Tiga sahabat lemas ditelan kepala air – Kosmo


Tiga sahabat lemas ditelan kepala air

 

MOHD. AZLI ADLAN dan HASHIM P. MAMAT
berita@kosmo.com.my

 

RAKAMAN melalui telefon bimbit seorang saksi kejadian menunjukkan kejadian kepala air yang meragut tiga rakan di kawasan perkelahan Batu Hampar, Kuala Kangsar kelmarin.

 

KUALA KANGSAR – Dua remaja perempuan dan seorang remaja lelaki yang mandi di kawasan perkelahan Batu Hampar di Kampung Paya Lintah, Padang Rengas dekat sini ketika hujan lebat petang kelmarin mati lemas dihanyutkan arus deras kepala air.

Kejadian berlaku pada pukul 5.20 petang.

Mereka yang maut ialah Muhamad Khairul Safuan Tajudin, 18, Farah Anisah Ahmad Rafi, 17, dan Nor Aida Azhar, 17.

Abang kembar kepada Muhamad Khairul Safuan iaitu Muhamad Khairul Azwan, 18, bagaimanapun terselamat dan mengalami cedera ringan.

Mayat Muhamad Khairul Safuan ditemui sejam kemudian tersangkut di celah pokok buluh kira-kira lima kilometer (km) dari lokasi dia dihanyutkan.

Mayat Farah Anisah pula ditemui pada pukul 10.30 malam kelmarin kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, manakala mayat Nor Aida ditemui pada pukul 7.30 pagi semalam kira-kira tujuh kilometer dari tempat dia dihanyutkan.

Muhamad Khairul Azwan yang terselamat berkata, mereka pergi ke kawasan itu bersama tujuh rakan lain.

“Hujan agak lebat ketika itu. Ketika kami bersiap-sedia untuk pulang, arus deras tiba-tiba datang dan menghanyutkan adik saya.

“Saya sendiri sempat berpaut pada pokok buluh di tebing sungai. Saya kemudian menyedari dua rakan kami iaitu Farah Anisah dan Nor Aida turut hilang,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0428&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2Rl9u1UNS
Hakcipta terpelihara

Tambah guru Orang Asli – Metro


Tambah guru Orang Asli

 5  0 Google +0  0  0

Oleh ROSYAHAIDA ABDULLAH dan SHARIFAH NORFAEZAH WAN AHMAD MAKKI MASHOR

Putrajaya: Selaras wawasan Malaysia untuk berada sebaris negara berpendapatan tinggi lain di dunia menjelang 2020, semua pihak perlu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan yang dipacu kerajaan supaya tidak tercicir dalam arus pemodenan.

Dalam merealisasikan hasrat ini, rakyat di pedalaman, khususnya Orang Asli dan Penan, harus diberi perhatian menyeluruh dan pendidikan dilihat sebagai antara ejen utama untuk membawa perubahan positif lebih agresif di kalangan mereka, sekali gus mengurangkan jurang antara masyarakat.

Di peringkat persekolahan khususnya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak pernah terkecuali dalam melaksanakan pelbagai program pembangunan pendidikan buat masyarakat Orang Asli dan Penan di seluruh negara terutama sejak mengambil alih pentadbiran sekolah Orang Asli dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan, Datuk Sufa’at Tumin berkata, secara keseluruhannya sebanyak 93 sekolah Orang Asli beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Pahang, Kelantan, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.

FotoPROGRAM Transformasi Pendidikan Orang Asli (PTPOA) berjaya meningkatkan kualiti murid.

Kejadian gas beracun SMK Seri Pantai berulang – Utusan


Kejadian gas beracun SMK Seri Pantai berulang

Oleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR

ALOR SETAR 28 April – Kejadian gas beracun yang berlaku kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kuala Kedah di sini Selasa lalu berulang apabila seramai 28 pelajar mengalami muntah, pening dan loya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi ketika warga sekolah berada di tapak perhimpunan untuk sesi perhimpunan hari ini.

Ketua Jabatan dan Pakar Kecemasan Trauma, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr. Fatahul Laham Mohamad berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar yang sama dalam kejadian minggu lalu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130428/dn_15/Kejadian-gas-beracun-SMK-Seri-Pantai-berulang#ixzz2Rl7Ff6hv
© Utusan Melayu (M) Bhd