Buku teks ada unsur Syiah tidak benar – Sinar Harian


Buku teks ada unsur Syiah tidak benar
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 September 2013
  • Buku teks ada unsur Syiah tidak benarMuka Depan Sinar Harian 30 Julai 2013
< 1 / 1 >

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya terdapat buku teks berunsurkan Syiah digunakan di sekolah rendah dan menengah seperti yang didakwa Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (Giptis), Julai lalu.

Merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Julai itu, KPM berkata, pihaknya sudah membuat semakan dan mendapati dakwaan tersebut tidak benar di samping ia bukanlah buku teks terbitannya.

“KPM telah meneliti dakwaan berkenaan dan mendapati buku teks yang dimaksudkan tersebut bukan buku teks KPM.

“Ia adalah terbitan pihak swasta bagi rujukan murid Tingkatan Enam yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM),” jelas KPM dalam kenyataan itu.

Giptis sebelum ini menggesa kerajaan supaya mengkaji semula sejarah Islam yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam rendah dan menengah yang didakwa mempunyai kecenderungan ke arah fahaman Syiah.

Pengerusinya, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi berkata, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana ada silibus pengajian yang menggambarkan seolah-olah para sahabat nabi terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman.

“Saya khuatir perkara ini boleh merosakkan akidah pelajar. Sebabnya, sahabat nabi tidak seorang pun yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman. Malah, mereka murka terhadap pembunuhan yang dilakukan itu,” katanya.

Namun KPM menegaskan, setelah meneliti beberapa halaman buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Lima, didapati tiada sebarang unsur yang cenderung mempromosikan fahaman Syiah.

“Kandungan buku teks tersebut ialah fakta-fakta mengenai penyelewengan Syiah dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Di samping itu, dalam Bahagian Aqidah buku teks ini memperjelaskan pegangan-pegangan lain yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Qadiani, Bahai dan Taslim, yang dikategorikan sebagai ajaran sesat.

“Berdasarkan dapatan tersebut, KPM menolak  dakwaan yang dikemukakan oleh Giptis kerana buku teks yang dimaksudkan itu diterbikan oleh swasta sebagai rujukan murid Tingkatan Enam yang mengambil peperiksaan STPM,” tegas kenyataan itu.

Pihak KPM juga menegaskan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Lima KPM juga telah disemak dan dikenal pasti bebas daripada kecenderungan atau mempromosikan fahaman Syiah.

Penjawat awam perlu pantau fitnah terhadap kerajaan dalam media sosial – Dr. Rothiah Omar – Bernama


Penjawat awam perlu pantau fitnah terhadap kerajaan dalam media sosial – Dr. Rothiah Omar

 

24/09/2013 6:33pm

 

MELAKA – Penjawat awam perlu memainkan peranan memantau fitnah terhadap kerajaan yang dilontarkan dalam media sosial seperti blog, Facebook dan Twitter, kata Timbalan Ketua Setiausaha (I) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr. Rothiah Omar.

Beliau berkata, bagi merealisasikan usaha itu, penjawat awam terutama dalam kementerian itu, perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat terkini.

“Semua jabatan perlu usahakan pantau setiap media sosial antaranya blog yang suka timbulkan fitnah, supaya kita dapat menyangkalnya (fitnah itu),” katanya ketika berucap menutup Persidangan Pengerusi Lembaga Tatatertib Kementerian Komunikasi dan Multimedia 2013 di sini hari ini.

Persidangan selama tiga hari yang bermula Ahad lepas disertai kira-kira 100 pegawai dari jabatan dan agensi kementerian itu.

Pada majlis itu juga beliau melancarkan Buku ’Ringkasan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.’ Rothiah turut menggesa penjawat awam, terutama ketua-ketua jabatan, supaya mengekalkan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam.

“Sistem pengurusan tadbir urus yang baik perlu mempunyai ciri-ciri akauntabiliti, telus, responsif, cekap, adil dan saksama, menjunjung undang-undang dan berintegriti,” katanya. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0924&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm#ixzz2fo4ETI2t
Hakcipta terpelihara

Pelajar takut PMR pulang – Metro


Pelajar takut PMR pulang

 2  0 Google +0  0  0

Oleh Amir Abd Hamid

Petaling Jaya: Seorang pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu dibawa pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.

Dia dikatakan hanya ditemui orang awam ketika bersembunyi di dalam tandas di sebuah pasar raya sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Sebelum ini, ibunya Rosziana Mohamed, 47, merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.

FotoALYA (kanan) mengedarkan poster adiknya kepada orang ramai petang semalam sebelum Ayza pulang malam tadi.

Beliau berkata, dua hari sebelum hilang, Ayza Nazira atau lebih mesra dengan panggilan adik itu yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ada menemuinya menyatakan kebimbangan untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijadualkan 2 Oktober hingga 8 Oktober depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/24

 2  0 Google +0  0  0

Oleh Amir Abd Hamid

Petaling Jaya: Seorang pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu dibawa pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.

Dia dikatakan hanya ditemui orang awam ketika bersembunyi di dalam tandas di sebuah pasar raya sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Sebelum ini, ibunya Rosziana Mohamed, 47, merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.

FotoALYA (kanan) mengedarkan poster adiknya kepada orang ramai petang semalam sebelum Ayza pulang malam tadi.

Beliau berkata, dua hari sebelum hilang, Ayza Nazira atau lebih mesra dengan panggilan adik itu yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ada menemuinya menyatakan kebimbangan untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dijadualkan 2 Oktober hingga 8 Oktober depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/24

Dua pelajar perempuan maut motosikal rempuh pokok – Berita Harian


Dua pelajar perempuan maut motosikal rempuh pokok

2013/09/24 – 17:28:13 PMCetakEmel Kawan
SEREMBAN: Dua pelajar perempuan Tingkatan Empat maut apabila motosikal dinaiki terbabas merempuh pokok di Taman Tasik Jaya, Seremban, jam 3.30 petang tadi.

Pelajar terbabit adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Zaaba, di sini.

Remaja direman bantu siasatan kematian anggota polis – Bernama


Remaja direman bantu siasatan kematian anggota polis

 

MELAKA 24 Sept. – Seorang remaja berusia 17 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kematian seorang anggota polis dipercayai dipukul dengan batu, semalam.

Perintah reman terhadap remaja yang tidak lagi bersekolah dan menganggur itu, dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rendah, V.Kanasan, kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pada kejadian kira-kira 8 pagi semalam, Kpl Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan muka dipercayai dipukul dengan batu dan mati, setelah bergelut dengan suspek di tempat kejadian, di Taman Teknologi Cheng di sini.

Suspek yang melarikan diri selepas pergelutan itu, ditahan di,Krubong di sini, pada pukul 10.50 pagi semalam. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130924/je_11/Remaja-direman-bantu-siasatan-kematian-anggota-polis#ixzz2fnxSAELZ
© Utusan Melayu (M) Bhd