‘Ibu sedia dengar alasan kamu…’ – Metro


‘Ibu sedia dengar alasan kamu…’

 25  0 Google +1  0  0

Kuala Lumpur: “Kalau benar anak saya mengikut kenalan lelaki, saya mahu lelaki itu pulangkan anak saya. Saya tidak marah dan rela mendengar alasan mengapa anak saya tidak pulang ke rumah,” kata Murtiyah Nor, 53.

Ibu kepada Uswatul Hasannah Samsuni, 16, hilang sejak 2 Ogos lalu dipercayai mengikuti kenalan lelaki bagi membeli baju raya.
Katanya, sehingga kini dia gagal menjejaki Uswatul yang keluar sehelai sepinggang tanpa membawa pengenalan diri.

 

“Ini kali kedua dia menghilangkan diri dengan lelaki sama, tetapi kali pertama tidaklah sampai semalaman. Saya susah hati kerana dia perempuan dan bimbang keselamatannya,” yang katanya membuat laporan di Balai Polis Ampang.
Sehubungan itu, Murtiyah merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat menghubunginya di talian 010-2736514/ 016-6003205.

 

FotoMURTIYAH menunjukkan gambar Uswatul yang menghilangkan diri.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/23

PM lancar Hospital Pakar Kanak-kanak Permata – Bernama


PM lancar Hospital Pakar Kanak-kanak Permata

 

NAJIB Razak (tengah) diberikan taklimat mengenai projek Hospital Pakar Kanak-Kanak Permata oleh Pengerusi Badan Petugas Penubuhan HPKKP, Professor Datuk Dr A Rahman A Jamal (kanan) pada majlis pelancaran projek itu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama Rosmah Mansor dan Naib Canselor UKM, Tan Sri Datuk Prof. Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin. – UTUSAN

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek Hospital Pakar Kanak-Kanak Permata yang pertama di negara ini di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras.

Hospital moden dan berteknologi tinggi bernilai RM606 juta yang dijangka siap pada 2017 itu akan secara komprehensif memberi fokus kepada disiplin pediatrik atau kesihatan kanak-kanak.

Najib berkata pelbagai bidang perawatan ditawarkan termasuk surgeri laparoskopik yang minimum invasi, perkhidmatan kardiologi dan kardiotoraksik, implan koklear, pemindahan sumsum tulang, perkembangan kanak-kanak, genomik pediatrik dan endokrinologi pediatrik.

Katanya pembinaan hospital itu, dan sebuah lagi Hospital Wanita dan Kanak-Kanak yang sedang dibina di Hospital Kuala Lumpur, menandakan bahawa bidang kesihatan negara sememangnya berada pada landasan yang betul untuk memasuki liga negara maju.

“Ciri-ciri mesra kanak-kanak dan ibu bapa diberi keutamaan dalam pembinaan Hospital Pakar Kanak-Kanak Permata ini, memberikan suasana yang dapat mengurangkan tekanan, keresahan dan kesakitan yang dialami kanak-kanak,” katanya ketika berucap melancarkan projek pembinaan hospital itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Permata Negara. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130823/dn_30/PM-lancar-Hospital-Pakar-Kanak-kanak-Permata#ixzz2cnT09uxy
© Utusan Melayu (M) Bhd

Pelajar maut, 5 parah bas sekolah rempuh lori – Bernama


Pelajar maut, 5 parah bas sekolah rempuh lori

 

SANDAKAN 23 Ogos – Seorang pelajar lelaki maut manakala lima lagi termasuk pemandu bas cedera parah apabila bas sekolah yang mereka naiki bertembung dengan lori pembancuh simen di Km 45 Jalan Sandakan-Kinabatangan hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 12.10 tengah hari itu, bas sekolah berkenaan membawa 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segaliud berusia 13 hingga 16 tahun yang baru pulang dari sekolah.

Pelajar lelaki berusia 13 tahun itu mati di tempat kejadian manakala lima yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan, kata Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong.

Beliau berkata 10 lagi pelajar dan pemandu lori pembancuh simen itu cedera ringan dan dihantar ke HDOK oleh orang awam yang melalui kawasan itu. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130823/je_12/Pelajar-maut-5-parah-bas-sekolah-rempuh-lori#ixzz2cnSqHHgS
© Utusan Melayu (M) Bhd

PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING KEWANGAN (SPK) BILANGAN 1 TAHUN 2004 – KADAR-KADAR KERAIAN RASMI BAGI AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING KEWANGAN (SPK) BILANGAN 1 TAHUN 2004 – KADAR-KADAR KERAIAN RASMI BAGI AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kategori Pekeliling Kewangan
Bil 1
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Kewangan
Fail Pindaan Kepada Surat Pekeliling Kewangan (SPK) Bilangan 1 Tahun 2004 – Kadar-kadar Keraian Rasmi Bagi Agensi di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
Tarikh 20 August 2013

PINDAAN KEPADA PEKELILING BAHAGIAN KEWANGAN (PBK) BILANGAN 2 TAHUN 1999 – PANDUAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH LEBIHAN BAYARAN GAJI/ELAUN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN KPM.


PINDAAN KEPADA PEKELILING BAHAGIAN KEWANGAN (PBK) BILANGAN 2 TAHUN 1999 – PANDUAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH LEBIHAN BAYARAN GAJI/ELAUN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KAKITANGAN SOKONGAN KPM.

Kategori Pekeliling Kewangan
Bil 2
Tahun 2013
Jabatan Bahagian Kewangan
Fail Pindaan Kepada Pekeliling Bahagian Kewangan (PBK) Bilangan 2 Tahun 1999 – Panduan Untuk Menyelesaikan Masalah Lebihan Bayaran Gaji/Elaun Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dan Anggota Kakitangan Sokongan KPM.
Tarikh 20 August 2013