Tukang urut OKU lakukan kelucahan melampau – Bernama


Tukang urut OKU lakukan kelucahan melampau
29 Julai 2013
< 1 / 0 >

MELAKA – Seorang tukang urut orang kelainan upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau ke atas dua pelajar lelaki berumur 14 tahun dan seorang pelajar lelaki berumur 13 tahun.

Basri Hashim, 51, didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Sungai Udang di sini, masing-masing pada 9 pagi, 9.10 pagi dan 9.30 pagi, 23 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Syajaratudur Abd Rahman membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 26 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam. – Bernama

Asrama di SMA Kunak akan dibina – Bernama


Asrama di SMA Kunak akan dibina
29 Julai 2013
< 1 / 0 >

TAWAU – Sebuah asrama baharu tiga tingkat bagi Sekolah Menengah Agama Kunak akan dibina segera bagi menggantikan bangunan asrama sementara sekolah itu yang musnah dalam kebakaran awal bulan ini.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Arifin Mohd Arif berkata bangunan asrama baharu itu yang dilengkapi dengan kemudahan dapur itu akan dibina di atas tapak asrama lama yang  musnah dalam kebakaran pada 2010.

“Apabila siap, asrama itu boleh menampung antara 150 hingga 180 pelajar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Arifin turut melawat sekolah itu hari ini dan diberikan taklimat mengenai sekolah itu oleh pengetuanya Mambang Yusuf Rafael.

Menurut Arifin, buat sementara waktu beberapa kelas digunakan pelajar sekolah itu sebagai tempat penginapan dan sebahagian pelajar lagi akan dipindahkan sementara waktu ke beberapa Sekolah Menengah Agama Negeri yang lain.

Asrama asal Sekolah Menengah Agama Kunak yang menempatkan pelajar lelaki terbakar pada tahun 2010 sebelum digantikan dengan asrama sementara pada tahun 2011. Bagaimanapun, asrama sementara berkenaan turut musnah dalam kebakaran awal bulan ini. – Bernama

Isu Kantin: Guru Besar Akan Kembali Ke Sekolah Khamis Ini – mStar


Isu Kantin: Guru Besar Akan Kembali Ke Sekolah Khamis Ini

Oleh JASTIN AHMAD TARMIZI

PETALING JAYA: Guru Besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh yang dihimpit kontroversi berhubung isu penggunaan bilik persalinan sebagai kantin sementara sudah bersedia untuk kembali ke sekolah.

Mohamad Nasir Mohd Noor berkata, dia akan kembali bekerja pada Khamis sekali gus menafikan laporan bahawa beliau akan kembali ke sekolah, Selasa ini.

“Saya sepatutnya kembali bekerja pada Khamis, bukan esok (Selasa),” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Bagaimanapun Mohamad Nasir enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Nasir menafikan beliau diarahkan untuk mengambil cuti selama seminggu untuk meredakan kemarahan berhubung tindakannya mengarahkan murid-murid SK Seri Pristana untuk makan pada waktu rehat di bilik persalinan.

Sebaliknya, beliau memutuskan untuk mengambil cuti selama seminggu secara sukarela selepas menerima dua ugutan bunuh.

Pada minggu lalu, beberapa keping gambar yang menunjukkan murid-murid di sekolah tersebut sedang makan di bilik persalinan pada waktu rehat disiarkan di laman sosial Facebook.

8 remaja hadapi tuduhan rogol gadis bawah 14 tahun di Maran – Berita Harian


8 remaja hadapi tuduhan rogol gadis bawah 14 tahun di Maran

2013/07/29 – 13:22:31 PMCetakEmel Kawan
TEMERLOH: Lapan remaja berusia antara 17 hingga 20 tahun termasuk empat di bawah umur tidak mengaku bersalah di dua mahkamah berbeza terhadap tuduhan merogol beramai-ramai seorang gadis 14 tahun di ladang getah Bukit Kebuk, Maran, Isnin lalu.

