Syarat ketat jadi pengetua – Berita Harian


Syarat ketat jadi pengetua

2013/07/03 – 07:03:48 AM Oleh Norfatimah AhmadCetakEmel Kawan
Syarat ketat jadi pengetuaTIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap bagi merasmikan Repositori Institut Aminuddin Baki sempena Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-20 di Auditorium Dato Razali Ismail Institut Aminuddin Baki di Genting Highland, semalam. – Foto BERNAMA

Mulai tahun depan, pelantikan tidak secara automatik

Genting Highlands: Mulai tahun depan pelantikan guru besar dan pengetua akan melalui proses penapisan teliti, bukan lagi disandang secara automatik seperti sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu selaras matlamat dan transformasi Sistem Pendidikan Negara untuk memastikan guru besar dan pengetua berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

Syarat utama adalah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Seramai 1,000 pendidik akan mengikuti kursus lima bulan di Institut Aminuddin Baki (IAB) tahun depan,” Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Harus melalui proses penilaian

“Mereka harus melalui proses penilaian tahap kepemimpinan dan yang berkaitan kemampuan melaksanakan tanggungjawab, kreativiti, inovatif, dan inovasi di samping rekod cemerlang dalam kerjaya guru, selain menjalani latihan dan bimbingan yang komprehensif.

“Syarat utama adalah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Seramai 1,000 pendidik akan mengikuti kursus lima bulan di Institut Aminuddin Baki (IAB) tahun depan,” katanya selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan

Syarat utama ikuti program NPQEL
Muhyiddin turut melancarkan Repositori IAB di mana semua hasil karya penulisan dan penyelidikan sarjana institut itu dikumpul, disusun, dipelihara dan disebarkan melalui satu pusat menggunakan pendekatan terkini dunia teknologi maklumat.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan Pengarah IAB, Datuk Khairil Awang.

Ketika ini, pencalonan bagi mengisi jawatan pengetua dan guru besar berdasarkan cadangan Pengarah Bahagian dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan persetujuan Ketua Pengarah Pendidikan.

Calon yang boleh dicadangkan adalah mereka yang diluluskan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Guru penolong kanan termasuk dalam senarai yang diluluskan LKPPP, boleh dicalonkan untuk mengisi jawatan pengetua.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, proses pemilihan calon untuk kedua-dua jawatan berkenaan sedang dilaksanakan dan diikuti penilaian tahap kepemimpinan, sebelum pelantikan bermula 2014.

Guru paling cemerlang

“Apabila ada kekosongan ia akan diisi guru terbaik. Walaupun sebelum ini sudah dibuat begitu tetapi kali ini kita ambil kira ujian dan pencapaian guru untuk pastikan hanya yang terbaik dalam kalangan yang terbaik menjawat jawatan guru besar dan Pengetua,” katanya.

Mengenai proses NPQEL, beliau berkata, ia membabitkan guru paling cemerlang dengan rekod atau sejarah tugas terbaik di sekolah tempat mereka bertugas.
“Tiada kompromi dalam hal ini kerana sekolah yang berjaya adalah faktor kepemimpinan guru besar dan pengetua,” katanya.

20,000 permohonan

Mengenai isu pertukaran guru, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang menjalankan kajian kerana ia isu yang sentiasa dihadapi terutama kerana jumlah guru yang mencecah 480,000 di seluruh negara.

Beliau berkata, permohonan dipenuhi jika ada kekosongan di negeri dan sekolah, subjek yang diajar guru yang memohon sepadan dengan kekosongan dan sebab yang munasabah.

“Permohonan pertukaran dibuka dua kali setahun dan tahun lalu saja 20,000 permohonan diterima. Biasanya kita tidak boleh penuhi semuanya menyebabkan ada yang membuat permohonan berkali-kali, malah ada hingga 10 kali serta minta bantuan wakil rakyat dan ibu bapa.

“Jika permohonan munasabah seperti ibu bapa uzur, kita ambil kira tetapi kekangan tempat dan subjek sepadan menyebabkan ia tidak dapat disempurnakan,” katanya.

Usul Kenaikan Yuran Ahli – NUTP


Usul Kenaikan Yuran Ahli

Kepada Semua Ahli KPPK
Usul Kenaikan Yuran Ahli

Persidangan Perwakilan Khas pada 27 Mac 2013 telah memutuskan kenaikan Yuran Ahli dari RM6.00 ke RM8.00 termasuk RM1.00 untuk Tabung Kebajikan.

Diharap dapat sokongan semua.

Sekian, harap maklum

Pn Lok Yim Pheng

Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date:
02/07/2013

 

TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI PENEMPATAN DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI – SPP


TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI PENEMPATAN DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bagi calon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan telah memohon di JobsMalaysia pada 16 hingga 30 April 2013. Temu duga akan dijalankan mulai 9 Julai 2013 hingga 18 Julai 2013. Semakan mengenai temu duga tersebut boleh dibuat di sini mulai 1 Julai 2013. Calon juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak. Calon juga akan menerima surat panggilan temu duga daripada Suruhanjaya ini.

Muat naik pada 02 Julai  2013

 

IKLAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2014/2015


IKLAN PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2014/2015

03 July 2013

Sukacita dimaklumkan, permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015 akan bermula pada 1 Julai sehingga 10 Oktober 2013.

Klik di pautan http://www.moe.gov.my/bmkpm/index.php/component/content/article/34-laman-utama/404-iklan-permohonan-program-matrikulasi-sesi-20142015  untuk maklumat lanjut.

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 15 TAHUN 2013 WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN TAHUN 2013


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 15 TAHUN 2013 WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN TAHUN 2013

03 July 2013

Muat Turun
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 15 Tahun 2013 Waktu Persekolahan Dalam Bulan Ramadan Tahun 2013