Dua murid harumkan nama Pasti Al Mubarak – Sinar Harian


Dua murid harumkan nama Pasti Al Mubarak
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Oktober 2013
  • Dua murid harumkan nama Pasti Al MubarakMohammad Afiq Ilyas (kanan) dan Muhammad Mursyid berjaya mengharumkan nama Pasti Al Mubarak.
< 1 / 1 >

NAKA – Dua murid tadika Pasti Al Mubarak, Kampung Masjid Lama, Mukim  Tekai Kiri juara dalam pertandingan membaca sajak dan azan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Muhammad Mursyid  Mohd Rashidi, 6, menjadi juara dalam acara membaca sajak manakala rakannya, Mohd Afiq Ilyas Mohd Naim, 6, dalam pertandingan azan waktu subuh.

Muhammad Mursyid berkata,  pada mulanya dia takut untuk mewakili tadikanya, kerana tidak pernah membaca di hadapan orang ramai.

Bagaimanapun kerana galakkan dari guru, Siti Aminah Zamiluddin menyebabkan dia menyertainya hinggalah berjaya peringkat daerah Padang Terap dan negeri seterusnya kebangsaan.

“Dengan doa ibu bapa dan guru, saya mampu membaca sajak dengan baik serta dapat menghayatinya hingga mengalir air mata,” katanya yang membawa sajak bertajuk Untukmu Palestin.

Sementara rakannya, Mohammad Afiq Ilyas pula berkata, pada mulanya dia takut juga untuk bertanding tetapi kerana  galakkan dari guru menyebabkan dia memberanikan diri.

Menurutnya, pada mulanya dia rasa susah juga untuk melaungkan azan kerana memerlukan nafas yang cukup dan sebutan kalimah yang betul.

“Bagaimanapun dengan sokongan guru dan doa dari ibu bapa, saya dapat melaungkan azan dengan baik,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang imam.

Kejayaan itu membolehkan kedua-dua peserta meraih wang tunai sebanyak RM50, piala  pusingan dan sijil penghargaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s