2 remaja Orang Asli maut motosikal terbabit nahas – Bernama


2 remaja Orang Asli maut motosikal terbabit nahas

 

KUANTAN 24 Julai – Dua remaja Orang Asli terbunuh selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Km 146.1 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin malam tadi.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, nahas berlaku pukul 11.55 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Baharu menghala ke Kuantan.

“Di tempat kejadian dipercayai Kie a/l Lee, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta tersebut.

“Akibat itu, mangsa dan rakannya, Ahwan a/l Sita, 15, masing-masing dari Perkampungan Orang Asli Batu 3 Jalan Sabak, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala, tangan, kaki dan badan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, pemandu kereta jenis Proton Wira berkenaan, Sit Man Hang, 40, seorang peniaga berasal dari Kampung Chamang, Bentong hanya mengalami kecederaan ringan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua remaja terbabit tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu yang sah semasa kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130724/je_08/2-remaja-Orang-Asli-maut-motosikal-terbabit-nahas#ixzz2ZxnmGmmH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s