Daripada lapan remaja itu, lima didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh, manakala tiga lagi di Mahkamah Majistret Maran.Hakim Mahkamah Seksyen Temerloh, Habibah Mohamed Yusof mengarahkan setiap tertuduh diikat jamin RM10,000 serta menetapkan 2 September depan untuk perbicaraan kes terbabit.

Pelajar Tingkatan Satu mangsa terbaru mercun buatan sendiri – Bernama


Pelajar Tingkatan Satu mangsa terbaru mercun buatan sendiri

2013/07/29 – 17:07:44 PMCetakEmel Kawan
KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pasir, Tanah Merah menjadi mangsa terbaharu mercun buatan sendiri meletup pada Jumaat lepas.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Muhammad Arish Irfan Che Omar, 13, dari Kampung Banggol Ketereh, Tanah Merah, cedera di tangan kiri dan perut selepas ditusuk serpihan pelita besi yang dimasukkannya belerang daripada mercun bola, meletup.

Bapanya, Che Omar Che Mat, 42, berkata ketika kejadian, beliau sedang tidur sebelum dikejutkan dengan letupan yang kuat di kawasan berhampiran.

“Muhammad Arish Irfan kemudian pulang ke rumah dengan tangan dan perut yang berdarah. Saya kemudian bawa anak sulung saya ini ke Hospital Tanah Merah untuk menerima rawatan.

“Saya difahamkan Muhammad Arish Irfan bermain dengan adik keduanya, Muhammad Azim yang cedera ringan di kaki,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) hari ini.

Che Omar, seorang buruh, berkata Muhammad Arish Irfan menyucuh mercun buatannya itu menggunakan pemetik api dan tidak sempat membaling pelita berisi belerang yang tiba-tiba meletup di tangannya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZII Zaid Ahmad berkata mangsa dirujuk ke hospital berkenaan semalam untuk menjalani pembedahan berikutan terdapat empat serpihan besi di dalam perutnya.
“Mangsa akan dibedah dalam masa terdekat bagi mengeluarkan serpihan yang berada di dalam perutnya. Dia turut menerima kira-kira 15 jahitan di tangan kirinya.

“Ini adalah kes ketiga mangsa mercun yang diterima hospital ini sepanjang Ramadan tahun ini,” katanya. – BERNAMA

SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014.


SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2014.

29 July 2013

Adalah dimaklumkan bahawa semakan calon layak temuduga Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran Dan Sarjana Tahun 2014 boleh mula disemak mulai 1 Ogos 2013 ( Khamis ) di laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my
Terima kasih.

APLIKASI PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2013


APLIKASI PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH 2013

29 July 2013
Sukacita dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO). Sila layari http://apps.moe.gov.my/abpg/pito untuk maklumat lanjut dan permohonan secara dalam talian.

 

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Guru

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2013


PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2013

 

SURAT SIARAN

PEMOHON YANG SEDANG MENGIKUTI PROGRAM KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KDP) YANG LAIN ADALAH TIDAK LAYAKUNTUK MENGIKUTI PROGRAM INI.

*PENGESAHAN PERMOHONAN AKAN DIBUAT OLEH KETUA JABATAN MASING-MASING.

PENGARAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Blok E13, Kompleks Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(up: Cik Norliza binti Yusof atau En.Mohd Norlizam bin Mohd Razali)

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian : 03-8884 1186/1242/1364/1066

eMail kepada : norliza.yusof@moe.gov.my

 

Maklumat lanjut : http://apps.moe.gov.my/abpg/pito/

MUAT TURUN BULETIN SYIAR RAMADAN EDISI 3/2013


MUAT TURUN BULETIN SYIAR RAMADAN EDISI 3/2013

29 July 2013

 

Jawatankuasa Ihya’ Ramadan yang diurusetiakan oleh Bahagian Pendidikan Islam, KPM menerbitkan Buletin Syiar Ramadan sebagai bingkisan rohani dan sebaran maklumat kepada warga KPM.

 

Sila muat turun Buletin Syiar Ramadan Edisi 3/2013 di ruangan ‘Muat Turun’ di bawah.

 

Muat Turun
Buletin Syiar Ramadan Edisi 3/2013