12,520 calon SPM ulangan Selasa, Rabu – Bernama


12,520 calon SPM ulangan Selasa, Rabu

 

KUALA LUMPUR 7 Jun – Seramai 12,520 calon akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Ulangan) 2013 di 232 pusat peperiksaan di seluruh negara Selasa dan Rabu ini (11 dan 12 Jun).

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan hari ini, daripada jumlah itu, 7,148 calon mendaftar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, 2,932 mata pelajaran Matematik dan 2,440 lagi bagi kedua-dua mata pelajaran.

“Seramai 1,207 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan,” jelas kenyataan itu.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan Borang Perakuan Calon Peperiksaan SPM (Ulangan) masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130607/dn_38/12520-calon-SPM-ulangan-Selasa-Rabu#ixzz2VWYFSO2o
© Utusan Melayu (M) Bhd

Belasah enggan jadi gengster – Metro


Belasah enggan jadi gengster

 621  24 Google +1  0  1

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Puteri Nabiha Raja Ayub

Sungai Buloh: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, selepas dibelasah sekumpulan tujuh rakan sebaya yang bersenjatakan besi dan kayu di depan sebuah kafe siber di Damansara Damai dekat sini, Isnin lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, Oii Boon King, dibelasah kumpulan terbabit dipercayai kerana menolak pelawaan mereka untuk menganggotai satu kumpulan gengster.

Menurut abang ipar mangsa yang juga saksi kejadian, Benny Chong, 35, adiknya dibelasah kumpulan terbabit tanpa belas kasihan selama lebih 10 minit.

“Mereka (kumpulan remaja) membelasahnya menggunakan besi dan kayu. Dia kini masih koma dan sedang dirawat di HSB,” katanya memberitahu, Boon menerima 30 jahitan di kepala selain mengalami keretakan di tangan kiri dan kaki kanan.

FotoRAKAMAN CCTV menunjukkan Boon dibelasah kumpulan berkenaan.

Menurut Benny yang ditemui di HSB di sini, semalam, kira-kira seminggu sebelum kejadian, Boon menolak pelawaan kumpulan terbabit untuk menganggotai satu kumpulan gengster dan mengesyaki ia adalah motif serangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/07

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PPPS GRED DG41 YANG DITEMU DUGA SEMASA PROGRAM PENILAIAN KHAS – SPP


KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PPPS GRED DG41 YANG DITEMU DUGA SEMASA PROGRAM PENILAIAN KHAS

Keputusan temu duga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bagi calon yang ditemu duga semasa Program Penilaian Khas boleh disemak di sini mulai 30 Mei 2013. Bagi calon yang berjaya dalam urusan tersebut, surat tawaran pelantikan akan dikemukan oleh Suruhanjaya ini.

Muat naik pada 30 Mei 2013

PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA


PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

06 June 2013

 

Pengambilan Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia

 

Sila muat turun iklan dan borang perjawatan di bawah.

 

Muat Turun
Iklan Perjawatan Jurulatih Sukan
Borang Permohonan Perjawatan Jurulatih Sukan

 

 

Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat

SEMAKAN TAWARAN KOLEJ MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014


SEMAKAN TAWARAN KOLEJ MATRIKULASI KPM SESI 2013/2014

 

Makluman.

Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2013/2014.

Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :

  • Nombor Kad Pengenalan atau
  • Nombor Lembaga Peperiksaan

Rujuk di sini http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :

Program Matrikulasi KPM:

  • Taipkan MOE<jarak>MAR<jarak>NO. KP dan hantarkan ke15888
  • Contoh : MOE MAR 960704085973

 

FAQ

Soalan dan jawapan lazim ditanya berkaitan tawaran sila klik SINI

Dibangunkan untuk Bahagian Matrikulasi (BMKPM) oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

Aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi Online


Aplikasi Semakan Keputusan
Peperiksaan Matrikulasi Online

Kolej-Kolej Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Lawat di sini http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/keputusan_exam/

GURU-GURU LANTIKAN DG41 PJJ PADA 2 JANUARI 2013 – NUTP


GURU-GURU LANTIKAN DG41 PJJ PADA 2 JANUARI 2013

Pihak KPPK/NUTP telah terima beratus-ratus aduan mengenai perkara berkenaan. Guru-guru yang terlibat dinasihatkan agar menerima tawaran lantikan DG41 terlebih dahulu. Pihak KPPK/NUTP sedang berunding berkenaan isu ini dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, harap maklum

Tarikh Berita/News Date:
05/06/2013