SURAT SIARAN IKLAN JAWATAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG 2013


SURAT SIARAN IKLAN JAWATAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG 2013

28 May 2013

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2013. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti telah diberi mandat untuk menjadi Urus Setia Induk Penilaian Guru Camerlang dan Pensyarah Cemerlang 2013.
3.         Pemangkuan gred jawatan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang yang ditawarkan adalah seperti berikut:
PPP
Gred Ditawarkan
Guru Sekolah
Gred Khas C, DG54, DG52, DG44, DGA38, DGA34 & DGA32
Pensyarah IPG
Gred Khas C & DG48
Pensyarah
IAB / KM/ ELTC
Gred Khas C, DG54 & DG52
Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat, 21 Jun 2013.
5.          Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

 Urusan Pemangkuan GC PC Tahun 2013.pdf

 

Muat Turun
Muat Turun

Putus jari manis akibat dituduh rogol – Sinar Harian


Putus jari manis akibat dituduh rogol

MOHD TAHA YAACOB
29 Mei 2013
Putus jari manis akibat dituduh rogol
NOORZAINY

KAMPUNG RAJA – Seorang lelaki putus jari manis tangan kiri selepas dilibas dengan parang oleh seorang lelaki ketika mangsa mahu menyerangnya selepas mendakwa dia merogol kekasihnya.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi, Ahad lalu, mangsa berusia 26 tahun dari Jalan Bukit Keluang di sini, dilibas suspek ketika mangsa pergi ke rumah suspek di Kampung Pengkalan Nyireh dengan membawa sebilah parang.

Dikatakan, mangsa yang bekerja sebagai nelayan berang terhadap suspek berusia 21 tahun kerana mendakwa telah merogol kekasihnya berusia 17 tahun pada 8 Mei lalu di rumah gadis itu di Jertih.

Menurut sumber, mangsa cuba menyerang suspek menyebabkan berlaku pergelutan.

“Bagaimanapun suspek berjaya mengambil sebilah parang di pintu rumahnya lalu melibas ke arah mangsa menyebabkan jari manis mangsa putus.

Menyedari kecederaan dialaminya, mangsa segera melarikan diri,” katanya.

Difahamkan juga, jari mangsa yang terputus berjaya ditemui polis di tempat kejadian sejurus kemudian dan dihantar ke Hospital Besut.

Mangsa pula telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Mangsa bertindak demikian kerana dikatakan marah terhadap suspek yang didakwa merogol teman wanita di dalam bilik tidur rumah kekasihnya di Jertih.

Suspek dikatakan sebelum itu berbual dengan pelajar perempuan itu di luar rumah sebelum masuk ke dalam bilik tidurnya bersama suspek untuk berbual panjang.

Menurut sumber, suspek telah merogol pelajar itu walaupun dia cuba melawan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan NoorZainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Menurutnya, polis telah menahan reman suspek untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan tangkapan tersebut.