Perdana Menteri doakan kejayaan calon PMR – Bernama


Perdana Menteri doakan kejayaan calon PMR
1 Oktober 2013
  • Najib Tun RazakNajib Tun Razak
< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan kejayaan 462,940 pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara esok.

“Saya mendoakan kejayaan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PMR bermula esok. Insya-Allah usaha yang gigih akan membuahkan hasil,” katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

PMR akan berlangsung selama enam hari mulai esok sehingga 9 Oktober ini di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Mengenai lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat dari 22 hingga 29 September lepas, Najib berkata selama berada di sana, beliau telah menyatakan pendirian Malaysia mengenai isu politik antarabangsa pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

“Selain itu, Malaysia juga telah mengenal pasti beberapa sektor pelaburan dengan Amerika Syarikat dalam usaha membangunkan ekonomi negara,” kata Najib, yang turut menyatakan beliau selamat tiba di tanah air petang ini setelah mengadakan lawatan kerja selama seminggu di Amerika Syarikat. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s