MAKLUMAN BERKAITAN PUSAT LATIHAN 1MALAYSIA
26 July 2013
Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) kini menyediakan kemudahan perkhidmatan menerusi gerbang elektronik. Portal 1MTC menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam mengenai :
- Informasi dan carian kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.
- Membuat tempahan fasiliti dan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam dan;
- Pembayaran secara atas talian.
Maklumat lanjut boleh dilayari di Portal 1MTC melalui pautan: http://www.1mtc.gov.my