Budak perempuan dilapor hilang di Telupid ditemui selamat – Bernama


Budak perempuan dilapor hilang di Telupid ditemui selamat

2013/08/16 – 18:48:50 PMCetakEmel Kawan
BELURAN: Budak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang sejak 23 Julai lepas di Kampung Meliau, Telupid ditemui hari ini dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan Shivanathan Velautham berkata budak perempuan terbabit, Musteliveh Merajok, ditemui oleh anggota polis pada jam 4.20 petang di sebuah rumah berpenghuni di Kampung Bilit di Kinabatangan.

Menurutnya rumah tempat Musteliveh ditemui adalah milik jiran bapa angkatnya di Kampung Meliau.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini hanya diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata budak perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran buat sementara waktu, sebelum dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Kehilangan Musteliveh, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Telupid sejak 23 Julai lepas dilaporkan kepada pihak polis oleh bapa angkat kanak-kanak itu, Minggu Hendry, 31, pada 13 Ogos lepas.

Berikutan laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan kanak-kanak perempuan itu termasuk menghebahkan kepada balai polis di seluruh negeri ini. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s