Jenamakan semula SJK Cina dan Tamil – Bekas hakim
KUALA LUMPUR 19 Jun – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan agar sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dijenamakan semula sebagai sekolah pengajian bahasa.
Menurut beliau, sekolah berkenaan dijadikan pusat pengajian pembelajaran bahasa-bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris dan ia seharusnya terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
“Kalau kita bercakap tentang polisi pelajaran, kini ada tiga aliran iaitu sekolah swasta, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Apa peranan sekolah jenis kebangsaan? Ada keperluan tentangnya?
“Kita tukarkan sekolah jenis kebangsaan ini kepada sekolah di mana kita boleh belajar bahasa. Apa sahaja yang telah sekolah kebangsaan sediakan, sekolah jenis kebangsaan tidak perlu lagi menyediakannya, semua orang akan pergi ke sekolah yang sama. Ini boleh memupuk perpaduan,” jelas beliau.
Mohd Noor berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan percambahan minda bertajuk “Kedudukan Sekolah Vernakular dari Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan” di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130619/dn_26/Jenamakan-semula-SJK-Cina-dan-Tamil—-Bekas-hakim#ixzz2Wf7esRbu
© Utusan Melayu (M) Bhd