Muhyiddin ucap selamat Hari Guru – Bernama


Muhyiddin ucap selamat Hari Guru

2013/05/16 – 11:24:07 AMCetakEmel Kawan
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi 1 itu di dalam laman Facebook beliau turut mengucapkan penghargaan ke atas pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa.

Sambutan Hari Guru yang diadakan pada 16 Mei setiap tahun, kali ini bertemakan ‘Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda’. – BERNAMA

SENARAI PELANTIKAN BARU MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI


SENARAI PELANTIKAN BARU MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI

16 May 2013

 

Berikut merupakan senarai pelantikan baru Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:

 

(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN

(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH

(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING

(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN

 

Untuk melihat senarai Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia 2013 yang lengkap, sila klik di sini.

 

PERMOHONAN UNTUK MENGISI PERJAWATAN HAKIKI SEBAGAI SISC+ DAN SIPARTNERS+ SEPENUH MASA DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)


PERMOHONAN UNTUK MENGISI PERJAWATAN HAKIKI SEBAGAI SISC+ DAN SIPARTNERS+ SEPENUH MASA DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD)

15 May 2013

Makluman kepada semua guru Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah menengah dan rendah seluruh negara.

Permohonan untuk mengisi perjawatan hakiki sebagai SISC+ dan SIPartners+ sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Kepada mereka yang berminat sila isi borang permohonan dan  serahkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) tuan/puan. Untuk sebarang kemusykilan sila emelkan ke alamat dtpbpsh2013@gmail.com atau boleh hantarkan pertanyaan secara online. Klik Disini.

Harap maklum.

 

Muat Turun
Maklumat SISC+
Borang Permohonan SISC+
Borang Permohonan SIPartner+
Brosur SISC+
Brosur SIPartner+