Guru dan tiga anak maut dalam kemalangan – Kosmo


Guru dan tiga anak maut dalam kemalangan

 

09/09/2013 3:41pm

 

KAJANG – Seorang guru Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi bersama tiga anak maut dalam kemalangan di kilometer 8 Jalan Kajang – Banting di sini tengah hari tadi.

Dalam kemalangan itu, seorang lagi anak guru itu dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Kajang.

Mangsa yang maut dikenali sebagai, Rohaya Md. Rabi, 35, Nor Nabila Al Hanan, 7, Mohd. Nabil Loffi Al Hadi, 1.

Mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd. Nabil Lutfan, 3 tahun. – KOSMO!

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0909&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_12.htm#ixzz2eOyisHcn
Hakcipta terpelihara

‘Lihat darah memancut dari mulut’ – Metro


‘Lihat darah memancut dari mulut’

 0  0 Google +0  0  0

Port Dickson: “Saya lihat darah memancut dari mulut mangsa hingga terkena tayar kereta,” kata Mohd Taufik Mohd Yusof, 23, saksi kemalangan yang mengakibatkan seorang pelajar tingkatan tiga cedera parah apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Pantai, Batu 2, berhampiran sebuah hotel, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi itu, mangsa, Mohd Sulaiman Zulkifli, 15, kini kritikal dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan parah di kepala selain patah kaki serta tangan sebelah kiri.
Dalam kemalangan itu, motosikal yang ditunggang mangsa merempuh belakang kereta Proton Satria dipandu seorang anggota tentera Mohd Shukri Abu Hassan, 39, yang dalam perjalanan dari arah Teluk Kemang menghala ke Port Dickson.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/09

Kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai lemas di Penampang – Berita Harian


Kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai lemas di Penampang

2013/09/09 – 13:02:26 PMCetakEmel Kawan
PENAMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam parit besar di Jalan Pintas, di sini, ketika dikatakan bermain air banjir di kawasan itu, petang semalam.

Hujan lebat petang semalam turut mengakibatkan sebuah rumah di Kampung Tuno, Kolopis dekat sini, tertimbus sebahagiannya akibat tanah runtuh jam 10.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terperangkap.

Penjawat awam perlu semai semangat patriotik: Abu Bakar – Bernama


Penjawat awam perlu semai semangat patriotik: Abu Bakar

2013/09/09 – 14:04:40 PMCetakEmel Kawan
PUTRAJAYA: Penjawat awam dan seluruh rakyat harus berganding bahu dalam memelihara dan mempertahankan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara daripada ancaman dalam mahupun luar negara.

Timbalan Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi (MOSTI), Datuk Abu Bakar Mohamad Diah berkata pekerja sektor awam harus berperanan menyemai nilai-nilai patriotisme dan sayang kepada negara di dalam diri mereka.

“Sehubungan itu, penjawat awam bersama-sama rakyat Malaysia perlu menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56 dan sambutan Hari Malaysia ke-50,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menyemarakkan bulan Kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 dan sambutan Hari Malaysia ke-50, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Lebih 500 penjawat awam dari Mosti, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyertai majlis tersebut yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Sementara itu, Mohamad Zabidi berkata penyertaan penjawat awam dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan itu membuktikan bahawa semangat cintakan negara dan menghargai erti kemerdekaan wujud dalam kalangan penjawat awam dan budaya berkenaan diteruskan, pada masa depan.
Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ adalah bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa, katanya.

“Ia juga bertujuan mengingatkan rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara dan mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan tanah air,” katanya.

– BERNAMA

Ibu bersama tiga anak maut dalam nahas ngeri – Utusan


Ibu bersama tiga anak maut dalam nahas ngeri

 

Oleh NORAZRIN MARZUKI

HULU LANGAT 9 Sept. – Seorang ibu bersama tiga anaknya maut dalam nahas ngeri selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting di Bangi Lama di sini hari ini.

Dalam nahas pukul 12.10 tengah hari itu, kesemua mangsa iaitu Rohaya Md. Rabi, 35, yang memandu kereta tersebut serta anak-anaknya dikenali sebagai Nornabila Al Huda, 9, Nornabila Al Hana, 7, dan Mohd Nabil Loffi Al Hadi, 1, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, pemandu lori terlibat dan sebuah lagi kenderaan yang turut terbabit dalam nahas itu cedera parah dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130909/je_15/Ibu-bersama-tiga-anak-maut-dalam-nahas-ngeri#ixzz2eOtwR1SE
© Utusan Melayu (M) Bhd

PM mahu calon UPSR lakukan yang terbaik – Bernama


PM mahu calon UPSR lakukan yang terbaik

 

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berharap calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menduduki peperiksaan itu esok dapat melakukan yang terbaik.

“Kepada adik-adik yang menjalani UPSR esok, semoga berjaya,” kata Perdana Menteri melalui laman Twitter beliau.

“Buat yang terbaik untuk ibu bapa, guru-guru dan terutamanya untuk diri sendiri,” katanya.

Sebanyak 478,848 calon akan menduduki UPSR mulai esok hingga Khamis di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 469,882 adalah pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah bahasa Melayu. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_30/PM-mahu-calon-UPSR-lakukan-yang-terbaik#ixzz2eOtKtpJd
© Utusan Melayu (M) Bhd

478,848 calon duduki peperiksaan UPSR mulai esok – Bernama


478,848 calon duduki peperiksaan UPSR mulai esok

 

KUALA LUMPUR 9 Sept. – Sebanyak 478,848 calon akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula esok sehingga 12 September ini di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini daripada jumlah itu sebanyak 469,882 calon adalah dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 calon lagi dari sekolah swasta yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Sebanyak 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Jadual waktu peperiksaan itu telah diedarkan ke sekolah dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di alamat http://www.moe.gov.my/lp.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130909/dn_35/478848-calon-duduki-peperiksaan-UPSR-mulai-esok#ixzz2eOsakwzb
© Utusan Melayu (M) Bhd