Remaja mengaku salah pukul abang guna tukul – Sinar Harian


Remaja mengaku salah pukul abang guna tukul

WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Jun 2013
Remaja mengaku salah pukul abang guna tukul
Remaja terbabit (dua kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam.

KOTA BHARU – Seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memukul abangnya dengan tukul, April lalu.

Hukuman terhadap pesalah juvenil dari Kampung Perupok, Bachok itu bagaimanapun ditangguhkan kerana menunggu laporan perubatan mangsa.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap abangnya yang berusia 23 tahun itu di rumah mereka pada jam 4 petang, 14 April.

Dalam kejadian itu, dia dikatakan meminta wang daripada ibunya, bagaimanapun berang dan bercakap kasar selepas permintaan tidak dipenuhi.

Abang tertuduh yang ikut campur dengan niat meredakan keadaan diserang pula oleh remaja itu dengan senjata tukul menyebabkan dia cedera di telinga kiri.

Tuduhan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pada prosiding semalam, remaja berkenaan turut dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan doktor dan juga laporan akhlaknya.

Kes bersambung 24 Julai depan.

Pelajar tumbuk tengkuk pengetua – Sinar Harian


Pelajar tumbuk tengkuk pengetua

WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Jun 2013

TEMERLOH – Seorang pengetua sebuah sekolah di bandar Temerloh cedera ringan selepas mendakwa ditumbuk tiga kali oleh seorang pelajar tingkatan lima sekolahnya.

Kejadian dipercayai berlaku Selasa lalu apabila pengetua terbabit yang melakukan rondaan sekitar kawasan sekolah menemui sebuah telefon bimbit lalu menyimpannya.

Selepas beberapa minit, datang seorang pelajar tingkatan lima menuntut telefon bimbit itu yang didakwa miliknya.

Bagaimanapun pengetua terbabit enggan memulangkannya mengakibatkan pelajar tersebut berang lalu melepaskan tumbukan di tengkuk mangsa.

Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh enggan mengulas lanjut tetapi mengesahkan kejadian dan pihaknya telah memanggil pelajar serta pengetua terbabit untuk diambil keterangan.

Menurutnya, polis telah membuka siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 323 kerana mendatangkan kecederaan dan pelajar terbabit dilepaskan selepas memberi keterangan.

Hadkan aktiviti luar sekolah – Kosmo


Hadkan aktiviti luar sekolah

 

21/06/2013 6:44pm

 

KUALA LUMPUR – Semua sekolah dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar sekolah termasuk pendidikan jasmani bagi menjamin keselamatan dan kesihatan murid-murid, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufa’at Tumin hari ini.

Namun ujarnya, perkara itu bergantung kepada tahap jerebu dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan masing-masing. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2WrCUSQQm
Hakcipta terpelihara

Tutup sekolah jika IPU melebihi 200 – Metro


Tutup sekolah jika IPU melebihi 200

 0  0 Google +0  0  0

MELAKA: Semua sekolah di negeri ini yang terjejas akibat jerebu khususnya di daerah Melaka Tengah akan ditutup sekiranya bacaan IPU direkodkan melebihi 200.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Md Yunos Husin berkata bagaimanapun arahan itu hanya akan dikeluarkan selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21

Jerebu: Sekolah di Pontian, Kota Tinggi pula diarah tutup – Berita Harian


Jerebu: Sekolah di Pontian, Kota Tinggi pula diarah tutup

2013/06/21 – 11:59:03 AMCetakEmel Kawan
JOHOR BAHRU: Dua lagi daerah diarah menghentikan operasi kesemua sekolahnya hari ini akibat jerebu apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada paras berbahaya melebihi 300.

Sebanyak 195 sekolah membabitkan 71,097 murid serta pelajar di Pontian dan Kota Tinggi ditutup serta-merta.

Pengarah Pendidikan Johor, Mohd Nor A Ghani, berkata satu lagi daerah iaitu Kulaijaya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan bacaan IPU melebihi 150.

Pelajar dakwa dirogol bekas teman lelaki – Utusan


Pelajar dakwa dirogol bekas teman lelaki

 

Oleh MALINDA ABDUL MALIK

PULAU PINANG 21 Jun – Seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol bekas teman lelakinya selepas tidak sedarkan diri sebaik sahaja minum air yang dipercayai mengandungi pil khayal.

Kejadian berlaku pada 10 Mei lalu kira-kira pukul 8 malam semasa mangsa keluar dengan suspek yang berusia lingkungan 20-an untuk makan malam.

Semasa dalam perjalanan, suspek memberhentikan keretanya di sebuah stesen minyak untuk membeli air mineral untuk mangsa.

Selepas meminumnya, mangsa tidak sedarkan diri.

Sebaik sedarkan diri kira-kira tiga jam kemudian, mangsa mendapati dirinya berada di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Raja Uda, Butterworth dalam keadaan berbogel.

Mangsa kemudian dihantar pulang oleh suspek dan diugut supaya tidak memberitahu kejadian kepada sesiapa.

Kelmarin, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tasek Gelugor kerana berasa tidak puas hati dengan tindakan suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi Utusan Online mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak polis kini memburu suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130621/je_12/Pelajar-dakwa-dirogol-bekas-teman-lelaki#ixzz2WrAkb0xG
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jerebu: Sekolah perlu lebih prihatin – Najib – Bernama


Jerebu: Sekolah perlu lebih prihatin – Najib

 

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pihak sekolah perlu lebih prihatin bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar ketika musim jerebu ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri menerusi twitternya hari ini berkata sekolah perlu bertindak sewajarnya mengikut situasi bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar sentiasa terjaga.

“Pihak sekolah perlu lebih prihatin untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar di musim jerebu. Bertindak sewajarnya mengikut situasi,” katanya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani pagi ini memaklumkan sebanyak 589 sekolah di Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Pontian diarah tutup setakat ini berikutan kualiti udara tidak sihat di kawasan berkenaan.

Sehingga tengah hari ini, kawasan yang terlibat dengan jerebu di Johor terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi pada 323 iaitu berbahaya. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_31/Jerebu-Sekolah-perlu-lebih-prihatin—-Najib#ixzz2WrAUoWGo
© Utusan Melayu (M) Bhd

APLIKASI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT (EMOHONPAP)


APLIKASI PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT (EMOHONPAP)

19 June 2013

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Jawatan Pembantu Am Pejabat (eMohonPAP), Kementerian Pendidikan Malaysia,boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 19 Jun 2013 ( Rabu ) sehingga 17 Julai 2013 ( Rabu ).

 

Muat Turun
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU AM PEJABAT

PEMAKLUMAN PEMANSUHAN PEJABAT DMO


PEMAKLUMAN PEMANSUHAN PEJABAT DMO

19 June 2013

As-Salam & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa secara rasminya pejabat DMO telah dimansuhkan dan hanya akan beroperasi di pejabat sedia ada di Aras 4, Blok E8, KPM sehingga 21 Jun 2013 (Jumaat). Semua urusan dan tugas-tugas rasmi yang dikendalikan oleh pejabat DMO selama ini akan diambil alih oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU).

Harap maklum.

Nota : Lampiran Surat Rasmi adalah seperti di bawah.

 

Muat Turun
Surat Pemakluman Pemansuhan Pejabat DMO