Remaja obesiti maut kemalangan – Sinar Harian


Remaja obesiti maut kemalangan
WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Ogos 2013
  • Remaja obesiti maut kemalanganRosnita (kanan) sedih dengan pemergian anaknya yang terbabit kemalangan, semalam.
< 1 / 2 >

SUNGAI PETANI – Seorang remaja obesiti meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dekat Kampung Bukit Berangan, Kota Kuala Muda, kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.

Mangsa, Mohd Lutfie Maidy, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian setelah mengalami pendarahan di kepala akibat terhempas dari motosikalnya ketika berlanggar dengan sebuah motosikal di hadapannya yang ingin membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Mangsa, yang juga anak tunggal merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda.

Ibunya, Rosnita Saari, 39, berkata, Mohd Lutfie sempat menyiapkan kerja sekolah, selain menyediakan baju sekolah yang siap digantung untuk kegunaan keesokan hari sebelum keluar menunggang motosikal petang kelmarin, .

“Memang dia sudah siapkan kerja sekolah dan baju sekolah sebelum keluar petang pada hari kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk dibedah siasat.

Jenazah kemudian dituntut keluarga sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Kota Kuala Muda kira-kira jam 11 pagi semalam.

Enam tahun lalu, negara digemparkan dengan kes kanak-kanak obesiti yang ketika itu baru berusia 10 tahun dengan berat 110 kilogram.

Bagaimanapun, setelah pelbagai usaha dilakukan, berat badan Mohd Lutfie kini mencecah sehingga 120 kilogram pada usia 16 tahun.

Penjawat awam perlu lebih fokus: Muhyiddin – Berita Harian


Penjawat awam perlu lebih fokus: Muhyiddin

2013/08/27 – 12:56:50 PMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Penjawat awam perlu lebih fokus dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan kerajaan dapat mengotakan semua janji kepada rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dalam menghadapi pelbagai isu dan cabaran semasa melaksanakan tugas, budaya kerja cepat, tepat dan berintegriti (CTI) perlu dijadikan amalan supaya keperluan dan kehendak rakyat dapat dipenuhi.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia di sini, sebentar tadi.

SURAT SIARAN PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2013


SURAT SIARAN PEMAKAIAN KRITERIA KECEMERLANGAN BAGI URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2013

27 August 2013

Sukacita dimaklumkan Pemakaian Kriteria Kecemerlangan  dalam urusan kenaikan pangkat TBBK bagi PPP di KPM bagi semua pegawai berikut:

 

URUSAN

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)

Gred DG52 ke Gred DG54

Gred DG48 ke Gred DG52

Gred DG44 ke Gred DG48

Gred DG41 ke Gred DG44

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD)

Gred DGA34 ke Gred DGA38

Gred DGA32 ke Gred DGA34

Gred DGA29 ke Gred DGA32

 

 

Muat Turun
surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat TBBK PPPS PPPLD Julai – Dis 2013

PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) DAN TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM


PERMOHONAN SECARA ONLINE KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) DAN TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), KPM

27 August 2013

 

Permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. Sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut.