LATIHAN INDUSTRI DI KPT
LatihanIndustri
PelajarInstitusi Pengajian Tinggi (IPT)/Politeknik sama ada di peringkat Sijil,Diploma atau Ijazah Sarjana Muda adalah dipelawa untuk menjalani latihanindustri di KPT. Penempatan pelajar latihan industri di Bahagian/Pejabat/Unitdi bawah KPT adalah disesuaikan mengikut bidang pengajian yang dipelajari.
Syarat-SyaratUmum
- Pelajar terdiri daripada warganegara Malaysia;
- Pelajar adalah meliputi pelajar yang mengikuti pengajian di IPT/Politeknik dalam dan luar negara;
- Latihan praktikal/industri merupakan salah satu syarat untuk pelajar menamatkan pengajian dengan jayanya;
- Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.90 pada semester terkini;
- Tempoh minima latihan industri adalah lima (5) bulan; dan
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik;
BidangPengajian
- Bahasa Inggeris
- Kewangan
- Perakaunan
- Pengurusan
- Sumber Manusia
- Pentadbiran Perniagaan
- Pentadbiran Awam
- Psikologi/Kaunseling
- Komunikasi
- Pengajian Media
- Sains Komputer
- Teknologi Maklumat
- Sains Maklumat
- Statistik
- Teknologi Pejabat
- Kesetiausahaan
UrusanKebajikan Pelajar Dalam Tempoh Latihan
Elaun dankemudahan yang dinikmati oleh pelajar latihan industri di KPT pula adalahseperti mana yang dinyatakan pada Surat Edaran JPA rujukanJPA(L)S.175/4/4-2 bertarikh 24 Ogos 2011dan FAQ.:
- Kadar pembayaran elaun adalah sebanyak RM15.00 sehari terhad kepada maksimum tiga (3) bulan sahaja bagi sepanjang tempoh pengajian;
- Tempoh latihan amali adalah mengikut tempoh yang ditetapkan oleh IPT/Politeknik. Walau bagaimanapun, pembayaran elaun adalah dihadkan kepada maksimum tiga (3) bulan sahaja.
- Pelajar akan menerima bayaran elaun mengikut hari bekerja sahaja tidak termasuk hari cuti awam/umum/hujung minggu;
- Kemudahan pengangkutan dan kediaman tidak disediakan.
- Pelajar tidak layak dibayar bayaran lebih masa;
- Pelajar tidak layak mendapat apa-apa elaun, kemudahan cuti, rawatan perubatan dan kemudahan lain yang layak diterima oleh pegawai awam.
DokumenPermohonan
Dokumen-dokumenyang diperlukan semasa menghantar permohonan menjalani latihan industri di KPTadalah:
- Surat Permohonan Pelajar;
- Surat Pengesahan Menjalani Latihan Industri daripada IPT/Politeknik;
- Resume; dan
- Mini Transkrip
Dokumen-dokumenseperti di atas adalah diperlukan bagi memudahkan urus setia membuatpertimbangan penempatan dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidangpengajian. Permohonan latihan industri yang lengkap dan layak dipertimbangkanhanya setelah KESEMUA DOKUMEN yang diperlukan diterima oleh pihak urus setia.
Permohonan boleh dihantar melalui pos/emel kepada alamat seperti berikut:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 15, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p. Unit Perkhidmatan)
PegawaiUntuk Dihubungi
Sebarangpermasalahan atau persoalan berhubung tawaran ini boleh merujuk kepadapegawai-pegawai seperti berikut:
Cik Siti NurDiana binti Azizan Khamat
(Emel) diana.sps@mohe.gov.mydiana.sps@mohe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 5220 (Faks) 03 – 8870 6814; atau
Cik NurSyahirah binti Bahrin
(Emel) nursyahirah.psh@mohe.gov.mynursyahirah.psh@mohe.gov.my
(Tel) 03 – 8870 5223 (Faks) 03 – 8870 6814.
TarikhKemaskini: 8 Mei 2013.
Like this:
Like Loading...