Harga rumah: Jangan cakap sahaja, kata Cuepacs – Sinar Harian


Harga rumah: Jangan cakap sahaja, kata Cuepacs

WARTAWAN SINAR HARIAN
11 Julai 2013
 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman

SHAH ALAM – Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman mendesak kerajaan agar menyediakan rumah mampu milik dalam tempoh dua tahun dari sekarang.

Menurutnya, rakyat terutama golongan penjawat awam yang berpendapatan sederhana dan rendah sudah muak dengan janji-janji yang ditaburkan kerajaan.

“Kita mahukan tindakan segera daripada kerajaan dan agensi berkaitan bukan hanya sekadar melakukan pecah tanah dan perasmian namun rumah berkenaan tidak dibangunkan.

“Cuepacs mahu kerajaan sediakan perumahan mampu milik ini selewat-lewatnya 31 Disember 2015,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas mengenai dilema pembeli terutamanya penjawat awam untuk memiliki rumah mampu milik.

Omar berkata, sebagai suara kepada penjawat awam, Cuepacs tidak mampu menyediakan perumahan tetapi hanya sekadar menyampaikan hasrat kakitangan kerajaan ini.

“Saya sasarkan setiap penjawat awam mampu memiliki kediaman sendiri pada usia 35 ke 40 tahun.

“Kerana sekiranya usia mereka lanjut dan ini akan membebankan mereka untuk membayar kos pinjaman perumahan apabila bersara kelak, kerajaan perlu pertimbangkan aspek ini juga,” katanya.

Kata beliau, sebelum ini pihaknya ada mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berhubung kekangan kerajaan untuk melaksanakan segera rumah mampu milik kepada rakyat.

“Kekangan yang diberikan ialah lokasi, masalah tanah, penempatan dan sebagainya namun kerajaan perlu fikirkan nasib rakyat.

“Rumah adalah aset kepada mereka, takkanlah sehingga tua dan bersara mereka hanya menyewa. Tindakan lemah kerajaan ini membuatkan mereka tawar hati dan kecewa,” katanya.

Perkembangan sama, Omar berkata dengan hanya bersandarkan jawapan ‘dalam perancangan’ dan ‘sedang diusahakan’ bukanlah keputusan yang dinantikan rakyat.

Beliau berkata, berdasarkan rekod berpuluh ribu penjawat awam telah memohon untuk miliki Rumah Mampu Milik namun kepastian belum dapat dibayangkan hanya menunggu.

“Kita dah arahkan setiap Kerajaan Negeri untuk bina perumahan kos sederhana untuk penjawat awam.

“Situasi terkini sewa rumah paling rendah sahaja sudah mencecah RM 800 ke RM 900 sedangkan keadaan boleh diumpamakan seperti ‘reban ayam’,” katanya.

Oleh yang demikian, Cuepas mendesak perkara ini diambil tindakan segera bukan hanya bercakap sahaja. Nasib rakyat dan penjawat awam tidak wajar diperjudikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s