Tragedi ‘kepala air’ pernah ragut lima nyawa – Sinar Harian


Tragedi ‘kepala air’ pernah ragut lima nyawa

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 April 2013
Tragedi 'kepala air' pernah ragut lima nyawa
Keratan akhbar Sinar harian, semalam.

PADANG RENGAS – Insiden lemas yang mengorbankan tiga sahabat dalam satu kejadian ‘kepala air’ di kawasan perkelahan Batu Hampar, Kampung Paya Lintah, di sini Jumaat lalu merupakan tragedi kedua dalam tempoh 18 tahun.

Ketua Kampung, Amir Fahmy Mohd Nazri berkata, kejadian pertama sebelum ini mengorbankan lima orang apabila 16 orang awam yang sedang berkelah di kawasan itu dihanyutkan air deras.

Menurutnya, ketika insiden itu, 11 daripada mereka berjaya diselamatkan.

“Kejadian yang berlaku ini hampir sama dengan insiden Jumaat lalu, ketika itu hujan berterusan berlaku di hulu sungai menyebabkan aliran deras di sini.

“Bagaimanapun kita bersyukur kerana semua mangsa ditemui dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas insiden berlaku,” katanya.

Beliau berkata, pusat perkelahan itu sememangnya sering menjadi tumpuan, namun hanya dalam kalangan penduduk setempat serta kawasan berhampiran sahaja.

Sementara itu, Ketua Operasi mencari dan menyelamat, Ismail Darus mengingatkan orang ramai agar mendapatkan nasihat penduduk kampung terlebih dahulu sebelum berhasrat untuk mandi atau berkelah di kawasan seumpama itu.

Katanya, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, tidak mustahil insiden sama boleh berlaku.

“Orang kampung lebih tahu sebab mereka sudah biasa dengan keadaan itu, jadi jika ada yang nasihat jangan mandi atau datang ke lokasi seperti ini, lebih baik kita patuhi,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Muhammad Khairul Safuan Tajuddin, 18, Farah Anisah Ahmad Rafi dan Nor Aida Azhar masing-masing 17 tahun ditemui lemas selepas dihanyutkan air deras.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s