CCTV boleh kurangkan masalah disiplin – Berita Harian


CCTV boleh kurangkan masalah disiplin

2013/10/02 – 05:13:17 AMCetakEmel Kawan
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan tidak menghalang sekolah yang ingin memasang kamera litar tertutup (CCTV) walaupun ada pihak yang membantah dengan alasan kemudahan itu mengganggu warga sekolah.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Datuk Mazlan Mohamad, berkata inisiatif dilaksanakan atas keprihatinan pihak sekolah itu dilihat mampu menangani pelbagai kes seperti buli dan vandalisme yang semakin banyak dilaporkan, selain menjamin keselamatan pelajar serta guru di kawasan sekolah.

“Secara dasar, saya lihat pemasangan CCTV dapat memudahkan pemantauan pihak sekolah serta usaha mengesan perbuatan buli, selain rakaman sebagai bukti jika ada sebarang kes. Bagaimanapun pemasangan CCTV di tandas tidak sesuai dengan mengambil kira etika dan boleh mengaibkan pelajar,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

BH kelmarin melaporkan saranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pemasangan CCTV dilaksanakan di seluruh sekolah rendah dan menengah bagi mengurangkan masalah disiplin khususnya buli. Mereka berpendapat buli bukan saja membawa impak negatif kepada mangsa dan pelaku tapi juga menjejaskan nama baik sekolah serta guru.

Mazlan berkata, pemasangan sistem itu bukan di bawah tanggungjawab kementerian, sebaliknya melalui kerjasama dan persetujuan pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta syarikat keselamatan berkaitan.

“Terpulang kepada pihak sekolah sama ada mahu memasang CCTV atau tidak di kawasan sekolah. Ia bukan wajib, tapi digalakkan kerana mampu mengurangkan masalah disiplin pelajar. Dengan CCTV, ia dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar dan mengawal keselamatan warga sekolah,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s