Lelaki kurang siuman bebas tuduhan bunuh budak – Bernama


Lelaki kurang siuman bebas tuduhan bunuh budak

24 Julai 2013

SANDAKAN – Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas serta membebaskan seorang lelaki daripada pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak berusia enam tahun, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Douglas Cristo Primus Sikayun membuat keputusan itu selepas mendapati Mohamad Hanafi Mohamad, 27, berada dalam keadaan kurang siuman ketika melakukan perbuatan berkenaan.

Mahkamah kemudian memerintahkan Mohamad Hanafi ditahan di Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu di bawah perkenan Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah.

Mohamad Hanafi didakwa membunuh Ahmad Khir Hadari Awang, yang merupakan anak bekas seorang wartawan tempatan, di Flat MPS di sini pada kira-kira 2.30 petang, 10 Jun 2011.

Mengikut fakta kes, tertuduh turut menikam dua lagi adik beradik mangsa.

Mohamad Hanafi ditahan polis sehari selepas itu dan mahkamah memerintahkan dia dihantar ke Hospital Mesra Bukit Padang untuk pemeriksaan mental.

Pakar perunding psikiatri kemudian mengesahkan tertuduh kurang siuman pada masa kejadian, selain tidak menyedari perbuatan yang dilakukannya. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s