Polis terima 18 laporan berkaitan SK Seri Pristana – Bernama


Polis terima 18 laporan berkaitan SK Seri Pristana
27 Julai 2013
  • Isu kantin Isu kantin
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Polis menerima 18 laporan daripada ibu bapa, orang awam dan juga guru serta kakitangan sekolah yang tidak berpuas hati mengenai isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata kebanyakan laporan yang diterima menyatakan tindakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama yang telah menempatkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik persalinan sekolah itu, adalah salah.

Ini termasuk dua laporan polis iaitu seorong daripada guru sekolah itu, dan satu lagi daripada kerani sekolah, katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata tiga laporan dibuat pada hari kejadian, 10 laporan pada keesokan harinya, empat dibuat kelmarin dan satu semalam di Balai Polis Saujana Utama.

Junaidi berkata laporan itu diklasifikasikan sebagai laporan intimidasi, dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Pada Rabu lepas, Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd Nasir Mohd Noor, 57, turut membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu tersebut. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s