50 pelajar tahfiz ke Yaman – Bernama


50 pelajar tahfiz ke Yaman

18 Julai 2013
 50 pelajar tahfiz ke Yaman
Seramai 50 pelajar tahfiz berumur 11 hingga 19 tahun dari seluruh negara berserta 15 orang pengiring bergambar beramai-ramai di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini sebelum berlepas ke Yaman bagi menjayakan program Bertalaqqi Al-Quran. – Foto Bernama

SEPANG – Seramai 50 pelajar tahfiz berusia antara 11 hingga 19 tahun berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini untuk mengikuti program bertalaqqi dan bersanad Al-Quran di Yaman.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar-pelajar Tahfiz Malaysia Datuk Mustapa Othman berkata mereka adalah antara pelajar terbaik yang dipilih dari seluruh sekolah tahfiz dalam negara.

“Talaqqi adalah membaca Al-Quran dengan guru, iaitu dengan orang yang mempunyai tauliah, yang bertali arus hingga ke Rasulullah S.A.W.

“Para pelajar nanti akan berguru, diperbetulkan sebutan dan makhraj yang tepat dan kemudiannya diberi sanad atau ijazah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan para pelajar di sini hari ini.

Mustapa berkata program anjuran pertubuhan itu yang ditaja Lembaga Tabung Haji diadakan buat julung kalinya, bermula 20 Julai dan dijangka berakhir 14 Ogos depan.

Beliau berkata mereka sepatutnya berlepas ke Mekah sebelum ini untuk bertalaqqi dan bersanad, namun terpaksa dibatalkan akibat masalah visa.

“Jadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan pelajar ke Yaman tahun ini. Tetapi tahun depan kita akan buat program ini di Mekah pada bulan selain Ramadan seperti dicadangkan menteri,” katanya.

Sementara itu Muhammad Nabil Sapidin, 11, berkata meskipun gembira kerana terpilih menyertai program itu, beliau tetap sedih kerana terpaksa menyambut Aidilfitri jauh daripada keluarganya.

Anak sulung daripada lima adik beradik ini berkata sejak tahun lepas beliau menghafaz lima juzuk Al-Quran sebagai persediaan untuk menyertai talaqqi.

Muhammad Hazim Fatullah Mohd Helmi, 11, pula menghafaz Al-Quran sejak berusia tujuh tahun dan kini mampu menghafaz 11 juzuk, katanya memaklumkan perlu mengulangi bacaan setiap hari sebagai tips menghafaz Al-Quran.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamaruddin Mat Ali berkata pihaknya menaja RM500,000 bagi membiayai keperluan penginapan, pengangkutan, makanan dan minuman serta tiket penerbangan para pelajar ke Yaman.

“Ini merupakan tanggungjawab sosial korporat kami dalam bidang pendidikan untuk memberi motivasi kepada remaja bagi meningkatkan ilmu dalam bidang Al-Quran, sekaligus berjaya menjadi tahfiz,” katanya.  – Bernama

Guru tak harus mudah terpengaruh media sosial – Bernama


Guru tak harus mudah terpengaruh media sosial

18 Julai 2013

KUALA BESUT – Guru digesa agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang paparan negatif mengenai kerajaan menerusi media sosial sehingga timbul sikap tidak mempercayai dan membenci pemerintah.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata guru sebagai profesion yang mulia dan dihormati, perlu mahir menilai sesuatu isu serta tidak membelakangi tanggungjawab mendidik anak bangsa.

Katanya banyak perkara negatif dipaparkan dalam media sosial yang tidak diketahui sumber sebenar dan ini perlu ditapis setiap guru yang merupakan golongan terpelajar.

“Kalau ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju dengan warganya yang hebat, guru seharusnya mengenepikan amalan mudah mempercayai fakta tidak sahih dalam sesetangah media sosial,” katanya ketika berucap pada program Bicara Intelektual kepada warga pendidik di Institut Pendidikan Guru Malaysia Sultan Mizan di Bukit Keluang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghaffar Mahmud, Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang dan Pengarah IPG Sultan Mizan, Kamaruddin Hashim.

Beliau berharap para guru untuk terus berbakti menjadikan Malaysia sebuah negara hebat menjelang 2025 dan bergerak seiring dengan kerajaan bagi membangunkan modal insan yang hebat untuk negara.

