TAWARAN BIASISWA SINERGI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) – UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DI KPM AMBILAN TAHUN 2014
17 September 2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa KPM memberi peluang kepada PPPS di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta PPPS yang berminat untuk berkhidmat
di SBP bagi mengikuti Program Biasiswa Sinergi KPM-UTM ambilan tahun 2014 di peringkat Kedoktoran.
Sehubungan itu, PPPS yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut
kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT). Permohonan hendaklah dikemukakan ke BT selewat-lewatnya sebelum atau pada 16 Oktober 2013 (Rabu).