24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi diiktiraf – Metro


24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi diiktiraf

 98  15 Google +0  0  0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengiktiraf 24 lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan 14 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah bagi kohort empat tahun ini.

Ia juga menyaksikan pengiktirafan kali pertama yang diterima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) iaitu SJKT Ladang Rem, Johor.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pengiktirafan itu menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga kini adalah 115 berbanding sasaran sebanyak 110 sekolah.

“Menerusi pengiktirafan itu, setiap sekolah akan menerima peruntukan RM700,000 bagi tahun pertama; RM500,00 (kedua) dan RM300,000 bagi tahun seterusnya.
“Selain itu, setiap pengetua, guru besar, uru dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) yang layak akan menerima Bayaran Insentif SBT berbentuk bayaran sekali sahaja (one-off) sebanyak RM1000.00 untuk sekolah menengah dan RM700.00 untuk sekolah rendah.
“Ini bermakna pada hari ini kerajaan akan memberikan peruntukan khas berjumlah RM 16.8 juta kepada 24 SBT berkenaan,” katanya ketika mengumumkan senarai SBT di sini, sebentar tadi.

Senarai SBT Kohort 4 Tahun 2013

Johor
SK Tengku Mariam
SJKT Ladang Rem
SMK Dato’ Penggawa Barat

Kedah
SM Sains Kubang Pasu

Kelantan
SM Sains Machang

Melaka
SK Convent of the Infant Jesus 1 (M)
SMKA Sharifah Rodziah

Negeri Sembilan
SBP Integrasi Jempol

Pahang
SK Convent

Perak
SK Sultan Idris II
SK Marian Convent
SM Sains Raja Tun Azlan Shah
SBP Integrasi Gopeng

Pulau Pinang
SK Convent Green Lane
SJK (C) Han Chiang
SMKA Al-Irshad

Selangor
SK Taman Megah
SK Bukit Jelutong
SK Sri Petaling
SMA Persekutuan Kajang
SBP Integrasi Rawang

Putrajaya
SK Putrajaya Presint 11 (1)

Kuala Lumpur
SK Convent Bukit Nanas (1)
SJK (C) Kuen Cheng 2

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/18

Gagal elak kereta keluar melulu – Metro


Gagal elak kereta keluar melulu

 1  1 Google +0  0  0

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor

Rembau: Seorang guru bersama lima murid berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki dirempuh kereta lain yang tiba-tiba meluru keluar dari simpang di Kilometer 3, Jalan Kota-Astana Raja, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, guru Tabika Kemas Sungai Timun Nur Masyitah Ibrahim, 24, yang memandu Proton Saga FLX bersama lima murid berusia enam tahun itu dalam perjalanan pulang selepas menjalani latihan futsal dan bola jaring di Tabika Kemas Kota Pekan, dekat sini.

Menurutnya, ketika kejadian dia dan empat muridnya bersama seorang murid Tabika Kemas Lubok China, Syed Shazwan Sharuddin, Mohd Shafiq Shahmi Aizat, Mohamad Akhmar Mohd Firdaus, Mohd Danish Aiman Omar serta Arina Umairah Mohd Salmi tergamam apabila melihat kereta tiba-tiba keluar dari simpang berkenaan.

“Saya tidak mampu mengelak kerana jarak terlalu dekat menyebabkan berlaku perlanggaran dan seorang anak murid saya, Arina Umairah yang duduk di bahagian penumpang depan lebam di muka kerana terhantuk cermin hadapan.
“Arina Umairah dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut manakala yang lain tidak cedera, namun kelihatan terkejut dan trauma,” katanya. ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Nur Masyitah berkata, dia segera keluar dari kereta dan mengeluarkan lima murid terbabit berikutan bimbang mereka parah.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati kereta Nissan Sunny dipandu lelaki berusia 40-an keluar dari simpang secara melulu tanpa memberi laluan kepada Proton Saga terbabit.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/18

KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2013 PADA 23 – 27 SEPTEMBER 2013


KONVENSYEN AMALAN TERBAIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN 2013 PADA 23 – 27 SEPTEMBER 2013

18 September 2013

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum akan menganjurkan Konvensyen Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Prasekolah Kebangsaan 2013 pada 23 – 27 September 2013. Butiran berkaitan konvensyen tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 23 – 27 September 2013

Tempat : Hotel Summit, Subang Jaya, Selangor.

Tema : Memacu Pendidikan Prasekolah Melalui Amalan Terbaik.

Tujuan konvensyen : Meningkatkan kualiti guru prasekolah melalui pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat murid, kreatif, inovatif dan berkesan.

Perasmian pembukaan oleh:  YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan pada 24 September 2013 jam 8.00 malam.

HEBAHAN KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DENGAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (HLP CBBP) BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) TAHUN 2014


HEBAHAN KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DENGAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (HLP CBBP) BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) TAHUN 2014

18 September 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DENGAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (HLP CBBP) BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) TAHUN 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 18 September 2013 sehingga 17 Oktober 2013.

HEBAHAN KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLP SB) BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) TAHUN 2014


HEBAHAN KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLP SB) BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) TAHUN 2014

18 September 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA (HLP SB) BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) TAHUN 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 18 September 2013 sehingga 17 Oktober 2013.

HEBAHAN KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK IPTA TAHUN 2014


HEBAHAN KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK IPTA TAHUN 2014

18 September 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa KEPUTUSAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN BAGI KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK IPTA TAHUN 2014 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 18 September 2013 sehingga 17 Oktober 2013. 

RESULT ANNOUNCEMENT FOR MALAYSIAN INTERNATIONAL SCHOLARSHIPS (MIS, MTCP, CSFP) YEAR 2013


RESULT ANNOUNCEMENT FOR MALAYSIAN INTERNATIONAL SCHOLARSHIPS (MIS, MTCP, CSFP) YEAR 2013

18 September 2013
Sukacita dimaklumkan bahawa RESULT ANNOUNCEMENT FOR MALAYSIAN INTERNATIONAL SCHOLARSHIPS (MIS, MTCP, CSFP) YEAR 2013 boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 18 September 2013 sehingga 17 Oktober 2013.