Budak perempuan dilapor hilang di Telupid ditemui selamat – Bernama


Budak perempuan dilapor hilang di Telupid ditemui selamat

2013/08/16 – 18:48:50 PMCetakEmel Kawan
BELURAN: Budak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang sejak 23 Julai lepas di Kampung Meliau, Telupid ditemui hari ini dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan Shivanathan Velautham berkata budak perempuan terbabit, Musteliveh Merajok, ditemui oleh anggota polis pada jam 4.20 petang di sebuah rumah berpenghuni di Kampung Bilit di Kinabatangan.

Menurutnya rumah tempat Musteliveh ditemui adalah milik jiran bapa angkatnya di Kampung Meliau.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini hanya diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata budak perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran buat sementara waktu, sebelum dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Kehilangan Musteliveh, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Telupid sejak 23 Julai lepas dilaporkan kepada pihak polis oleh bapa angkat kanak-kanak itu, Minggu Hendry, 31, pada 13 Ogos lepas.

Berikutan laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan kanak-kanak perempuan itu termasuk menghebahkan kepada balai polis di seluruh negeri ini. – BERNAMA

PENGGUNAAN LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMENTARA


PENGGUNAAN LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMENTARA

 

Berikut adalah logo yang digunapakai Kementerian Pendidikan Malaysia buat sementara sebelum logo Kementerian Pendidikan Malaysia yang baharu dimaklumkan kelak selaras dengan Makluman Penyelarasan Pemakaian Nama ‘Kementerian Pendidikan Malaysia’ Bagi Papan Tanda Bangunan, Papan Tunjuk Arah Serta Kenderaan Jabatan

 

o

 

Terima kasih.

LOGO SEMENTARA

 

 

d54edcca1772fdec290da81487bbb34d

 

logo_malaysia

Ibu, empat anak nyaris maut – Sinar Harian


Ibu, empat anak nyaris maut
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Ogos 2013
  • Ibu, empat anak nyaris mautMangsa bersama empat anaknya terselamat dalam kemalangan tanpa sebarang kecederaan.
< 1 / 1 >

PARIT BUNTAR – Kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Ipoh-Butterworth, berdekatan Kampung Sungai Rawa, di sini kelmarin nyaris meragut nyawa seorang ibu bersama empat anaknya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Parit Buntar memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 4.10 petang dan mangsa berusia lingkungan 40an manakala anak-anaknya berusia lingkungan 2 hingga 11 tahun.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari Pusat Bandar Parit Buntar ke Bagan Serai untuk menziarahi abangnya semasa kejadian.

“Kereta jenis Kia Optima dinaiki mangsa bersama anak-anaknya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga dinaiki dua mekanik yang sendang membelok ke kanan untuk ke sebuah bengkel.

“Kedua-dua kereta terbabit terhumban ke dalam parit berdekatan selepas pelanggaran. Mangsa dan anak-anaknya bernasib baik kerana kereta yang mereka naiki tidak terbalik dan mereka dapat dikeluarkan dari dalam kenderaan dengan bantuan anggota bomba serta orang ramai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, saksi kejadian, Amran Abu, 24 berkata, dia yang sedang minum di gerai berhampiran tempat kejadian terkejut mendengar bunyi geseran tayar diselangi dentuman kuat sebelum melihat kedua-dua kereta terbabas ke dalam parit.

Katanya, nasib baik kereta yang dinaiki ibu bersama empat anaknya tidak mengalami kerosakan teruk membolehkan mereka di bawa keluar dari kenderaan terbabit tanpa sebarang kecederaan.

“Dua mekanik terbabit juga berjaya merangkak keluar dari kenderaan dengan selamat. Saya mohon pihak berkuasa meningkatkan tahap keselamatan jalan raya di tempat kejadian kerana kerap berlaku kemalangan di sini.

“Sudah lebih tiga kemalangan ngeri berlaku di kawasan tersebut dan bagi saya, perlu disediakan papan tanda amaran atau lampu isyarat untuk elak kemalangan berulang,” katanya.

Dirogol lelaki baru dikenali – Sinar Harian


Dirogol lelaki baru dikenali
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 Ogos 2013
  • Mizan Md DomMizan Md Dom
< 1 / 1 >

REMBAU – Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan.

Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya.

Sumber berkata, difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini.

Menurutnya, pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks.

“Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya.

“Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu (kelmarin),” katanya, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Kita kini giat mengesan suspek yang dipercayai berusia belasan tahun dan masih lagi tidak mempunyai pekerjaan,” katanya.

PENUTUPAN TEMPAT LETAK KERETA DI BELAKANG BLOK E14 DAN E15


PENUTUPAN TEMPAT LETAK KERETA DI BELAKANG BLOK E14 DAN E15

16 August 2013

 

Bersempena majlis Ramah Mesra Aidilfitri KPM yang akan diadakan pada 21 Ogos 2013, tempat letak kereta di belakang Blok E14 dan E15 akan ditutup mulai 16 Ogos 2013 hingga 25 Ogos 2013. Penutupan ini adalah bagi memudahkan kerja-kerja penghantaran dan pemasangan khemah-khemah dan lain-lain peralatan untuk persiapan majlis tersebut. Tempat letak kereta tersebut boleh digunakan semula pada 26 Ogos 2013.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

TAWARAN BIASISWA ANTARABANGSA MALAYSIA 2014


TAWARAN BIASISWA ANTARABANGSA MALAYSIA 2014

16 August 2013
https://payloan.mohe.gov.my/INTER

 

 

MALAYSIA INTERNATIONAL SCHOLARSHIP (MIS)

The Malaysia International Scholarship (MIS) is an initiative by the Malaysian Government to attract the best brain from around the world to pursue advanced academic studies in Malaysia. This scholarship aims to support Malaysian Government’s effort to attract, motivate and retain talented human capital from abroad.

Talented international students with excellent academic records and outstanding co-curricular backgrounds are welcomed to apply for this scholarship and further their studies in any selected and well-established Malaysian public and private universities.

THE MALAYSIAN TECHNICAL COOPERATION PROGRAMME (MTCP)

The MTCP Scholarship forPost-Graduate Studies provides opportunities for students to pursue advanced academic study in Malaysia. This scholarship is a Government-to-Government basis, without any bond imposed by Malaysia. Scholarships are intended for promising candidates who may be expected to make a significant contribution to their own countries on their return from Malaysia. The duration of the award is 36 months for PhD and between 12 to 24 months for Masters Programme.

COMMONWEALTH SCHOLARSHIP AND FELLOWSHIP PLAN (CSFP)

The Malaysian Commonwealth Scholarship and Fellowship Plan are awarded by the Malaysian Government to the nominated students from the Commonwealth countries to study at the post-graduate level in Malaysia. This is a Government to Government scheme without any bond imposed by Malaysia. The awards for Mastersdegree are between 12 to 24 months depending on the courses. Awards for pursuing PhD degree are for 3 years. The Awards are only applicable for candidates pursuing full-time degree programme in Malaysia.

Pelajar 12 tahun lemas selepas tergelincir dalam lombong – Kosmo


Pelajar 12 tahun lemas selepas tergelincir dalam lombong

 

Nur Atikah

 

SUNGAI PETANI – Seorang murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Seri Aman Bedong, Nur Atikah Mahadzir, 12, ditemui mati lemas selepas terjatuh dalam sebuah lombong terbiar di Kampung Baru Thye Eng Semeling dekat sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang semasa mangsa dan beberapa rakannya dalam perjalanan mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri di kawasan berdekatan.

Seorang rakannya, Nur Najwa Mohd. Ahair, 14, berkata, semasa tiba di tempat kejadian, Nur Atikah tiba-tiba tergelincir menyebabkan seliparnya jatuh ke dalam lombong.

Katanya, mangsa kemudian cuba mengambil selipar itu dengan berpaut pada rakan-rakan lain tetapi terus terjatuh ke dalam lombong.

“Kejadian itu berlaku dengan cepat, saya dan rakan lain tidak sempat berbuat apa-apa,” ceritanya ketika ditemui pemberita.

