Umpan dua anak samun pekerja kedai – Metro


Umpan dua anak samun pekerja kedai

 0  1 Google +0  0  0

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Anak sebagai umpan. Itulah taktik digunakan seorang wanita yang sanggup menjadikan dua anak perempuannya yang masih kecil sebagai umpan dengan berpura-pura membeli barang sebelum menyamun pekerja kedai itu.

Dua kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun itu pula seperti memahami tugas mereka apabila menggunakan helah meminta sesuatu daripada pekerja kedai sebelum ibu mereka bertindak mengacukan pisau lalu melarikan dompet mangsa.
Dalam kejadian baru, seorang pekerja kedai bunga di Danau Kota, Setapak, Lialiana Ali Umar, 24, kerugian lebih RM200 apabila dompetnya dilarikan seorang wanita yang berpura-pura mahu membeli bunga di kedai majikannya, Rabu lalu.

 

Beliau berkata, ketika kejadian jam 2 petang itu, dia yang sedang bekerja didatangi seorang wanita bersama dua kanak-kanak dipercayai anak wanita itu.
“Wanita lewat 30-an itu masuk ke dalam kedai dan mahu membeli bunga segar, tetapi bunga yang dikehendakinya itu tiada.
“Pada masa sama, dua anak wanita itu merengek meminta saya memberikan bunga yang terletak di salah satu rak. Saya tidak mengesyaki apa-apa hanya menuruti permintaan mereka dengan mengambil bunga itu,” katanya.

 

Namun, dia secara tiba-tiba diacu pisau kecil oleh ibu kanak-kanak terbabit sambil meminta menyerahkan barang berharga.
“Hairannya, wanita terbabit tidak memaksa dan berlalu pergi begitu saja. Namun, selepas 10 minit berlalu, baru saya menyedari dompet saya yang diletakkan berhampiran kaunter hilang disyaki dilarikan wanita terbabit,” katanya.

 

Katanya, berikutan kejadian itu, dia mengalami kerugian lebih RM200 selepas wang tunainya dan beberapa dokumen peribadi dilarikan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.
Lialiana berkata, dia membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Setapak. “Saya difahamkan, tiga beranak berkenaan dipercayai individu sama yang pernah dilihat berkeliaran di kawasan berhampiran dan melakukan jenayah sama di beberapa premis perniagaan lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/07

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s