Cuti Sekolah Berganti pada 4,5 dan 6 Ogos 2013
Sila rujuk pada pautan.
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2012/1344567047.pdf
Sila rujuk pada pautan.
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2012/1344567047.pdf
‘Baju sekolah penuh darah’
IPOH – “Rasa pilu ketika melihat anak tidak bernyawa dengan baju sekolahnya dipenuhi darah selain luka di leher dan kedua-dua tangannya. Tidak dapat bayang penderitaan yang dihadapinya,” demikian kata bapa mangsa bunuh, M Nathaniel, 14, yang di temui dalam semak berhampiran Taman Mewah, Kamunting, kelmarin.
A Manimaran, 46, berkata, dia dimaklum oleh rakannya mengenai penemuan mayat tersebut.
“Kami sekeluarga memang terkejut dengan keadaan dia ditemui dengan banyak kesan luka. Siapa yang sanggup membunuh dia kerana setahu saya, dia tidak pernah bergaduh dengan sesiapa. Dia anak baik dan periang,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam.
Katanya, dia diberitahu oleh salah seorang rakan anaknya yang ternampak mangsa berbual dengan tiga lelaki tidak dikenali pada hari dia didapati hilang.
“Dia ingatkan rakan anak saya jadi dia terus pulang tanpa mengesyaki apa-apa. Lagipun, tiada sebarang pergaduhan atau jeritan ketika itu,” katanya yang kali terakhir bertemu ketika keluar bekerja pada pagi hari kejadian.
Namun, Manimaran berkata, mangsa ada perselisihan faham dengan tiga lelaki selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal, Isnin minggu lalu.
“Hanya itu sahaja masalah yang dihadapinya sebelum kejadian dan tidak menolak kemungkinan kejadian ini berlaku mungkin disebabkan perselisihan faham itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan terhadap kes tersebut.
Katanya, hasil laporan bedah siasat yang dibuat ke atas mangsa akan diserahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut.
Sinar Harian semalam melaporkan remaja malang berkenaan ditemui mati di kawasan semak berhampiran Taman Mewah, Kamunting, kelmarin.
Mangsa dipercayai dibunuh dengan kesan kelar di beberapa bahagian di badan dan siasatan pihak polis dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) membantah tindakan Bank Negara memendekkan tempoh pinjaman.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata tempoh yang diberikan bank berkenaan amat pendek dan boleh memudaratkan pekerja yang membuat pinjaman.
“Cuepacs berharap agar Bank Negara dapat melihat semula pekeliling itu sebelum pihak kami berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan perkara ini,” kepadanya pemberita selepas bermesyuarat dengan Angkasa berhubung isu keberhutangan isi rumah rakyat Malaysia yang berkaitan dengan koperasi di sini, Selasa.
Pada 5 Julai lepas, Bank Negara mengeluarkan pekeliling memendekkan tempoh pinjaman peribadi dari 25 kepada 10 tahun dan pinjaman perumahan kepada 35 tahun.
Omar berkata pekeliling itu sepatutnya memudahkan penjawat awam seperti mengurangkan kadar faedah agar dapat membantu mereka meringankan kos sara hidup yang tinggi.
Beliau berkata antara tujuan penjawat awam membuat pinjaman peribadi adalah untuk pendidikan, bencana dan menyelesaikan hutang tertunggak. “Sekarang ini umur 45 tahun baru nak beli rumah dan pada jangka 15 tahun lagi nak servis, alamatnya pencen nanti papa kedana,” katanya.
Sementara itu, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata langkah Bank Negara memberi kesan kepada koperasi kredit dan pendapatan Angkasa kerana ia dianggotai penjawat awam.
“Pinjaman peribadi memang untuk kakitangan awam, jadi apabila pendapatan berkurangan, untung yang diperoleh pun kurang dan dividen yang diperoleh penjawat awam turut berkurangan serta menjejaskan pendapatan sampingan mereka,” katanya.
Beliau berkata Angkasa turut berpendirian Bank Negara perlu menangguhkan pelaksanaan pekeliling berkenaan untuk dikaji semula demi kepentingan koperasi dan kakitangan awam.
Menjawab soalan lain, Omar mengulangi harapannya agar kerajaan menimbang untuk memberi bonus kepada kakitangan awam, termasuk menjelang Aidilfitri ini. – BERNAMA
Mereka yang makan semasa waktu rehat pada jam 10 pagi mengadu sakit kepala, sakit perut, muntah dan cirit-birit dikejarkan ke Klinik Kesihatan Buntong.
Pengawai Pelajaran Daerah Kinta Utara, Marazlen Amran, berkata semua pelajar kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan pesakit luar.
“Semua murid dihantar ke klinik sekitar pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari. Hanya lima daripada mereka memerlukan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Jabatan Kesihatan negeri dan kantin berkenaan disita untuk siasatan lanjut.
Katanya, kantin itu beroperasi sejak 30 tahun lalu dan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pemilik tapak sekolah itu yang juga dipercayai pengusaha kantin.
Beliau berkata, Pegawai Khas Menteri Besar Perak, C Sivaraj akan mengagihkan makanan percuma kepada murid sekolah itu esok.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Idris Ramli, berkata jabatan itu menunggu laporan lengkap daripada pihak sekolah sebelum menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Sekolah bantuan penuh kerajaan itu mempunyai 96 pelajar tahun satu hingga enam.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nolee Ashilin Radzi, berkata kejadian itu berlaku dipercayai daripada sejenis makanan India iaitu idli yang diperbuat daripada tepung beras yang dikukus.
“Makanan itu adalah dari kantin sekolah dan bakteria yang disyaki adalah bacillus cereus,” katanya.
– BERNAMA
KUALA LUMPUR 23 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di dalam tandas.
“Saya telah mengarahkan KPPM untuk siasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas,” kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan di laman Twitter hari ini.
Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, kementerian telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah tersebut sedang dibaik pulih. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130723/dn_26/TPM-arah-siasat-dakwaan-pelajar-makan-dalam-tandas#ixzz2Zrwdr7Xn
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR 23 Julai – Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah.
Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara untuk para pelajar bukan beragama Islam pada bulan Ramadan adalah tidak sesuai sama sekali.
“Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan),” katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
“Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed,” tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan hari ini.
Beliau mengulas dakwaan kononnya murid bukan Islam di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di tandas semasa Ramadan.
Gambar yang tersebar di laman sosial memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.
Kamalanathan berkata: “Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara.
“Sekiranya kantin dalam proses baik pulih, mereka harus mencari lokasi yang sesuai di mana ada keperluan untuk sesebuah kantin seperti tempat yang bersih, ada tempat untuk mencuci tangan dan ada tempat duduk untuk makan dan minum.”
Sambil memohon maaf sekiranya apa yang berlaku mewujudkan perasaan tidak selesa dalam kalangan ibu bapa, timbalan menteri itu berharap kejadian seumpama itu tidak berulang. – BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130723/dn_28/Pelajar-makan-di-bilik-persalinan-bukan-tandas#ixzz2ZrwSaLWo
© Utusan Melayu (M) Bhd
22 July 2013
Muat Turun |
---|
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 16 TAHUN 2013 CUTI PERISTIWA DAN CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2013 |
22 July 2013
Permohonan mengikuti Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani Dan Kejurulatihan Sukan 2013 boleh dilayari melaluihttp://apps.moe.gov.my/abpg/kdp2013 . Untuk makluman, tarikh pelaksanaan Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan telah dipinda kepada 21 Oktober 2013 hingga 18 Disember 2013. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.