Golf kanak-kanak 2013 dapat sambutan – Bernama


Golf kanak-kanak 2013 dapat sambutan
2 Oktober 2013

KUALA LUMPUR – Lebih 600 bakat muda berusia antara lima hingga 18 tahun dari 27 negara akan menyertai Kejohanan Golf Kanak-Kanak Sedunia Malaysia 2013 di Johor dari 2 hingga 6 Disember.

Mereka akan bersaing di Pulai Springs Resort (Lapangan Pulai) dan Palm Resort Golf & Country Club (Lapangan Cempaka dan Melati) di Johor, kata penganjur kejohanan itu dalam satu kenyataan.

Kejohanan versi antarabangsa berprestij Kejohanan Golf Kanak-Kanak Amerika Syarikat menyediakan peluang terbaik kepada golongan muda bersaing di Kejohanan Dunia untuk menjadi pemain profesional pada masa depan, kata penganjur.

Terdapat lapan kategori bagi lelaki iaitu tujuh tahun dan ke bawah, lapan tahun, sembilan tahun, 10, 11, 12, gabungan kumpulan umur 13 hingga 14 dan 15 hingga 18 tahun.

Bagi peserta perempuan terdapat tujuh kategori iaitu lapan tahun dan ke bawah, sembilan tahun, 10, 11, 12, gabungan umur 13 dan 14 serta 15 hingga 18 tahun.

Antara bintang kejohanan ini ialah Siti Zulaikhaa Shaari, 14, yang menyertai pertandingan ini tahun lepas dan layak menyertai Kejohanan Golf Kanak-Kanak Amerika Syarikat di Gullane, Scotland.

Kejohanan ini menawarkan mata ranking amatur dunia, iaitu cabang Yayasan Golf Kanak-Kanak Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 2001.

Misi mereka untuk membantu kanak-kanak mempelajari asas golf secara seronok selain menggalakkan interaksi antara anggota keluarga.

Kejohanan ini juga mendapat kebenaran Persatuan Golf Malaysia dan disokong Malaysia Major Events, bahagian Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB).

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Zulkefli Sharif berkata golf pelancongan menjadi segmen popular dalam industri pelancongan, kedua-duanya dari segi jumlah pelancong dan perbelanjaan.

“Selain dikenali di kalangan bakat muda di seluruh dunia, sukan yang dianjurkan di Malaysia ini bukan hanya sekadar pertandingan tetapi dapat meraih pendapatan menerusi kedatangan peserta, anggota keluarga dan pemerhati dari
seluruh rantau ini untuk menyaksikan kejohanan ini serta menerokai negara,” katanya.- Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s