PMR: JPNT sasar 10 peratus calon dapat semua A – Bernama


PMR: JPNT sasar 10 peratus calon dapat semua A
2 Oktober 2013
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services
0

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menyasarkan 10 peratus daripada 22,497 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di negeri ini mendapat keputusan A dalam semua subjek.

Pengarahnya, Zakaria Husin berkata, keyakinan itu berlandaskan prestasi kecemerlangan yang dicatatkan sebelum ini yang mengatasi Gred Purata Nasional serta pelbagai usaha yang dilakukan oleh guru dan pelajar bagi merealisasikan matlamat itu.

“Kita telah mengenal pasti dua mata pelajaran iaitu Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran yang dianggap sebagai penghalang bagi pelajar memperoleh keputusan semua A dan kita telah mengambil beberapa insiatif bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya JPNT dan Pejabat Pendidikan Daerah serta para guru melakukan pelbagai usaha bagi memastikan pelajar bersedia sepenuhnya sebelum hari peperiksaan.

“Tahun ini, kita adakan program peningkatan prestasi Bahasa Inggeris membabitkan 1,600 pelajar di semua daerah bagi memastikan mata pelajaran ini tidak lagi menjadi satu penghalang bagi pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan ini.

Selain program Anjung Ilmu yang merangkumi program bimbingan dan tutorial di peringkat daerah dan negeri, jabatan juga memperkenal ‘Program Takungan’ membabitkan lapan kumpulan 600 pelajar dari 20 sekolah untuk belajar bersama bagi mewujudkan persaingan antara mereka mendapatkan keputusan cemerlang. – Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s