Guru lambat belajar – Metro


Guru lambat belajar

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Norasikin Daineh

Labuan: Seorang guru wanita kerugian kira-kira RM280,000 selepas dua tahun termakan pujukan seorang ‘master’ yang mendakwa mampu menyediakan nombor ramalan untuk memenangi hadiah pertama judi nombor ekor.

Wanita berusia 41 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Karamunsing Rabu lalu selepas menyedari terpedaya dengan lelaki yang mendakwa dirinya ‘master’ atau pakar mendapatkan nombor ramalan judi nombor ekor.
Bagaimanapun, mangsa akhirnya menyedari ditipu kerana sejak mengenali ‘master’ dua tahun lalu menerusi telefon, sehingga kini dia belum memenangi sebarang hadiah walaupun banyak wang diberi kepada lelaki terbabit.

 

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, polis menerima laporan kira-kira jam 7.30 malam dan kes dirujuk ke IPD Labuan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan mendapati mangsa terpedaya dengan pujukan suspek selepas diberitahu dia mempunyai nasib yang baik dan bakal beroleh keuntungan besar sekiranya membeli nombor ramalan yang disediakannya.
“Mangsa terpengaruh dengan dakwaan suspek dan bersetuju memberikan wang pendahuluan RM600 untuk upacara pemujaan mendapatkan nombor ramalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 

Menurut Adzhar, selepas mangsa memasukkan wang ke dalam satu akaun bank, suspek mengirimkan gambar keputusan nombor ekor kononnya akan memenangi hadiah pertama.
“Sejak itu, suspek terus meminta wang daripada mangsa sehingga mencecah RM280,000 dengan alasan untuk upacara sembahyang. “Akhirnya mangsa menyedari dia ditipu dan melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat atau denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Adzhar dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah keselamatan sepanjang musim perayaan hari raya.
“Bagi mereka yang mahu bercuti dan balik ke kampung diminta memaklumkan kepada polis sekiranya meninggalkan kediaman mereka untuk jangka masa yang lama.
“Selain itu, pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu supaya kemalangan jiwa dapat dielakkan sepanjang musim perayaan ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/03

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s