Nur Najwa berkata, dia bersama mangsa serta tiga lagi rakan, Ainur Atikah Mohd. Yazid, 12, Nadia Jamil, 14, dan Saidatul Najwa Shukri, 12, ke lombong berkenaan untuk mengajak sepupunya yang memukat ikan di situ untuk ke rumah terbuka.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2c5e15CBM
Hakcipta terpelihara

Hidayah ‘Carlos’ – Metro


Hidayah ‘Carlos’

 7  1 Google +0  0  0

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Kampar: Dulu dia antara pelajar paling nakal di sekolah dan diberi gelaran ‘Carlos’ (watak samseng lakonan Rosyam Nor dalam filem Bara), namun kini dia berupaya menghafaz 10 juzuk al-Quran serta diberi kepercayaan menjadi imam solat Tarawih di masjid.

Menariknya, proses perubahan remaja berusia 16 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Iman itu berlaku dalam dua tahun.

Kata Mohd Iman, perubahan dialaminya itu hasil hukuman ibu bapanya dengan menghantar dia ke Pondok Pengajian al-Jaafar, di sini, selepas kelakuan nakalnya sebelum ini.

“Sebelum ini saya ketagih kepada permainan video di kafe siber hingga sanggup ponteng sekolah serta bergaul dengan remaja liar lain.

FotoMOHD Iman melaungkan azan di Pondok Pengajian al-Jaafar, Kampar.

“Saya banyak menghabiskan masa di kafe siber hingga melupakan tanggungjawab sebagai pelajar,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/16

‘Dah ada waris datang ambil Daus’ – Metro


‘Dah ada waris datang ambil Daus’

 0  0 Google +0  0  0

Kuala Lumpur: “Sudah ada waris yang mengambil kanak-kanak itu dan dia kini selamat,” kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Noormah Abd Rauf.

Beliau berkata demikian ketika memaklumkan perkembangan terkini kanak-kanak lelaki dikenali Daus yang diselamatkan Zaiton Lebor, 40, pada Ramadan lalu dan ditempatkan di rumahnya sehingga sambutan Aidilfitri, selepas ditemui terbiar dan kelaparan di Stesen Monorel Imbi.
Daus kemudiannya diambil JKM Selasa lalu tertakluk Akta Kanak-Kanak 2001 mengikut laporan dibuat Zaiton, malah dia dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan dan siasatan lanjut bagi urusan pencarian waris dan perlindungan.

 

Noormah berkata, selepas kisah Daus dilaporkan, bapa saudara kanak-kanak itu yang menetap di kawasan berdekatan ibu negara menghubungi pihaknya untuk mengambil dan membelanya sebagai penjaga sah.
“Mereka dipertemukan di HKL dan selepas mengenal pasti dia adalah bapa saudara yang sah, maka ibu pejabat JKM membenarkan Daus diserahkan kepada ahli keluarganya dan pihak kami menganggap kes membabitkannya sudah selesai,” katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/16

Menangani fasa kritikal remaja – Metro


Menangani fasa kritikal remaja

 0  0 Google +0  0  0

Oleh Hilmi Isa

Perubahan fizikal remaja turut memberi kesan terhadap emosi, antaranya mereka akan berasa agresif, gelisah, suka mengelamun dan keliru. Perubahan fizikal membabitkan hormon yang banyak dan besar. Kesuburan remaja paling jelas dapat dilihat melalui perkembangan alat jantina. Perkembangan berkenaan berlaku antara usia lapan hingga 14 tahun bagi perempuan dan 10 hingga 16 tahun bagi lelaki.

