Pekeliling Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2013 : 2 Kali Kenaikan (Contoh : RM250+ RM250). Tahniah!


Pekeliling Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2013 : 2 Kali Kenaikan (Contoh : RM250+ RM250). Tahniah!

 

Download Pekeliling Kenaikan Gaji 1 Julai 2013 (SSM)

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp052013.pdf

Butiran Pekeliling Kenaikan Gaji Penjawat 2013 : Pergerakan Gaji Tahunan ;

17. Pemberian pemindahan gaji ini tidak menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi tahun 2013 dan tahun berikutnya, tertakluk kepada had gaji maksimum dalam JGMM serta pegawai memenuhi syarat dan peraturan Pergerakan Gaji Tahunan yang berkuat kuasa.

Maknanya berdasarkan pekeliling kenaikan kakitangan awam yang terbaru ini, penjawat awam akan menikmati 2 kali kenaikan gaji untuk tahun 2013 kali ini :

1) Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (Januari, April, Julai atau Oktober)
2) Kenaikan Gaji Tahunan Khas (1 Julai 2013)
3) Kenaikan Gaji Tahunan 2014 : April, Januari, Julai, Oktober

Ulang Tahun ‘Himpunan Berita’ kali ketiga


 

Happy Anniversary!

You registered on WordPress.com 3 years ago!

Thanks for flying with us. Keep up the good blogging!

 

Terima kasih kepada WordPress.com yang mengucapkan Hari Ulang Tahun kali ketiga penggunaan WordPress.com. Saya akan cuba untuk mengemaskinikan dari semasa ke semasa beberapa berita untuk anda.

Terima kasih atas sokongan anda!~

Editor HB

Seminggu jahit seragam sendiri – Sinar Harian


Seminggu jahit seragam sendiri

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Jun 2013
Seminggu jahit seragam sendiri
Sebahagian pelajar tekun menjalani latihan jahitan anjuran Giat Mara Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Tiada kemahiran asas dalam jahitan, tidak menghalang 20 anak penduduk di daerah ini menyiapkan pakaian seragam sekolah masing-masing dalam tempoh seminggu.

Cuti seminggu yang dimanfaatjab dengan menyertai kursus jangka pendek anjuran Giat Mara Kuala Selangor ternyata mampu memberi pengetahuan dan kemahiran menyiapkan baju kurung untuk kegunaan diri sendiri.

Peserta, Izzah Atirah Mohd Kamser, 17, bangga apabila dapat menyiapkan pakaian seragam sekolah dalam kursus terbabit walaupun sebelum ini tiada asas jahitan.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) itu, kemahiran yang diperoleh akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan bercadang menjahit baju raya sendiri.

“Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja memandangkan minat jahitan agak mendalam, terutama rekaan fesyen.

“Dengan mengikuti kursus seperti ini saya dapat pengalaman baru selain belajar. Saya mahu membuka kedai jahitan apabila dewasa nanti,” katanya.

Seorang lagi peserta, Amirah Fakhira Zaidon, 17, berkata, dia menganggap kursus ini berguna bagi mengisi masa luang pada hujung minggu.

Menurutnya, pada mulanya dia tidak begitu yakin dapat menyiapkan sepasang baju kurung dalam tempoh seminggu kerana tidak pernah menjahit sebelum ini.

“Namun akhirnya saya berjaya menyiapkan sepasang baju kurung sebagai seragam sekolah. Selepas ini pastinya kos pembelian pakaian seragam sekolah dapat dikurangkan.

“Bagi saya, jika ada kemahuan dan kesungguhan semua yang diusahakan pastinya berjaya. Sebagai contoh kursus ini, jika peserta itu bersungguh, mereka mampu melakukannya untuk manfaat diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Bekas pelajar SK Pusat Jerteh rancang tubuh alumni – Bernama


Bekas pelajar SK Pusat Jerteh rancang tubuh alumni

18 Jun 2013

BESUT, 18 – Bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh bercadang menubuhkan alumni sekolah berkenaan sempena sambutan ulang tahun ke-75 penubuhannya pada 6 Julai ini.

Guru Besarnya Engku Naemah Engku Taib berkata majlis penubuhan Persatuan Bekas Pelajar (Alumni) sekolah itu akan diadakan di premis sekolah yang telah melahirkan lebih 10,000 pelajar sejak ditubuhkan pada 1938.

Antara mereka ialah golongan profesional terdiri daripada ahli akademik, peniaga, pegawai kanan kerajaan dan ahli politik termasuk Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Engku Naemah, yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Besut, berkata pada masa ini terdapat 710 pelajar di sekolah itu dengan 69 tenaga pengajar. – Bernama

Pelajar 15 tahun import senjata tiruan – Metro


Pelajar 15 tahun import senjata tiruan

 148  1 Google +0  0  0

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

IPOH: Seorang pelajar berusia 15 tahun ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki mengimport lima senjata tiruan dari Amerika Syarikat, China dan Taiwan yang dibeli secara online dengan alasan untuk dijadikan koleksi peribadi.

Senjata api jenis M16, pistol Glock, Colt 45 automatik dan Air Rifle MP5 dikesan oleh anggota Unit Kastam Pos, JKDM, Cawangan Ipoh menerusi mesin pengimbas di Pejabat Pos Ipoh, tengah hari Sabtu lalu.

Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, susulan rampasan pada pukul 12 tengah hari itu, pihaknya menahan remaja lelaki dari Kuala Kangsar mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967 sebelum dilepaskan dengan jaminan.

