Terharu bantuan orang ramai – Metro


Terharu bantuan orang ramai

 0  14 Google +1  0  0

Petaling Jaya: Ibu kepada gadis yang ditemui semula malam kelmarin selepas menghilangkan diri sejak Sabtu lalu terharu dengan pertolongan orang ramai dan mengucapkan terima kasih untuk usaha itu.

Rosziana Mohamed, 47, berkata dia bagaikan mendapat nyawa apabila anak bongsunya pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam kelmarin.
Ayza yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.

 

Dia dikatakan ditemui orang ramai ketika bersembunyi dalam tandas sebuah pasar raya berhampiran kediaman keluarganya itu. Difahamkan, kerana tertekan dengan PMR yang bakal tiba menyebabkan gadis itu melarikan diri.
Sebelum ini, Rosziana merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.
“Kesan penyebaran berita yang meluas adalah faktor utama anak saya ditemui semula. Ini termasuk di laman sosial serta usaha menampal ratusan risalah terkandung gambar adik (nama manja Ayza Nazira).

 

“Sebelum ini, hati kami kuat mengatakan anak saya berada tidak jauh dari kediaman kami. Tetapi kami sekeluarga tidak mempunyai sebarang petunjuk di mana.
“Saya bersyukur apabila anak saya ditemui,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/25

Betul-betul buat kejutan – Metro


Betul-betul buat kejutan

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: Hasrat dua pelajar tingkatan empat melakukan kejutan meraikan hari jadi rakan sekelas bertukar tragedi apabila mereka maut selepas motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum merempuh pokok dan terbabas ke longkang di Jalan Taman Tasek, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Nurfarah Adila Md Azmi dan Nurul Isnaini Muhayuddin, masing-masing berusia 16 tahun yang menaiki motosikal Yamaha Nouvo S dan menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Zaaba, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Rakan mangsa, Puteri Lily Ayumi Aminuddin, 16, berkata, sebelum kejadian itu, dia bersama seorang lagi rakan, Nor Emilia Zulkifli, 16, menunggang motosikal Modenas Kriss mengekori kedua-dua mangsa ke Taman Tasik Jaya, di sini.

 

“Kami mahu melakukan kejutan menyambut hari jadi rakan sekelas di tingkatan 4 Fikri, Elly (Norelizah Zulkifli, 16) di Flat Seroja, di sini.
“Dalam perjalanan, Nurul Isnaini menunggang motosikal yang dipinjam dari rakan sekolah dengan laju dan menggunakan hanya sebelah tangan menyebabkan saya menegurnya kerana berbahaya.
“Namun, dia terus menunggang laju sehingga sampai di satu persimpangan sebelum gagal mengawal motosikal sehingga melanggar pembahagi jalan dan pokok sebelum terbabas ke longkang,” katanya yang memberitahu kedua-dua rakannya itu tidak memakai topi keledar.

 

FotoANGGOTA polis menutup mayat mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Sementara itu, Norelizah yang ditemui di tempat kejadian tidak menyangka kejutan hari jadi yang mahu dilakukan empat rakannya itu bertukar tragedi apabila dua daripada mereka meninggal dunia.
“Saya tidak tahu apa-apa mengenai sambutan ini kerana tidak dimaklumkan.

 

“Ketika waktu rehat, saya terkejut apabila Nurul Isnaini tiba-tiba memberikan wang RM1.50 sebagai belanja hari jadi saya.
“Saya tidak sangka itu pemberian terakhir daripada rakan karib saya,” katanya yang sedih dengan pemergian dua rakannya itu.
Ibu Nurul Isnaini, Siti Aishah Husin, 47, berkata, dia dan suami, Muhayuddin Sulaiman, 48, tidak tahu anak mereka menunggang motosikal kerana di rumah, dia dihalang berbuat demikian.
Katanya, suaminya sering melarang anaknya itu menunggang motosikal kerana tiada lesen memandu.
Siti Aishah yang juga kakitangan Bahagian Aset Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata, dia tidak tahu Nurul Isnaini pulang awal dari sekolah, semalam, kerana kebiasaannya pada Selasa hingga Jumaat, anaknya itu dibenarkan pulang pada jam 4.30 petang.
“Hanya setiap Isnin, pelajar pulang pada jam 2.40 petang. Namun, hari ini (semalam), dia dibenarkan pulang awal,” katanya yang menghantar Nurul Isnaini setiap hari ke sekolah dari rumahnya di Taman Harmonium Utama, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/25

Empat remaja mengaku salah rogol dan cabul gadis bawah umur – Berita Harian


Empat remaja mengaku salah rogol dan cabul gadis bawah umur

2013/09/26 – 12:57:00 PMCetakEmel Kawan
Johor Bahru: Empat remaja termasuk seorang pesalah juvana mengaku bersalah atas kesalahan merogol dan mencabul gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Semua tertuduh yang berusia antara 16 hingga 19 tahun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK BAHAGIAN, BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN


IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK BAHAGIAN, BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN

26 September 2013

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK BAHAGIAN

DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong yang tersebut di bawah:-

1.            a)  Jawatan:                i)           Arkitek Gred J41 (Kontrak Bahagian)

ii)          Jurutera Awam J41 (Kontrak Bahagian)

iii)          Penolong Pegawai Senibina J29 (Kontrak Bahagian)

iv)          Penolong Jurutera Awam J29 (Kontrak Bahagian)

b)  Jabatan:         Bahagian Pembangunan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia

2.            Syarat lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;  dan
  4. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh kerajaan bagi jawatan Arkitek Gred J41; atau
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh kerajaan bagi jawatan Jurutera Awam Gred J41; atau
  6. Memiliki Diploma Seni Bina atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred J29; atau
  7. Memiliki Diploma Kejuruteraan Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi jawatan Penolong Jurutera Awam Gred J29.

3.            Cara memohon: Permohonan hendaklah mengemukakan resume dan dokumen seperti di bawah kepada  Seksyen Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan Pelajaran, KPM sebelum atau pada 3 Oktober 2013 (Khamis).

  1. Salinan Kad Pengenalan;
  2. Salinan sijil-sijil;
  3. Salinan Diploma atau Ijazah;
  4. Lain-lain dokumen; dan
  5. Sekeping gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan).

4.            Permohonan yang dipertimbangkan:

i) Hanya calon-calon yang mematuhi syarat akan dipertimbangkan;

ii) Hanya Calon yang memenuhi syarat asas tapisan akan dipanggil temuduga.