jaminan kerajaan negeri tidak sesekali meminggirkan sekolah-sekolah kebangsaan jenis Cina dan Tamil serta Sekolah Agama Rakyat (SAR) jika Pakatan Rakyat terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

“Antara manifesto Selangor adalah memberi hadiah masuk universiti kepada anak daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan, berbanding hanya anak daripada keluarga berpendapatan RM1,500 sebulan, sekarang,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati, kebanyakan penerima berterima kasih dan berbesar hati atas keprihatinan kerajaan negeri menyalurkan bantuan pendidikan dengan adil tanpa membezakan bangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s