Diarak dengan kereta klasik – Sinar Harian


Diarak dengan kereta klasik

WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Julai 2013
Diarak dengan kereta klasik
Che Yah melambai tangan kali terakhir kepada murid-muridnya dengan menaiki kereta klasik Datsun 1954.

JOHOL – Bagi mencipta kelainan majlis persaraan wajib, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol di sini, diraikan dengan menaiki kereta klasik Datsun 1954.

Che Yah Bachek, 58, yang juga guru cemerlang berkata, meskipun sudah bersara dalam dunia pendidikan, tetapi beliau akan terus mendidik murid tahun enam sekolah berkenaan yang akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini.

“Rasa ralat jika saya tidak terus mendidik anak-anak murid saya terutama tahun enam. Sebab sebelum ini, saya yang mengajar subjek Bahasa Malaysia untuk tahun enam. Jadi, lebih baik saya teruskan agar murid-murid dapat keputusan cemerlang,” katanya.

Menyingkap latar belakang kerjaya beliau, sebelum bertugas di SK Undang Johol, Che Yah berkhidmat di SK Air Hitam, Alor Setar Kedah pada 1981 hingga 1985.

“Kemudian saya berpindah ke SK Selama Kedah pada 1986 hingga 1990. Selepas berkhidmat selama empat tahun di sekolah berkenaan, saya pulang semula ke kampung halaman Johol dan bersekolah di sini.

“Saya berkhidmat di SK Udang Johol dari t 1991 hingga 2013. Ini adalah perkhidmatan yang paling lama iaitu 22 tahun. Saya sudah kenal guru-guru di sini telah menabur bakti kepada anak-anak murid di sini sehingga berjaya,” katanya yang mempunyai empat anak.

Ibu bapa, guru berperanan lindungi kanak-kanak – Bernama


Ibu bapa, guru berperanan lindungi kanak-kanak

14 Julai 2013

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menggesa anggota masyarakat, terutama ibu bapa dan guru agar turut memainkan peranan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada jenayah, keganasan dan segala bentuk penderaan.

Presidennya Tan Sri Lee Lam Thye berkata melindungi kanak-kanak daripada perbuatan jenayah bukan hanya tugas pihak berkuasa tetapi tanggungjawab seluruh masyarakat.

“Masanya telah tiba untuk kerajaan melancarkan kempen di seluruh negara bagi perlindungan dan keselamatan kanak-kanak melibatkan semua lapisan masyarakat.

“Sejak beberapa tahun ini, terdapat banyak kes kanak-kanak hilang dan didera dan semua ini menunjukkan kita tidak boleh mengambil mudah mengenai keselamatan golongan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata perlindungan kanak-kanak mesti bermula daripada rumah dengan ibu bapa perlu mengajar mereka bagaimana untuk bertindak balas ketika berhadapan situasi bahaya dan sentiasa memantau di mana anak-anak mereka berada.

Lee turut menyarankan agar pendidikan keselamatan kanak-kanak diberi penekanan di sekolah memandangkan pelajar sekolah adalah golongan paling lemah dan terdedah kepada penjenayah.

Beliau berkata MCPF juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mewujudkan kelab pencegahan jenayah di sekolah rendah dan menengah bukan hanya untuk menimbulkan kesedaran tetapi juga mengajar pelajar untuk berada dalam keadaan selamat sepanjang masa.

Sehingga kini, 5,778 kelab telah ditubuhkan di sekolah rendah dan menengah melibatkan 614,385 pelajar. – Bernama

STATUS tarikh 5 dan 6 Ogos 2013 – NUTP


STATUS tarikh 5 dan 6 Ogos 2013

5 dan 6 Ogos 2013

Pihak NUTP telah menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai status pada 5 dan 6 Ogos 2013.
PIhak NUTP dimaklumkan 5 dan 6 Ogos 2013 merupakan Cuti Sekolah ganti.

Sekian, harap maklum

Pn Lok Yim Pheng
Setiausaha Agung KPPK

Tarikh Berita/News Date:
12/07/2013

 

Pekeliling SPP – Pengesahan Dalam Perkhidmatan & Pemberian Taraf Pencen, Kaedah Pelanjutan Tempoh Percubaan – SPP


Pekeliling SPP – Pengesahan Dalam Perkhidmatan & Pemberian Taraf Pencen, Kaedah Pelanjutan Tempoh Percubaan – SPP

 

PEKELILING SPP BIL. 4 TAHUN 2013
Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Pencen
PEKELILING SPP BIL. 3 TAHUN 2013
Kaedah Pelanjutan Tempoh Percubaan.
baru Borang – Borang Perkhidmatan
Kemaskini pada 9 Julai 2013

MUAT TURUN ‘ANJAKAN : BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KPM ISU #3’


MUAT TURUN ‘ANJAKAN : BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KPM ISU #3’

11 July 2013

Sila muat turun Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi KPM Isu #3 di ruangan ‘Muat Turun’ di bawah.

 

Klik di sini untuk muat turun Anjakan Isu #1.

Klik di sini untuk muat turun Anjakan Isu #2.

