5 lelaki perkosa remaja bergilir-gilir – Metro


5 lelaki perkosa remaja bergilir-gilir

 11  0 Google +0  0  0

Klang: Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu.

Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1.30 petang.
Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran.

 

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar.
Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur.
“Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara bergilir-gilir,” katanya.

 

“Mangsa sekali lagi diminta pula melayan nafsu dua lagi remaja lain yang turut tinggal di rumah berkenaan.
“Selepas semua mereka selesai melempiaskan nafsu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan diminta merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa,” katanya.

 

Harian Metro difahamkan, mangsa dihantar pulang oleh rakan sama yang membawanya dari sekolah kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop sewaktu dihubungi mengesahkan laporan daripada mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30

Balingan botol bertalu-talu – Metro


Balingan botol bertalu-talu

 18  2 Google +1  2  0

Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Kuantan: “Kami dihujani balingan botol dan batu dari luar stadium menyebabkan keadaan kelam-kabut apabila penyokong Johor Darul Takzim (JDT) mula bersesak untuk mengelak terkena balingan berkenaan.

“Saya terkena botol dibaling sebanyak empat kali dan keadaan yang sesak itu membuatkan saya sukar bernafas dan hampir pengsan,” kata penyokong JDT Nor Syafiqa Maskam, 17, yang cedera dalam insiden kekecohan di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Kekecohan itu menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA membabitkan pasukan Pahang dan JDT dibatalkan atas faktor keselamatan.

Nor Syafiqa yang duduk di bahagian tengah tempat duduk dikhaskan untuk penyokong JDT mendakwa diarahkan memasuki kawasan trek oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum diarahkan kembali ke tempat duduk masing-masing oleh polis.

FotoPENYOKONG JDT menunjukkan batu yang dibaling ketika kekecohan.

“Bagaimanapun, keadaan lebih teruk dan ada penyokong JDT terpaksa bertindak balas dengan membaling semula botol dan batu hingga memaksa kami masuk semula dalam padang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/30