Pelajar ditemui mati dalam belukar – Metro


Pelajar ditemui mati dalam belukar

 0  0 Google +0  0  0

Taiping: Seorang remaja lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kesan cedera di seluruh anggota badannya sebelum dicampak ke kawasan belukar berhampiran Taman Mewah, Kamunting, di sini, pagi semalam.

Mayat mangsa dikenali M Nathaniel, 14, dijumpai sekumpulan kanak-kanak yang bermain berhampiran kawasan itu pada jam 7.50 pagi.
Bapa mangsa, A Manimaran, 46, ketika ditemui di kawasan kejadian berkata, ketika anak ketiganya itu pulang dari sekolah jam 2.30 dengan menaiki bas sekolah petang kelmarin, mangsa tidak masuk ke dalam rumah sebaliknya meninggalkan beg sekolahnya lalu terus bermain di luar kawasan rumah.

 

“Saya langsung tidak tahu dia hendak pergi bermain di mana. Selepas hampir lewat petang dia masih tidak pulang ke rumah membuatkan kami berasa bimbang lalu kami sekeluarga cuba mencarinya dalam taman dan kawasan sekitar namun tidak berjumpa.
“Kami tanya jiran tetapi mereka juga tidak tahu. Saya difahamkan Nathaniel ada bersembang-sembang dengan beberapa rakan sekolahnya sebelum mengikuti sekumpulan rakan namun tidak dipastikan ke mana arahnya,” katanya.
Dia yang bimbang dengan keadaan keselamatan anaknya turut membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Kamunting jam 8.30 malam kelmarin, sebelum dimaklumkan mengenai penemuan mayatnya berhampiran kawasan belukar berkenaan kira-kira jam 8 pagi semalam.

 

Katanya, dia tidak menyangka kejadian itu menimpa anaknya.
“Setahu saya anak lelaki saya seorang yang baik dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

 

“Saya berharap pihak polis dapat menangkap pembunuh kejam yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mayat mangsa dijumpai terbaring dalam kawasan semak itu.
“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui mati dengan kesan luka akibat terkena benda tajam di beberapa bahagian anggota badan termasuk leher.
“Mangsa dikenal pasti sebagai M Nathaniel, 14, yang tinggal di Taman Palma 2B, Kamunting dan menuntut di tingkatan dua sebuah sekolah menegah di Taiping,” katanya.
Yusuf berkata siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya.
Sehubungan itu orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Taiping di talian 05-8080222, bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/22

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s