Lebih 400,000 calon duduki PMR – Bernama


Lebih 400,000 calon duduki PMR
2 Oktober 2013
  • Lebih 400,000 calon duduki PMRSebahagian 30 calon PMR OKU Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak (Cacat Penglihatan), menggunakan mesin taip Braille untuk menulis jawapan pada hari pertama PMR hari ini. – Foto Bernama
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Sebanyak 462,940 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terakhir, di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara, hari ini.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), peperiksaan itu akan berlangsung selama lima hari berakhir 9 Oktober.

Mengikut pecahan, sebanyak 430,146 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (6,024 orang), calon sekolah menengah agama negeri (9,906 orang ) dan calon sekolah swasta (13,637 orang).

Sementara itu, calon persendirian 1,008 orang dan calon sekolah menengah agama rakyat 2,219 orang.

PMR yang diperkenalkan sejak 1992 akan dimansuhkan mulai tahun depan.

Di TERENGGANU, 22,497 calon mengambil peperiksaan itu di 183 pusat peperiksaan di sekolah dan enam di hospital.

Pengarah Pelajaran Terengganu Zakaria Husin berkata 158 calon merupakan Calon Berkeperluan Khas (CBK) termasuk mereka yang buta, rabun, pekak dan bisu.

“Bagi calon ini, kita telah sediakan kertas peperiksaan khas seperti kertas peperiksaan cetakan Braille dan cetakan besar serta masa tambahan antara 15 hingga 40 minit diberikan untuk mereka,” katanya kepada Bernama.

“Seorang calon dari Hulu Terengganu kita klasifikasikan sebagai calon rabun tiba-tiba, yang mana beliau tidak mengalami apa-apa masalah semasa mendaftar sebagai calon PMR dahulu.

“Tetapi pada dua minggu terakhir ini, beliau disahkan oleh doktor mengalami masalah rabun dan kita kategorikan beliau sebagai calon rabun tiba-tiba dan beliau akan diberikan kertas peperiksaan cetakan besar seperti calon CBK yang lain.

Tinjauan Bernama di sekitar sekolah di bandar raya ini pada hari pertama peperiksaan mendapati, seawal jam tujuh pagi ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka untuk menduduki peperiksaan dan ada di antara mereka yang mahu menunggu di sekolah untuk solat hajat dan membaca surah Yasin sehingga anak mereka selesai menjawab peperiksaan.

Di KELANTAN, 34,040 calon menduduki peperiksaan itu di 321 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Di JOHOR pula, 55,620 calon menduduki peperiksaan itu di 387 pusat peperiksaan.

Di KEDAH, 37,945 calon menduduki peperiksaan itu dengan 140 orang daripada mereka merupakan calon Berkeperluan Khas (CBK).

Di PAHANG, sebanyak 24,839 calon menduduki peperiksaan itu.

Jumlah itu membabitkan 673 calon Orang Asli, 130 calon Berkeperluan Khas dan dua calon di hospital, demikian menurut Ketua Sektor Pengurusan, Penilaian dan Peperiksaan Pahang Mohd Hassim Zayat.

Di PULAU PINANG, 23,542 calon menduduki peperiksaan itu di 177 pusat peperiksaan di seluruh negeri.

Sementara itu di SARAWAK pula, 39,584 calon menduduki peperiksaan itu manakala di MELAKA, 14,356 calon menduduki peperiksaan itu di 82 buah sekolah di tiga daerah di negeri itu.   – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s