Sesetengah perubahan fizikal mungkin menggembirakan remaja seperti tubuh yang tegap, malah berbulu di dada bagi lelaki. Tubuh yang tinggi lampai pula menjadi idaman si gadis. Remaja akan berasa harga dirinya tinggi jika mereka memiliki tubuh yang ideal pada kaca mata mereka. Perubahan itu juga mula didorong oleh kehendak seksual yang belum pernah mereka rasai pada peringkat kehidupan sebelumnya. Naluri itu membuatkan mereka tertarik dengan rakan berlainan jantina. Namun, perkembangan kelenjar seks adalah berbeza mengikut jantina dan persekitaran. Sekiranya tidak dibimbing dengan baik, naluri fitrah tersebut boleh terpesong. Remaja hari ini sudah tidak malu lagi untuk menghantar gambar seksi kepada pasangan mereka dan kemuncak aktiviti kotor mereka di telefon bimbit adalah bertukar-tukar gambar bogel mereka sendiri. Jijik! Saya sendiri terkejut sewaktu mula-mula diberitahu oleh rakan bahawa lelaki yang baru berkenalan dengannya sudah berani meminta gambar bogelnya. Inilah realiti masalah remaja masa kini. Telefon bimbit adalah di antara punca paling awal ke arah zina. Perkembangan kelenjar seks remaja perempuan adalah lebih awal berbanding remaja lelaki. Remaja perempuan yang berusia 13 hingga 14 tahun sudah muncul keinginan seksual iaitu ingin mendapat perhatian dan mendampingi lelaki. Sebaliknya remaja lelaki akan tertarik kepada perempuan pada usia 14 hingga 15 tahun. Kedua-dua lelaki dan perempuan akan sama-sama saling tertarik sewaktu berusia 16 tahun. Faktor persekitaran memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan kelenjar seks remaja. Remaja selalu terdedah kepada persekitaran terbuka membicarakan soal seks akan mengalami kematangan kelenjar seksual lebih awal. Apabila kita fokus kepada remaja perempuan, misalnya pada tahap awal iaitu sekitar usia 13 tahun lazimnya lebih agresif berbanding remaja lelaki. Pada usia ini remaja perempuan mula menunjukkan minat kepada lelaki yang dipujanya. Mereka mengambil berat penampilan diri seperti jerawat, warna kulit dan sebagainya. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk menjaga penampilan diri. Di samping itu, remaja perempuan sanggup duduk berjam-jam lamanya di hadapan cermin hanya untuk berdandan. Ingatkah kita firman Allah dalam surah an-Nur yang bermaksud: “Janganlah mereka menampakkan perhiasan melainkan apa yang zahir daripadanya.” Menepati apa yang diperintahkan Allah, remaja perempuan perlu dibimbing untuk melalui salah satu fasa kritikal dalam hidup berteraskan syariat. Apabila bertudung perlulah menutup aurat. Namun, ramai remaja bertudung tetapi mendedahkan bahagian tubuh yang lain, sampai menarik perhatian lelaki. Mereka mungkin menutup kepala tetapi bentuk bahagian dada dan punggung jelas kelihatan kerana berpakaian ketat. Masyarakat yang mempunyai ilmu agama harus membetulkan persepsi sedemikian dengan menerangkan etika berpakaian dalam Islam. Jika ditanya mengenai tujuan mereka berpakaian sedemikian rupa, mereka akan menjawab bahawa pakaian seperti itu akan membuatkan mereka kelihatan cantik. Remaja perempuan suka mendapat perhatian.
Pada pertengahan usia 14 hingga 15 tahun barulah remaja lelaki menunjukkan minat terhadap rakan berlainan jantina. Tapi pada peringkat usia ini, remaja perempuan kurang teruja kerana mereka mengalami perasaan sedemikian pada peringkat awal remaja. Pada peringkat akhir remaja iaitu sekitar 16 tahun ke atas, remaja lelaki dan perempuan sama-sama suka berpasangan. Mereka sudah mula bercakap soal masa depan. Namun, kematangan mereka belum cukup untuk melihat beberapa langkah kehidupan, malah perancangan mereka lebih berbentuk fantasi dan ideal.

 

Anda sebagai ibu bapa sebenarnya akan lebih berhati-hati berdepan saat kritikal dalam hidup anak remaja anda, sekiranya mengetahui serta memahami fasa perkembangan fizikal dan seksual mereka.
Jangan sampai mereka terjebak dalam kancah sosial seperti pergaulan dan hubungan seksual bebas. Ingatlah sabda Nabi dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah, Al Baihaqi dan Al Bazzar, maksudnya: “Dan tidaklah zahir perbuatan zina secara terang-terangan dalam sesuatu kaum melainkan akan merebak dalam kaum itu wabak dan penyakit yang tidak pernah dikenali oleh datuk nenek moyang mereka sebelum itu.” Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang, boleh dihubungi melalui Facebook: Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/16