Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 56


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 56

8aed2-logo-merdeka-56-2013

Himpunan Berita (HB) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 56. Semoga negara kita aman, maju dan makmur.


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salam Kemerdekaan,

Editor

 

Calon UPSR dikhuatiri lemas – Bernama


Calon UPSR dikhuatiri lemas
30 Ogos 2013

MACHANG – Seorang pelajar yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bulan depan, Mohammad Muslim Ibrahim, dikhuatiri lemas ketika mandi bersama tiga rakannya di Sungai Kelantan di Kampung Maka, Labok di sini semalam.

Gerakan mencari Mohammad Muslim, 12, anak ketujuh daripada sembilan beradik, yang dipercayai hanyut pada 1.30 tengah hari semalam, disambung pukul 8 pagi hari ini.

Rakannya, Mohd Aman Abdullah, 10, berkata pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Bagan itu memilih untuk mandi di tempat yang lebih dalam di sungai itu, apabila kemudian dia dilihat terkapai-kapai.

“Kami sempat menarik tangannya sebelum Muslim terus tenggelam,” katanya kepada pemberita ketika di temui di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa mangsa Ibrahim Mat, 51, berkata ketika kejadian, beliau ke sekolah anaknya untuk mengambil Mohammad Muslim dan adiknya, tetapi didapati mangsa pulang lebih awal bersama rakannya.

“Sebaik tiba di rumah saya dapati isteri saya sedang menangis dan memberitahu Muslim hilang ketika mandi bersama rakan-rakannya,” katanya.

Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Machang Nordin Yahya berkata operasi mencari setakat ini sejauh dua kilometer dari tempat mangsa dipercayai hilang, membabitkan 70 anggota yang dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Machang dan polis. – Bernama

‘Gemuk’ ditahan bantu siasat kes rogol – Bernama


‘Gemuk’ ditahan bantu siasat kes rogol
30 Ogos 2013

MELAKA – Polis Melaka menahan seorang lelaki dikenali sebagai ‘gemuk’ bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan yang dirogol tiga lelaki di sebuah chalet di Pengkalan Balak Alor Gajah di sini pada 3 Ogos lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Supt P.R. Gunarajan berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Taman Pengkalan Balak di sini dalam Ops Cantas yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira 10.30 malam tadi.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan penahanannya dipercayai membantu menyelesaikan kes rogol itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa berusia 14 tahun dipercayai dibawa suspek menaiki kenderaan ke sebuah chalet di Pengkalan Balak pada 3 pagi sebelum diserahkan kepada tiga lelaki dan dirogol.

Katanya suspek dipercayai turut terlibat dengan kes curi motosikal dan samun di sekitar negeri ini.

Gunarajan berkata dua lelaki berusia 15 dan 23 tahun ditahan selepas pelajar terbabit membuat laporan polis pada Ahad lepas dan pihaknya sedang mengesan seorang lagi lelaki berusia 20-an berhubung kes itu. – Bernama

Kereta buruk rumah dua beradik – Kosmo


Kereta buruk rumah dua beradik

 

 

Oleh OTHMAN YAHAYA dan ABD. RAZAK OSMAN
berita@kosmo.com.my

 

MOHD. SYAWAL HAIRI (kanan) mengemas barangan miliknya di dalam kereta buruk sambil diperhatikan Elias ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah semalam.

 

SUNGAI PETANI – Kesengsaraan hidup dua beradik, Mohd. Syawal Hairi Aziz, 18, dan Elias, 14, yang tinggal di Bakar Arang di sini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Ini kerana mereka bukan sahaja terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup tetapi turut menjadikan sebuah kereta usang sebagai rumah untuk berteduh sejak dua tahun lalu.

Nasib malang dua beradik itu bermula apabila rumah sewa didiami bersama bapa dan ibu mereka, Aziz Md. Noor, 40, dan Basirah Abu Bakar, 36, di Pengkalan Lebai Man di sini terbakar tiga tahun lalu.

Menurut Mohd. Syawal Hairi, sejak itu, kehidupan mereka sekeluarga mengalami pelbagai masalah terutama daripada segi kewangan sehingga membawa kepada perpisahan ibu bapa mereka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz2dVRn1W5G
Hakcipta terpelihara

SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013


SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 2 SEPTEMBER 2013

29 August 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN GURU BAHARU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) BAGI GRADUAN IPTA dan IPGM yang telah diperaku boleh disemak di laman web KPM (klik di sinibermula 29 OGOS 2013.

Tuan/puan yang membuat semakan boleh menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

JADUAL CERAMAH KARNIVAL PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013


JADUAL CERAMAH KARNIVAL PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013

30 August 2013

Dilampirkan Jadual Ceramah Karnival BPsK 2013 untuk pengetahuan pengunjung-pengunjung dan peserta ceramah berikut.

Sekian terima kasih.

 

Muat Turun
Jadual Ceramah Karnival BPsK 2013

SENARAI PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KPM SEHINGGA 30 OGOS 2013


SENARAI PEMINJAM TEGAR PINJAMAN PELAJARAN KPM SEHINGGA 30 OGOS 2013

30 August 2013

Dimaklumkan bahawa dilampirkan senarai Nama Peminjam Tegar Pinjaman Pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.

(Pembayaran yang telah dibuat pada bulan semasa  akan dikemaskini pada bulan berikutnya)

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor

Talian Hotline : 03-8321 7124 atau Faks : 03-8321 7102, Emel : penguatkuasaan@moe.gov.my

 

Muat Turun
SENARAI PEMINJAM TEGAR SEHINGGA 30 OGOS 2013