PELAWAAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) BAGI GURU SANDARAN TERLATIH YANG MASIH BERKHIDMAT DI SEKOLAH | |
Semakan Suruhanjaya mendapati masih terdapat Guru Sandaran Terlatih (GST) yang telah ditempatkan di sekolah oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang belum mengemukakan permohonan ke jawatan PPP bagi urusan pelantikan tetap. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ingin mempelawa semua GST yang masih belum dilantik tetap sebagai PPP untuk membuat permohonan jawatan di portal JobsMalaysia (www.jobsmalaysia.gov.my) bagi memudahkan urusan pelantikan. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai seperti yang berikut: Bagi GST yang berkhidmat di Semenanjung: (i) Puan Norul Azura binti Md Amran Nombor telefon : 03-8871 7372 Emel : norul.azura@spp.gov.my (ii) Puan Sukreeah binti Karim Nombor telefon : 03-8871 7370 Emel : sukreeah@spp.gov.my Bagi GST yang berkhidmat di Sabah: (iii) Cik Jaclyn binti Gonduman Nombor telefon : 088-488546 Emel : jaclyn@spp.gov.my Bagi GST yang berkhidmat di Sarawak: (iv) Encik Teng Jin Kuen Nombor telefon : 082-453208 Emel : teng@spp.gov.my |
|
Muat naik pada 23 September 2013 |