Dalam perkembangan lain, Idris menyarankan agar digabungkan tenaga dalam kalangan pakar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memastikan wujud pengaliran ilmu dan kemahiran secara terus yang boleh dimanfaatkan pelajar di peringkat sekolah.

Menurut beliau, melalui penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, para akademik seperti profesor dan pensyarah boleh menyampaikan ilmu dan kepakaran mereka kepada pelajar sekolah dan maktab pada bila-bila masa.

“Kita tidak mahu lagi melihat pakar atau profesor berada dalam alam pekerjaan mereka di IPT sahaja, malah sekali-sekala mereka juga boleh turun padang untuk menyampaikan ilmu di sekolah,” katanya.

Justeru, katanya langkah yang akan dilaksanakan Universiti Sains Malaysia(USM) Kelantan yang mengadakan Program Brain Bee dengan SMK Kuala Besut boleh dicontohi, yang bertujuan meningkatkan minat pelajar dalam bidang Sains dan Teknologi.  – Bernama

Guru mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Kulim – Berita Harian


Guru mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Kulim

2013/07/18 – 15:22:55 PMCetakEmel Kawan
Guru mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Kulim

KULIM: Seorang guru sebuah sekolah berusia 40-an mati akibat ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Keladi, di sini, jam 12.15 tengah hari tadi.

Empat lagi MRSM bakal dibuka – Bernama


Empat lagi MRSM bakal dibuka

2013/07/18 – 21:22:14 PMCetakEmel Kawan
KUALA BESUT: Empat lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bakal diwujudkan di seluruh negara bagi menampung permohonan kemasukan pelajar yang semakin meningkat kebelakangan ini.

MRSM berkenaan terletak di Arau, Perlis yang dijangka siap pada penghujung

tahun hadapan, selain di Kuala Kangsar, Perak; Tanjung Karang, Selangor dan Semporna, Sabah.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Ibrahim Ahmad berkata
pembinaan MRSM baharu itu yang dijangkakan siap dalam tempoh setahun hingga dua
tahun akan memberikan tambahan tempat kepada 1,000 pelajar pada setiap sesi
pengambilan.

“Penambahan MRSM ini akan menjadikan jumlah keseluruhan MRSM, 54 buah
dan akan membuka lebih peluang memandangkan tahun ini sahaja kita menerima 44,000 permohonan sedangkan tempat yang ada hanya untuk 9,000 pelajar,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Program Cakna MARA Keusahawanan dan
Pendidikan di Masjid Al-Jamhuriah di sini, hari ini.

Pada program itu, Ibrahim menyampaikan sumbangan bernilai antara RM100 dan
RM300 kepada 397 pelajar sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala
Besut manakala 200 pelajar pula menerima bantuan pakaian sekolah.

Seorang penerima sumbangan Siti Akilah Amirah Abu Bakar, 14, dari MRSM Kota
Putra di sini berkata wang RM300 itu akan diserahkan kepada ibunya Jahuriah
Hasan, 47, yang berada di Tumpat, Kelantan.

“Ibu bekerja sebagai pembantu kedai untuk membesarkan kami lima beradik
selepas kematian ayah, Abu Bakar Arshad pada 2011 akibat kencing manis dan darah
tinggi,” katanya.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Air Terjun di sini, Nur Amanisa Hasanudin, 11,
pula memberitahu beliau mahu mengajak ibunya untuk mencari baju raya dengan
menggunakan wang RM100 yang diterimanya hari ini. – BERNAMA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN TAHUN 2013


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN TAHUN 2013

 

Permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) ambilan tahun 2013 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

 

MODUL SOKONGAN

Tempoh Sokongan Atas Talian adalah daripada 18 JULAI 2013(KHAMIS) hingga 26 JULAI 2013 (JUMAAT)
Hanya untuk tindakan KETUA JABATAN SAHAJA, sila rujuk A.Kriteria Penyokong. Sekiranya ada masalah atau soalan, sila klik pada C.Bantuan.



SILA GUNAKAN PELAYAR INTERNET EXPLORER SAHAJA

Maklumat lanjut layari http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg2013/ppg_sokongan2013/main/main_sokongan.cfm