 

Muat Turun
Anjakan Isu #3

PENGUMUMAN PENYEDIAAN VIDEO E-GURU DAN PORTAL E-GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)


PENGUMUMAN PENYEDIAAN VIDEO E-GURU DAN PORTAL E-GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

11 July 2013

 

Surat ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa mulai dari 10 April 2013, portal e-Guru KPM yang merupakan perpustakaan maya bagi koleksi video e-Guru dapat diakses secara atas talian dengan melayari URL:pnp.moe.edu.my/eguru . Video e-Guru adalah video Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) berlandaskan Standard 4 SKPM 2010, suatu standard bagi menilai keberkesanan PdP guru yang dicerap. Setiap video e-Guru menunjukkan dengan jelas pelbagai kemahiran pedagogi guru dalam bilik darjah sebenar yang boleh dijadikan contoh dan panduan bagi menambah baik PdP guru.

 

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun surat makluman di bawah.

 

Muat Turun
Surat makluman video eguru

PERMOHONAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DI KOLEJ SWASTA TAHUN 2013.


PERMOHONAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL DI KOLEJ SWASTA TAHUN 2013.

12 July 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan ke Program Kolej Vokasional di Kolej Swasta, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 15 Julai 2013 (Isnin) sehingga 21 Julai 2013 (Ahad).

Sekian, terima kasih.

SEMAKAN TAWARAN CALON GANTIAN KEDUA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013


SEMAKAN TAWARAN CALON GANTIAN KEDUA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013

12 July 2013

As-Salam dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan Semakan Tawaran Calon Gantian Kedua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2013 boleh dibuat melalui laman web KPM mulai 12hb Jun 2013 pada jam 6.00 petang.

Sekian, harap maklum.

Dihempap tiang gol – Metro


Dihempap tiang gol

 10  1 Google +0  0  0

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Klang: Kegembiraan seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah yang sedang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani bertukar tragedi apabila dia maut dihempap tiang gol besi sekolahnya, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa, Nguyen Chee Ming, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi, di sini, disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan mendapatkan rawatan kecemasan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa dikatakan bergayut pada tiang gol berkenaan.

 

Menurutnya, selepas beberapa ketika bergayut bersama rakannya, tiang gol besi itu tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa yang tersepit di bawahnya.
“Kejadian itu menyebabkan rakannya segera memaklumkan kepada guru bertugas sebelum mangsa dikejarkan ke HTAR untuk menerima rawatan kecemasan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan di bahagian kanan kepala dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya, semalam.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/14

‘Nak lupa sejarah hitam’ – Metro


‘Nak lupa sejarah hitam’

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: “Tinggal beberapa hari saja lagi, kami tiga beradik akan mulakan hidup baru dan tidak mahu ingat lagi apa yang mama dan ayah buat pada kami dulu,” kata Mohd Rafiq Haikal Yusman, 7, antara mangsa dera yang gembira selepas berpeluang berpuasa dan akan beraya bersama neneknya di Kota Tinggi, Johor.

Menurutnya, dia dan adiknya Mohd Afiq Hazwan, 5, akan ke Kota Tinggi manakala adik bongsunya Mohd Aqil Zaquan, 3, akan berpuasa dan menyambut lebaran bersama nenek sebelah ibunya di Kampung Tanjung, di sini, apabila dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Rabu depan.
Katanya, sejarah hitam yang menimpa mereka tiga beradik pada tahun lalu akan cuba dilupakan selain ingin memulakan hidup baru bersama dua nenek.

 

“Dua nenek kami tidak putus-putus melayan kerenah kami tiga beradik dan mereka berdua menyayangi serta tidak pernah marahkan kami sepanjang tiga minggu di dalam wad ini.
“Nenek juga beritahu akan beli baju raya baru yang cantik untuk kami gayakan di pagi 1 Syawal dan kami teruja untuk beraya tahun ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Neneknya Ramlah Che Kob, 58, yang tinggal di Kampung Tanjung, di sini, berkata, selepas hampir sebulan di dalam wad, Mohd Rafiq serta dua adiknya akan dibenarkan keluar dari wad Rabu depan.

 

FotoTIMBALAN Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kuala Terengganu Mohd Mahdi Musa (kiri) memeriksa kaki Mohd Rafiq ketika menziarahnya di HSNZ.

Menurutnya, walaupun tiga beradik itu akan berpisah selepas keluar dari wad nanti, dia dan keluarga bekas menantunya akan mencari jalan untuk terus berhubung serta saling menziarahi untuk menghilangkan kerinduan tiga beradik berkenaan.
“Kalau ikut hati, memang saya mahu menjaga semuanya sekali gus, tetapi memikirkan nenek mereka di Johor juga teringin menjaga cucunya, saya reda dan bersyukur walaupun hanya menjaga yang bongsu.

 

“Kalau ada masa, saya bawa cucu berjumpa abang kandungnya di Kota Tinggi Aidilfitri nanti,” katanya.
Sementara itu, bapa saudara mangsa dera, Zakaria Wahab, 39, berkata, dia berpakat dengan adik-beradik lain membeli pakaian raya serta keperluan Mohd Rafiq dan Mohd Afiq.
Katanya, dia akan berusaha memberi kasih sayang kepada dua beradik itu yang sudah lama menderita.
Akhbar sebelum ini melaporkan, tiga beradik menderita selepas menjadi mangsa dera ibu dan bapa tirinya sejak tahun lalu sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Mohd Rafiq yang dikatakan diikat dengan tali, dicucuh puntung rokok, digantung pada kipas dan disimbah air panas, mengalami kecederaan paling teruk berbanding dua adiknya serta memerlukan tempoh lama untuk sembuh.
Bagaimanapun, perbuatan kejam ibu dan bapa tirinya menerima balasan apabila masing-masing dijatuhi penjara 10 dan 13 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, 2 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/14