“Lima senjata tiruan berkualiti tinggi itu dianggar bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat ialah RM878.88. Kesemua senjata itu menyerupai senjata sebenar tetapi menggunakan peluru getah manakala Air Rifle itu menggunakan peluru tembaga.
“Remaja yang masih bersekolah itu telah dilepaskan dengan jaminan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Difahamkan remaja sekolah tingkatan tiga terbabit memperolehi wang dari ibu bapanya untuk membeli senjata api tiruan berkenaan.

Beliau berkata, lima senjata api yang dirampas itu adalah sebahagian daripada 10 unit senjata yang dirampas pasukan penguatkuasaan kastam negeri bagi tempoh Januari hingga Jun termasuk dua unit dirampas di Kompleks Bukit Berapit, Pengkalan Hulu manakala, tiga unit lain dikesan di pejabat pos negeri,” katanya.

Katanya, pihaknya memandang serius pengimportan tanpa permit senjata api tiruan berkenaan kerana ia bukan sahaja mampu mengancam keselamatan negara sebaliknya boleh disalah guna untuk tujuan jenayah.

Cuti sabatikal guru belajar di luar negara – Bernama


Cuti sabatikal guru belajar di luar negara

 

SERI KEMBANGAN 18 Jun – Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan cuti sabatikal untuk pengetua, guru besar dan guru mengikuti program pembelajaran di luar negara, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, cuti sabatikal untuk mengikuti program pembelajaran luar negara yang kini hanya dinikmati pensyarah di institusi pengajian tinggi amat penting dalam usaha kerajaan meletakkan sistem pendidikan negara setanding dengan negara di seluruh dunia.

“Kita sering berkata mahu meletakkan sistem pendidikan Malaysia sebaris dengan negara luar tetapi bagaimana kita nak merealisasikannya kalau pengetua, guru besar dan guru kita tidak dapat banyak pendedahan tentang sistem pendidikan di luar negara.

“Dengan cara ini kita harap lebih ramai pengetua, guru besar dan guru mempelajari sistem pendidikan di negara seperti United Kingdom dan Finland bagi membuka minda mereka tentang cara terbaik melahirkan anak bangsa yang mampu meneruskan kecemerlangan Malaysia pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baharu Kepada Pengetua Tahun 2012 di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud dan Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan, Datuk Misrah Ibrahim.

Seramai 151 pengetua sekolah menerima sijil dan wang tunai RM7,500 pada anugerah yang diberi kepada pengetua sekolah cemerlang berdasarkan Gred Purata Sekolah dan skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sekolah mereka.

Idris berkata, cadangan itu masih dalam perbincangan serta kajian di peringkat kementerian dan apabila selesai, ia akan dibentang kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan.

“Banyak perkara kita perlu bincangkan dan kita teliti seperti tempoh masa cuti itu dua ke tiga bulan, sabatikal ini boleh diambil setiap lima tahun sekali dan negara-negara yang terbaik untuk kita hantar guru kita.

“Kita akan buka peluang untuk semua jenis guru, peringkat menengah, rendah mahupun bidang teknikal. Kementerian akan pilih siapa yang layak menerusi kriteria yang akan kami tetapkan nanti,” katanya.

Mengulas mengenai Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Idris berkata, pengetua dan guru besar perlu menjadi ejen perubahan bagi merealisasikan fasa pertama pelan itu yang bermatlamat merubah sistem pendidikan negara untuk menghasilkan generasi muda berdaya maju.

Ditanya tentang keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini, beliau berkata sekolah dalam kawasan yang mempunyai Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 akan diarah tutup serta merta bagi mengelakkan masalah kesihatan di kalangan pelajar.

“Saya nasihatkan pelajar supaya memakai topeng penapis udara, minum air dengan banyak dan kurangkan aktiviti luar jika IPU di kawasan anda teruk.

“Kementerian akan memantau rapi perkembangan jerebu ini bagi memastikan kesihatan pelajar kita tidak terjejas,” katanya. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130618/dn_36/Cuti-sabatikal-guru-belajar-di-luar-negara#ixzz2WZ3HEcYj
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jenazah 3 beradik lemas dikebumi satu liang lahad – Bernama


Jenazah 3 beradik lemas dikebumi satu liang lahad

 

 

PASIR MAS 18 Jun – Jenazah tiga beradik yang lemas ketika mandi di Sungai Golok, Rantau Panjang semalam, selamat dikebumi dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian pukul 4 petang itu ialah Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Syahmi, 4.

Suasana pilu menyelubungi rumah keluarga mangsa apabila sanak saudara dan orang ramai menziarahi jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Ketika ditemui pemberita, ibu mangsa, Nur Asyikin Abdul Rahman, 41, berkata kejadian itu perit untuk dikenang kerana suaminya juga meninggal dunia beberapa tahun lepas.

Kali terakhir beliau bertemu tiga anaknya itu ialah pada 1.30 tengah hari semalam sebelum meninggalkan rumah bagi mengikuti bengkel di Tadika Kemas Cempaka Sari, Gual Sintok di sini.

Nur Asyikin, yang bertugas sebagai guru di Tadika Kemas Kampung Rahmat, tidak menyangka kejadian itu akan menimpa ketiga-tiga anaknya, namun beliau reda dengan ketentuan Tuhan.

Beliau berkata, Muhammad Zulhilmi, yang dipanggil abang dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat, bercita-cita menjadi seorang jurutera dan Muhammad Syahmi, yang dipanggil adik, ingin menjadi juruterbang manakala si bongsu iaitu Muhammad Irfan Syahmi, atau Baby, pula mahu menjadi seorang anggota polis. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130618/je_22/Jenazah-3-beradik-lemas-dikebumi-satu-liang-lahad#ixzz2WZ2sVq8g
© Utusan Melayu (M) Bhd