Malaysia Beri Keutamaan Kepada Pendidikan – Idris – Bernama


Malaysia Beri Keutamaan Kepada Pendidikan – Idris

KUALA LUMPUR: Pembangunan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan Malaysia, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata ini akan membantu Malaysia mencapai sasarannya menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 menerusi modal insan berkualiti.

Sebagai contoh, katanya penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM 2015-2025) akan memperkukuhkan lagi sektor pendidikan negara supaya sistem penyampaian menjadi lebih efektif dan efisien, sekali gus membawa impak positif kepada negara.

“Nilai-nilai baik yang ditekankan dalam PPPM 2015-2025, termasuk pemikiran kritis, kepimpinan dan kemahiran komunikasi, dan juga bagus dalam pengetahuan am akan dapat menjadi platform dalam mengeluarkan modal insan negara yang kompetitif, kreatif dan berkemahiran dalam menyokong agenda pendapatan tinggi,” katanya pada Persidangan Pendidikan Tinggi OIC World Biz 2013 di sini, Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pendidikan Tinggi Swasta) Prof Datuk Dr Roziah Omar. “Malaysia percaya akses kepada pendidikan amat penting. Oleh itu, sistem pendidikan yang dirumuskan perlu menekankan akses kepada pendidikan untuk setiap kanak-kanak tanpa mengira siapa mereka, jantina atau latar belakang sosio ekonomi mereka.

“Pendekatan ini akan dapat memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan pelajar dan masyarakat di Malaysia,” kata Idris.

Mengenai persidangan itu, beliau berkata ia akan menjadi gerbang kepada komuniti pendidikan untuk menjalin kerjasama dan perkongsian pengetahuan dalam bidang pendidikan di kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Saya berharap persidangan ini akan menyediakan platform untuk mengadakan perbincangan lebih lanjut dan juga aktiviti yang akan dapat menghasilkan kerangka kerja, strategi dan pelan tindakan untuk pembinaan kapasiti, dan juga, menekankan keperluan untuk memantapkan budaya kecemerlangan dan pendidikan berkualiti di negara anggota dan komuniti OIC,” katanya.

Persidangan itu diadakan sempena Persidangan dan Ekspo Zon Perniagaan dan Pelaburan-OIC World Biz 2013.

Ia dihadiri para cendekiawan, pendidik, pentadbir dan pakar pembuat dasar dari negara-negara Islam. -BERNAMA

Gadis ke pusat beli-belah hilang – Metro


Gadis ke pusat beli-belah hilang

 0  0 Google +0  0  0

Bukit Mertajam: Sepasang suami isteri bimbang keselamatan anak perempuan mereka, Nurul Nadia Sony, 16, yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bertemu rakannya pada 11 September lalu.

Ibunya, Rozita Ismail, 42, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, anak kedua daripada lima beradik itu ke tempat kerjanya untuk meminta izin menemui rakannya di pusat beli-belah The Summit, dekat sini.
“Nadia meminta izin daripada saya untuk berjumpa rakan-rakannya dan saya memberi keizinan sebelum dia keluar dengan menaiki motosikal Yamaha Ego hitam milik bapanya dengan nombor pendaftaran PJB 279,” katanya.

 

Menurutnya, selepas pulang dari kerja jam 7 malam, dia mendapati anaknya belum pulang dan dia bersama suaminya, Sony Musa, 45, ke pusat beli-belah berkenaan untuk mencari anaknya.
“Ketika mencari anak, kami menemui rakan Nurul Nadia yang memaklumkan anak kami sudah pulang ke rumah,” katanya.
Menurutnya, pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mengesan anaknya itu termasuk mengedarkan gambarnya di sekitar Bukit Mertajam, Perda dan Penanti namun masih gagal.

 

Sehubungan itu, Rozita meminta orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada atau mempunyai maklumat melaporkan kepada polis atau menghubunginya di talian 017-4587356.
“Saya merayu kepada orang ramai yang mengetahui di mana anak saya berada agar segera menghubungi saya atau balai polis berhampiran,” katanya yang membuat laporan polis pada 16 September lalu di Balai Polis Kubang Semang.

 

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/28

Remaja tawar khidmat seks RM50 – RM80 – Sinar Harian


Remaja tawar khidmat seks RM50 – RM80
SHAIFUL AZHAR AHMAD ALI
28 September 2013
  • Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80Remaja berusia 16 tahun (kanan) ini ditahan ketika berpeleseran di sekitar pekan Kulim.
< 1 / 1 >

KULIM – Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.

Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

“Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran,” katanya.

Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.

Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.

Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.

“Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur.

“Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh,” katanya.

Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.

“Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.

“Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks,” katanya.

Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.

Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.

Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang.

6 budak 14 tahun ditahan kes rogol – Metro


6 budak 14 tahun ditahan kes rogol

Hulu Selangor: Umur mereka baru berusia 14 tahun, namun sudah berani merogol seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun yang juga kenalan mereka.

Dalam kejadian 19 September lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun tidak hadir ke sekolah kerana difahamkan sudah selesai menjalani peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menurut sumber, pada hari berkenaan, mangsa pergi ke rumah rakannya di Sungai Buaya sehingga lewat petang. “Takut untuk pulang ke rumah, dia tidur di sebuah surau di kawasan perumahan berkenaan.
“Pada keesokan harinya, mangsa mendapati terdapat lapan kanak-kanak lelaki yang juga kenalannya sedang berkumpul berdekatan surau berkenaan,” katanya.

 

Katanya, mangsa kemudian menghampiri mereka sebelum diajak pergi ke sebuah rumah kosong. “Ketika berada di dalam rumah berkenaan, seorang daripada kanak-kanak terbabit menutup mata mangsa menggunakan bajunya.
“Manakala dua lagi kanak-kanak membuka bajunya sebelum bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir,” katanya.
Berikutan kejadian itu, ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang mengetahui kejadian itu kemudian membuat laporan polis pada hari sama. Menurutnya, sebaik menerima laporan itu, polis menahan lapan kanak-kanak lelaki termasuk enam berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun untuk siasatan lanjut.

 

“Semua mereka kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.
“Mangsa juga dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan terdapat koyakan baru pada kemaluan mangsa,” katanya.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin mengesahkan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/28