TEMU DUGA JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BAGI PENEMPATAN DI PUSAT ANAK PERMATA NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 bagi calon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan telah memohon di JobsMalaysia pada 16 hingga 30 April 2013. Temu duga akan dijalankan mulai 9 Julai 2013 hingga 18 Julai 2013. Semakan mengenai temu duga tersebut boleh dibuat di sini mulai 1 Julai 2013. Calon juga diingatkan untuk membawa dokumen-dokumen berkaitan seperti dalam senarai semak. Calon juga akan menerima surat panggilan temu duga daripada Suruhanjaya ini.
Muat naik pada 02 Julai 2013