Cari waris remaja OKU – Metro


Cari waris remaja OKU

 1  0 Google +0  0  0

Kuala Lumpur: Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Fakir Miskin dan Muallaf Baitul Sakinah As-Shariff Selangor meminta orang ramai termasuk waris kepada seorang remaja lelaki orang kelainan upaya (OKU) lembam dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya Ogos lalu supaya tampil bagi membantu mengesan keluarga remaja terbabit.

Remaja dikenali Halim, 14, itu diserahkan ibu kandungnya tanpa sebarang dokumen pengenalan diri kepada seorang wanita berusia 31 tahun di perkarangan Masjid Ketari, Bentong.
Dalam perjumpaan itu, ibu kandung remaja itu meminta wanita terbabit menjaga anaknya buat sementara waktu sebelum diserahkan kepada pertubuhan berkenaan kerana faktor kemiskinan.

 

Bagaimanapun, selepas beberapa hari tidak muncul, wanita itu nekad menyerahkan remaja OKU itu kepada pertubuhan berkenaan kerana turut mengalami masalah untuk menjaganya.
Presidennya Nur Rizal Alias berkata, remaja itu diserahkan kepada kakitangannya di perkarangan masjid berkenaan pada jam 10 pagi sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandamaran, Klang Selatan tiga hari kemudian.
Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja OKU itu boleh menghubungi Pusat Jagaan Hajjah Fatimah Abdullah di talian 03-31341011 atau Pejabat Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Fakir Miskin dan Muallaf Baitul Sakinah As-Shariff Selangor di talian 03-78476736.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/03

Pelajar cabul wanita di stesen LRT – Metro


Pelajar cabul wanita di stesen LRT

 14  0 Google +1  0  0

Kuala Lumpur: Mereka masih remaja, namun bertindak berani mencabul seorang wanita berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati, di sini, walaupun ketika itu masih lengkap berpakaian sekolah.

Malah, mangsa berusia 29 tahun cuba memarahi mereka kerana perbuatan terbabit turut tidak diendahkan sebaliknya mereka bertindak memeluk dan mencium mangsa sebelum melarikan diri.
Wanita terbabit yang terkejut dengan perbuatan remaja itu kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Jumaat lalu.

 

Sumber berkata, mangsa pada mulanya berjalan berseorangan menuju ke stesen berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum terserempak dengan dua remaja lengkap berpakaian sekolah, namun tidak mengendahkannya dan meneruskan perjalanan.
“Bagaimanapun, selepas beberapa meter, mangsa tiba-tiba menjerit selepas bahagian belakang badannya diraba dan sebaik menoleh dia terkejut apabila melihat kedua-dua remaja itu berada di belakangnya.
“Malah belum sempat dia berbuat apa-apa, mereka terus meramas buah dadanya menyebabkan mangsa sekali lagi terkejut dan terus menolak serta memarahi mereka,” katanya.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/03

Potong di selekoh – Metro


Potong di selekoh

 142  1 Google +1  1  2

Oleh Norasikin Daineh

Beaufort: Gara-gara memintas sebuah kenderaan lain di garisan berkembar, seorang maut manakala lima parah termasuk seorang guru dan kanak-kanak berusia lima tahun dalam kemalangan di Kampung Weston, Bukit Pantai, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa Noraini Abdul Main, 17, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Weston.

Manakala, lima lagi yang parah dikenali Siti Fazilah Mohd Yusop, 33, (pemandu), Nursuhaida Zaidi, 15, Aida Nairun, 15, dan Hamidah Nairun serta seorang kanak-kanak Mohd Fahmi Shahmi, 5, terpaksa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) selepas mengalami kecederaan parah di anggota badan.

Tujuh yang lain, Mohd Rafizi, 14, Aida Norianti Ibrahim, 17, Mohd Zaidi Basir, 15, Mohd Nurshanizam, 13, Marshera Jude, 13, Marlisa Jude, 17, dan Mohd Nasriq, 15, hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Beaufort sebagai pesakit luar.

FotoKENDERAAN MPV yang terbalik dalam kejadian kemalangan di Kampung Weston, Bukit Pantai, Beaufort.

Difahamkan, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Weston dan pemandu yang juga seorang guru di salah sebuah sekolah rendah di kawasan terbabit dipercayai menghantar semua pelajar berkenaan ke sekolah mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/03

Memori maha hebat – Metro


Memori maha hebat

 371  20 Google +2  0  10

Oleh Kamarulzaman Pid, Fazurawati Che Lah, Gadaffi Musli dan Shahrul Redzuan Zulkifli

Rawang: Ketika dia memperdengarkan bacaan Yasin dengan tajwid dan berlagu, kita tidak menyangka remaja lelaki ini, Umar Hasfizal berusia 15 tahun sebenarnya penghidap autisme.

Ia sejenis penyakit gangguan ke atas perkembangan otak yang mengakibatkan penghidapnya mengalami masalah komunikasi, interaksi sosial dan perilaku.

Bagaimanapun, bagi Umar, autisme yang menjadi mimpi ngeri kepada kedua ibu bapa, bukan penghalang untuknya menzahirkan keistimewaannya.

Umar yang dilahirkan pada 29 Mei 1998 di Ipoh, Perak, bukan saja boleh menghafal surah Yasin yang mempunyai 83 ayat sepenuhnya, malah beberapa surah lain yang panjang seperti surah As-Sajdah, surah al-Jumaah dan al-Saf.

Foto 

Kelebihan ‘memori foto’ pada Umar bukan saja membolehkannya menghafal surah panjang dalam al-Quran, malah berikan saja lagu apa yang ingin diperdengarkan, dia akan menyahut cabaran itu dengan alunannya sendiri sambil bermain keyboard.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/03

Pelajar Tingkatan Satu parah terjun dari bangunan sekolah – Bernama


Pelajar Tingkatan Satu parah terjun dari bangunan sekolah

2013/09/03 – 18:24:54 PMCetakEmel Kawan
KUANTAN: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad, berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian jam 12.45 tengah hari.

“Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.

Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.
“Pelajar terbabit dalam keadaan stabil…polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. – BERNAMA